Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

My Random Thought : Balas Dendam

Assalamualaikum,

"biar orang buat kita,bukan kita buat kat orang",sound familiar rite?, abang sam laa. kalau pagi pagi on the way pergi ofis, ada la muncul,pesanan ikhlas dari abang sam.selalu dengar kan. teringat jumpa sam dekat curve.hehe.kelakar,lagak macam dah lama kawan, "Sam,Sini!". ok.nasib baik dia xdengar,Nana & shida malu,jauh tinggalkan aku.Haha

okay,balik pada topik kita. 'Balas Dendam'! dalam hidup kita ni,kita akan selalu diuji,Satu diuji dengan setiap apa yang kita lakukan,dipermudahkan.dikurniakan rezeki yang banyak,tujuan untuk tengok kita masih diri sendiri atau lupa diri. Dua,kita mendapat kesusahan,rezeki yang merosot dan kadangkala,malang menimpa,tujuannya mungkin nak tengok jauh mana kesabaran kita dan dengan siapa dan bagaimana cara kita meluahkan rasa sedih itu. pada siapa kita mohon pertolongan. kalau kita betul sedar,hanya Yang-Esa tahu apa yang betul untuk kita.

ada orang cakap, 'Balas Dendam' ni tak elok, patutnya berserah pada takdir sebab bumi ni bulat.eh,sfera! berputarputar di paksinya sendiri.what goes around,comes around. rite? :')

tapi,bagi aku,'Balas Dendam' yang terbaik adalah 'Majukan diri kita'. jadikan setiap rasa marah dan kecewa itu sebagai pemangkin semangat. bukan nak bongkak supaya buktikan kita lebih, No No No. sebenarnya sebagai bukti apa yang mereka lakukan pada kita tak akan mematahkan semangat kita. sebab paling penting, siapa mereka untuk kita kisah? kita ada keluarga dan kawankawan,walau kita dibenci sejuta manusia sekalipon dalam dunia ni,kita kena percaya tetap ada yang sayangkan kita. kan? :')

sekarang pon aku sedang membalas dendam, memajukan diri sendiri. Aku dah pon bekerja,pegang duit sendiri,bagi belanja dekat mak abah(bangga dengan diri sendiri! :')).

tapi, perjalanan hidup aku masih panjang,banyak lagi benda aku nak capai, doakan aku berjaya ,InsyaAllah !




Tabik Spring pada diri sendiri :')

1 comment:

  1. amin...semoga awak dpt gapai kejayaan awak...semoga berjaya...=)..

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

My Blog List