Enter your keyword

Pesta Chow Kit Kita [Banyak Aktiviti Menarik di Chow Kit]

Salam,

amaran: entry panjang.hihihi

Pernah pergi Pesta Chow Kit Kita? Iday pon sebenarnya tak pernah pergi, tapi lepas join Pasar Percuma barulah buka mata dengan event-event menarik camni. So, apa itu Pesta Chow Kit Kita? Meh iday share video dulu. Ni video promo masa diorang buat tahun 2011. lebih kurang macam tu la diorang punya pesta.



"Tempat di mana anda boleh jumpa makanan sedap dan murah? Tempat melepak paling terkini? Laluan pejalan kaki yang selamat? Kemudahan awam? Bagaimana anda berjalan di sekitar Chow Kit? Dan mungkin juga tempat untuk membeli-belah?



Chow Kit Kita ialah projek pemetaan komuniti oleh remaja Chow Kit untuk remaja Chow Kit. Peta ini bertujuan untuk memperlihatkan apa yang mereka fikir dan rasa terhadap Chow Kit dan komuniti itu sendiri. Dengan menggunakan seni, ia akan menggabungkan perspektif remaja terhadap keadaan persekitaran dan gaya hidup mereka. Dalam erti kata lain, Chow Kit Kita ialah suara anak-anak muda Chow Kit.


Chow Kit Kita ialah hasil idea Lew Pik-Svonn dan Fahmi Reza."
 - sumber Facebook Page Chow Kit Kita.

Menarik kan? Nak lagi menarik? Jom usha gambar-gambar sepanjang event Chow Kit Kita sebelum ni. 

















amacam? menarik tak? jangan risau, korang belum terlepas lagi event ni kalau korang nak pergi sebab Pesta Chow Kit Kita akan datang pada 22 Disember 2013, ahad ni haaaaa! Tempat di kaki lima Jalan Tuanku Abdul Rahman, depan Alka Ria Textile Wholesaler, berhampiran Tune Hotel.  Event start dari pukul 12- 6 petang!

Program yang dianjurkan termasuk :

12:30 PM  : Pelancaran Pesta Chow Kit Kita

1:00 PM    : Pelancaran Risalah Panduan Kedai Bundle di Chow Kit
Info :  Chow kit sangatt famous dengan Bundle, risalah ni bertujuan untuk mereka-mereka yang masih baru dengan dunia Bundle. Proses nak buat risalah ni selama 3bulan! Diorang bagi Free je masa pesta tu. Awesome kan?

1:30 PM     : Pameran Foto 100 Foto Fesyen Jalanan di Chow Kit
Info : Yang ni memang aku nak tengok sangat. Aku sure Islam pon suka tengok pameran foto ni. yang bestnya, diorang siap nak offer korang boleh hantar poskad kat sape2 secara Percuma. Diorang tolong pos.

2:00 PM     : Tayangan Video Bundle di Chow Kit

2:30 PM     : Fashion Show T-Shirt DIY
Info : Baju-Baju Lusuh bundle ni boleh dijadikan fesyen baru yang gila gempak! 

3:00 PM       : Bengkel T-shirt DIY
Info : Bengkel ni tujuannya untuk ajar korang macam mana nak bagi t-shirt bundle ni lagi cantik dah awesome. Free okayyy! Bengkel ada dua sesi. 15 orang peserta sahaja. siapa cepat, dia dapat . Register di Kaunter Informasi.

3:00  PM       : Theater Jalanan Kisah-Kisah Orang Fesyen di Chow Kit
Info : Lakonan oleh remaja-remaja chow kit sendiri. 50 orang penonton, Register di kaunter Informasi.

3:00  PM       : Stesen Cetak T-shirt & Beg
Info : Cetak t-shirt dan beg sendiri dengan design Pesta Chow Kit Kita 3. Percuma kalau bawak t-shirt sendiri . Rm10 untuk beli t-shirt kosong.

6:00 PM        : Graduasi Remaja-remaja Chow Kit Kita Fasa 3



Kalau korang perasan yang part pukul 3 tu ada 3 session. so, korang boleh pilih mana 1 korang nak :)


Best kan? Untuk pengetahuan korang , projek Pesta Chow Kit Kita ni sudah bermula sejak 2010 dan disertai oleh remaja-remaja yang menetap atau menuntut di Chow Kit. Kiranya tujuan diorang untuk tonjolkan keistimewaan dan keunikan Chow Kit.

Setiap tahun diorang akan pilih tema yang berbeza dan tahun ini punya tema adalah "Fesyen Di Chow Kit "

Fasa 3 Projek Chow Kit Kita ditaja oleh Dana Belia 1Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, Kelab Sultan Sulaiman dan Wisma Tatt Khalsa.


Okay. so siapa nak pergi? Jumpa korang kat sana yer ! :)

Updated :

Lupa pulak nak bagi link. Untuk lagi Info , sila jenguk link bawah ni :




PERHATIAN!


Tapak Pesta Chow Kit Kita 3 tahun ni terletak di kawasan lapang tempat parking kereta sebelah Bangunan Warisan di Kelab Sultan Sulaiman, berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu.



Alamat: Kelab Sultan Sulaiman, Jalan Datuk Abdul Razak, Off Jalan Raja Abdullah, Chow Kit, KL.


Google Maps coordinates: 3.162391,101.701595

Public transport: Stesen LRT Kampung Bharu atau Stesen Monorel Medan Tuanku.

Parking: Tempat parking kereta Jalan Dewan Sultan Sulaiman.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 016-212 9106 (Alice).





No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List