Enter your keyword

Review : The Hobbit - The Desolation of Smaug

Salam,

Korang dah tengok The Hobbit - The Desolation of Smaug? Best tak? Aku rasa kalau yang peminat tegar The Lord of The Ring mesti tak sabar-sabar nak tengok. Aku memang follow cerita ni dari dulu lagi, melayan ni pon sebab abang aku otai cerita ni, dulu takde tengok online or download movie. Dulu pakai Dvd, so abang aku ni complete 1 set Dvd untuk semua episode Lord of the ring. Siap layan game psp lagi. 




aku kalau bercerita, mesti melencong je. hahaha. So, nak di jadikan cerita, hari tu ajak si Islam tengok movie ni, dia ni suka cerita aksi-aksi, macam cerita hobbit ni, awal2 cerita macam banyak bercakap. si Islam ni dah selamat buat mimpi. Hahaha

Bagi aku, cerita dia best tapi macam kau tengok cerita, tengah aksi best tiba-tiba dah habis. memang mood aku lepas tengok movie ni jadi jiwa kacau . jiwa kacau sebab aku nak taw sambungan dia bila. Haha





Part yang paling aku suka dalam movie ni, masa diorang nak selamatkan diri dari tempat elf dan dari orc yang gila hodoh tu. diorang masuk dalam tong and menyusuri sungai yang deras. Haha, ada part yang kelakar bila, salah sorang dwarf tu (tak sure nama apa) tercampak and langgar semua orc yang kat tebing sungai. gelak sampai keluar air mata. hahaha

then part yang buat kau teruja- part lawan dengan naga. yang ni memang sakit hati sebab, cerita ni terbantut bila Naga tu naik marah dan nak serang kampung nelayan tu. arghhhhh! Ending buat jiwa kacau. 





aku paling tak suka bila Gandalf ni tinggalkan diorang ni, macam dia tinggalkan Frodo dalam The lord of the ring. Oh, satu lagi, dalam hobbit ni banyak keluarkan nama-nama dari hobbit yang first, so aku nasihatkan better tengok Hobbit yang first. Jangan jadi macam Islam. buat mimpi masa movie. haha

Okay, yang tak tengok. Enjoy tengok yeay! yang belum tengok, apa pandangan korang? cerita ni best tak? Heheheh

p/s: Ini dari pandangan aku ye. Lain orang lain pandangannya :)


5 comments:

  1. Best cerita nie..bru pegi tgok smlm..kalau xsilap smbungn thun depan bulan 12 jgk..

    http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/12/tutorial-pop-up-facebook-fanpage.html

    ReplyDelete
  2. Alaaaa. lama lagi la, dah xsabar2 nak tengok naga tu pergi serang kampung tu. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Dah tgk!Memang best giler..cntik betul pemandangan dlm cite nie. Tiba2 jatuh cinta dgn hero yg suka memanah tu..hebat giler...aishhhh

    ReplyDelete
  4. @umai : Hahaha. memang hensem ,tapi nmpak muda. Legolas, try tengok The lord of the ring. Ada dia jugak, nmpak tua sikit. Orlando Bloom. hehehe :)

    ReplyDelete
  5. Wahhhh hebat...ini mmg fanatic giler ciler LOTR ker..hehee

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List