Resepi Puding Karamel Mudah Dan Sedap

16




Artikel resepi kali ini Iday nak share Resepi Puding Caramel/ Puding Karamel yang senang dan sedap. Resepi ini hanya perlukan 3 bahan utama sahaja

Puding Karamel atau Puding Gula Hangus memang menjadi kegemaran Iday dari dulu. Tapi Iday tak berapa suka dengan puding yang dijual di luar. Ada yang terlalu manis dan juga mahal.

So, Iday buat keputusan untuk belajar sendiri resepi ini dan rupa-rupanya memang tak susah pon. Hehehe

Bahan-bahan yang diperlukan :


Bahan Caramel/Gula Hangus
→ 7 sudu makan gula

Bahan Puding

→ 1 tin susu cair
→ 6 biji telur
→ 4 sudu makan gula (korang boleh tambah kalau korang suka manis)





Ada yang letak 1 sudu kecil esen vanila, tapi Iday tak letak. So, terpulang kepada korang.



Cara masakan :



1. Panaskan gula di dalam kuali dengan api sederhana sehingga perang dan cair.




2. Tuangkan air gula hangus tersebut ke dalam loyang yang hendak digunakan.

3. Panaskan air di dalam pemanggang ajaib/pengukus.

4. Masukkan susu cair, gula dan telur di dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.

5. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

6. Masukkan ke dalam pemanggang ajaib/pengukus. Kukus selama 30 minit

7. Setelah masak, sejukkan di dalam peti ais beberapa minit.

8. Terbalikkan puding perlahan-perlahan di atas pinggan.

9. Siap dan boleh hidang!


Senang kan! Tak susah pon nak buat Puding Karamel/

Selamat mencuba!


Tags

Post a Comment

16Comments
  1. Hi..iday mudahnya membuat karemel bahan pun tak banyak.saya subscribe channel awak dan subscribe channel saya juga (^_^).

    ReplyDelete
  2. Wah...sedap ni...
    Boleh try...
    Husband suka makan ni

    ReplyDelete
  3. oh my, caramel pudding itu nampak sangat cantik dan sedap, akan cuba buat masa lapang. thanks!

    ReplyDelete
  4. Amboi dah buat tu pandai-pandai lah hantar sikit kat jiran ni hehehehe sedapnya bila nak ajak datang makan kat rumah jom...

    ReplyDelete
  5. Simple jer resepinya yer. Tak pernah buat lagi puding karemel nih.

    ReplyDelete
  6. Thanks for the recipe. Pudding caramel is my favourite and I will try to make it.

    ReplyDelete
  7. Laa, senang je rupanya nak buat puding ni. Ahaha! Tak pernah buat sebab nampak macam susah. Okay boleh dah nak try buat esok. Thanks iday share resipi.😘

    ReplyDelete
  8. La mudah je nak buat dia... Tapi tue la, kerajinan itu tiada hahahah

    ReplyDelete
  9. Wahhh banyak nya gula dalam resepi puding ni ya

    susu tu dah gula

    telur tu ada karbo sikit

    gula perang lagi.

    Tapi memang sedaplah

    Benda sedap selalu banyak kalori

    Hehe. Iday makan berapa orang satu hidangan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sebenarnya saya punya ni tak berapa manis sebab yang 7 sudu tu lapisan luar je. Nanti bila kukuss dia jadi cair macam air. puding saya pulak memang okay-okay je rasa, tak terlalu manis. Ni saya makan ramai. Memang tak la nak makan sorang. hahaha. kalau sorang boleh tapi simpan dalam peti ais, 2 3 hari baru habis. hehehe

      Delete
  10. q for sharing kak IDay, lepas ni bolehlah try. Barangnya pun senang cari ;)

    ReplyDelete
  11. Nampak sangat mudah. Maka Rawlins nak cuba. Sekali MALAS datang. Acaner tu? Hahaha.
    Meh hantar sket kat saya. TQ

    ReplyDelete
  12. Tak sangka senang je nak buat. Ingatkan susah. Tapi saya tak suka yang dikedai, kuat betul bau telur. Camana nak kurangkan bau telur ya?

    ReplyDelete
  13. sedap. tak pernah cuba buat sendiri lagi..

    ReplyDelete
  14. Kalau pakai susu pekat boleh ke?

    ReplyDelete
Post a Comment