Resepi Mudah Jagung Manis


Hi Korang, 

Petang-petang kalau buat makanan ringan-ringan pon sedap. Kalau kat kampung, senang la nak dapat jagung sebab gerai jagung memang bersepah. 

Sekarang dekat KL, kena beli dekat pasaraya. 

So, hari ni Iday nak kongsikan cara nak buat jagung manis. Simple sangat-sangat. 

Bahan-bahan diperlukan 

Jagung - ikut la korang nak banyak mana, Iday guna 3 ketul (ketul ke haha)
Gula - dikisar halus
Mentega - 
Garam



Cara nak buat Jagung Manis

1. Korang cabut/hiris la jagung tu. nak dapatkan biji-biji isi tu, Then buang la batang tu. 


2. Kukus jagung sehingga masak. Kalau nak lagi senang, korang kukus dulu, baru hiris. Mana-mana pon boleh.

3. Lepas dah masak, gaul dengan gula kisar, mentega dan garam secukup rasa. Korang boleh letak susu pekat lemak krim tu pon sedap. 


4. Gaul-gaul hingga sebati. Iday suka gaul lama-lama biar meresap dalam isi jagung tu.

Lepas tu boleh la makan je. Senang kan! Hehehe



Ada banyak lagi resepi jagung manis ni. Tapi ini yang paling senang la bagi Iday. 

Korang boleh try okay!


Selamat mencuba!





Korang boleh check resepi lain di link ini : Resepi Blog Sayaiday

Kalau suka artikel ni,boleh share ye!

Jangan lupa like Facebook Page dan follow Instagram Iday 



Terima Kasih!









Others Post




2 comments:

  1. rasa dia masyukkkkkkkkkk,,hahaha
    nk?dtglar rumahhh,,hehe

    ReplyDelete

Follow My Instagram