Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!



Movie : Delivery Man

Monday, December 30, 2013
Salam,

Korang dah tengok Delivery Man? Of course la belum kan, sebab this movie release 2 jan 2014. unless korang ada ticket premiere by Nuffnang or mana-mana. Aku nak tengok movie ni nanti. salah satu sebab aku suka Vince Vaughn berlakon. Dia memang kelakar and movie yang berlakon , for sure gila kelakar.



"You're the biological father of five hundred and thirty three children."

Cerita dia pasal David(Vince Vaughn) yang tiba-tiba dapat berita dari lawyer yang dia ni bapa pada 533 orang anak. which is ter mix up dia punya sperm dekat clinic. hahaha. ngeng betul.

Then, si David ni pulak pergi cari anak-anak dia then try ubah hidup diorang. make it better la. hehe. kelakar sebab anak-anak dia dah besar. okay. aku cerita ni macam aku dah tengok je kan. actually aku tengok trailer je. dan aku pon xsabar nak tunggu 2 jan 2014 ni. hehehe. so, meh tengok trailer bawah ni :



trailer pon dah kelakar kannnn. so, jom pakat tengok 2 jan 2013, nasib baik time keluar tu awal-awal dapat gaji. hehehe. 



Akaun Gmail/Blogger kena hacked!

Friday, December 27, 2013
Salam,

Tadi tetiba je dapat email, katanya gmail tukar password,tukar recovery email,tukar recovery no phone. Terus cuak, bila pulak aku tukar semua tu kan. terus cepat2 pergi setting reset password then verify guna no phone. penting taw verification through phone lagi-lagi bila something suspicious camni. 

Lepas je reset password, set balik recovery email, set balik recovery phone, tengok recent activity security. sah, memang betul kena hacked. tapi nasib baik kejap je. cepat bertindak kot. 


Nampak x? Mula-mula dia sign in gmail pakai chrome guna windows, api detected dekat Kota Bharu, Kelantan. lepas tu dia pandai-pandai tukar recovery email ke cyb3rsw4t@gmail.com . tak cukup tu dia remove recovery phone, remove alternative email then change password. 

Nasib baik tadi kebetulan tengah mengadap email, then phone lak anta alert mesej yang gmail changed password. terus cepat2 reset password. 

pastu iday try la google email dia yang cyb3rsw4t@gmail.com tu and rupanya dia owner 1 blog ni. siap kalau bukak blog dia, dia pop up alert box yang cakap kita dah kena hacked. 

Ni lar link blog dia : http://juestoryshmortay.blogspot.com/ dan dalam blog siap cakap lagi, kalau nak balik blog, contact dia.



Ni pulak post entry dia yang terbaru. Tujuan dia hacked sebab nak ingatkan mereka yang kena hacked untuk tingkatkan security. Padahal aku rasa aku baru lagi tukar password, guna password susah lak tu. lepas tu, terus pi tukar password,verify account. risau takut kena lagi.


So, cara terbaik untuk elakkan akaun korang kena hack, verify with phone, so everytime login, korang kena masukkan pin dari no phone. Okay! Hehehe

Korang hati-hati yer! 


Pesta Durian Office Lama - Before Kahwin Dengan Officemate Sendiri

Friday, December 27, 2013
Salam,

Actually saja nak buat post mengimbau kenangan sepanjang tahun 2013 ni, antaranya Pesta Durian dekat rumah my boss, Mr Rohizam. Hehe. 

Aku ni bukan makan durian pon, tapi saje nak menyelit join sekali sambil lepak2 dengan ofismate. lagipon family bos ada sediakan makanan lain jugak. hehehe. thanks bos sebab adakan pesta durian ni. seronok dapat lepak-lepak. hehehehe

thanks dekat Islam sebab gambar-gambar cantik ni. hehehe. credit kena bagi. jenguk2 la Virtualmalaysia.com, untuk tengok entry-entry travel yang best! :)



















Resepi Mudah Tom Yam Udang Dengan Santan

Monday, December 23, 2013



Sebenarnya, lepas je aku beli Nestle Natural Set Yogurt hari tu untuk cabaran pertama Nuffnang, aku masak macam-macam jenis masakan menggunakan Nestle Natural Set Yogurt seperti Ayam masak Percik dan Udang Masak Percik. Sedap! Aku dah start suka and mungkin lepas ni aku stop pakai santan. Lagipon yogurt is more healthier than santan. Dan yang paling best, aku dah buat pakai untuk masak 4-5 jenis masakan, still belum habis lagi and boleh tahan lama , tambah pula packaging dia yang ada penutup, senang nak pakai :)

Untuk cabaran kali ni, Aku nak masak Tom Yam Udang dengan Nestle Natural Set Yogurt. Aku guna yogurt as the cream in this recipe, to create healthier and lower fat dish.  So, Jom Kita Masak! :)

Update : Korang boleh ganti Yogurt dengan Santan setengah kotak + air. Air jangan banyak sangat.


Mula-mula kena ada bahan-bahan:



Kos pembelian barang-barang ni tidak melebihi RM 30, lagi pon ada barang yang sudah sedia ada dalam rumah aku. Udang yang aku beli tu RM 7.95 dan Jusco kat IOI mall tu ada jual 1 set  bahan-bahan tomyam sekali ada daun limau purut,limau nipis, cili padi, serai dan bawang hanya berjumlah RM 2.13 . Cendawan yang aku pilih tu berharga RM 2.40 1 paket. Senang cerita jumlah keseluruh bahan-bahan untuk digunakan dalam resepi ini tidak melebihi RM30. Hehe.

Okay Jom Start Masak ! :)



Potong dulu mana nak kena potong dan bersihkan dulu !


Aku kalau masak,suka susun-susun macam ni, so nanti senang bila nak masak dah tahu, mana first , group mana nak kena campak dulu. Kalau tak susun, mula la tertinggal dan resepi pon dah lari sikit, rasa pon dah lain. Hehe



Panaskan minyak dulu



Tumis cili kisar,lengkuas,bawang putih,daun limau purut,serai dan udang kering


Biar sampai garing, kacau-kacau selalu



Masukkan air


Masa untuk Yogurt!


Iday letak 5 sudu besar. Hehe


Masukkan celery, cendawan, lobak dan kobis bunga 



Perahkan limau nipis



Masukkan Udang



Udanggggg! Kacau-kacau


Masukkan tomato dan bawang merah






Sedap tak? Sedap tak? Senang tak step-step dia? Senang gile, campak-campak dah siap, masa diambil untuk masak resepi ni pon tak lama lebih kurang 20 minit, lagi-lagi udang memang jenis cepat masak. Aku letak garam sikit je, takyah ajinomoto atau bahan perasa lain sebab Nestle Yogurt dah menyedapkan masakan. Serious ni! Best makan dengan Nasi ataupon Mee/Bihun.





Bila Emma Maembong Menangis

Monday, December 23, 2013


Kesian dekat Emma Maembong, teresak-esak dia menangis. Zizan Razak ke penyebabnya? Kalau aku nangis macam ni, memang dah buruk sangat mukanya, tengok Emma Maembong nampak cantik je. Hehehe. 

Okay, sebenarnya ni Emma Maembong menangis dalam cerita SweetHeart Fantasia sebagai Julia Jane di episode Akhir. Nak tengok Emma Maembong menangis? Cuma pergi dekat www.tonton.com.my then search Sweetheart Fantasia.

Lagi gambar dalam dram Sweetheart Fantasia :







Pelakon-pelakon 47 Ronin

Monday, December 23, 2013
Salam,

Siapa dah tengok 47 Ronin? Best tak? Bagi aku la, 47 Ronin ni antara the best movie aku tengok tahun ni. dah siap boleh palang The Hobbit and Warm Bodies. Hehehe.

Kalau Warm Bodies, aku akan fokus dekat hero zombie yang hensem tu, aku tak fokus watak-watak lain. Cerita Hobbit lak aku akan fokus watak hobbit tu, watak lain tenggelam, aku lupa. 

Tapi cerita 47 Ronin ni, semua watak aku fokus and layan. Aku suka watak Keenu Reeves sebagai Kai. Aku suka Lord Asano sebab watak bapa and ketua samurai. Aku suka watak Mika, cantik gile. Aku suka watak Kira, jahat tapi sebenarnya sayang kat Mika. Aku suka watak Oishi, muka tegas tapi baik, aku suka bila part dia semangat nak balas dendam. Aku suka watak ahli sihir tu, muka dia scary tapi comel dan seksi. hehe. physco kot ahli sihir tu. hehe

So, aku cari lar watak-watak yang aku suka ni, aku nak taw apa lagi movie yang diorang berlakon kan. Ni watak-watak selain watak Keenu Reeves.

1. Oishi - Hiroyuki Sanada

List movie yang Hiroyuki Sanada pernah lakonkan (yang popular bagi aku)
> Shingen Yashida - The Wolverine (2013)
> Satoshi Takeda   - Revenge (Series)
> Dogen                   - Lost (Series)
> Kenji                     - Rush Hour 3
> Ryuji Takayama  - Ring

2. Lord Kira - Tadanobu Asano

List movie yang Hiroyuki Sanada pernah lakonkan (yang popular bagi aku)
> Hogun                         -  Thor-The Dark World
> Captain Yugi Nakata - Battleship

3. Mika - Ko Shibasaki
List movie yang Hiroyuki Sanada pernah lakonkan (yang popular bagi aku)
> Mitsuko Soma   - Battle Royal

4. Rinko Kikuchi
List movie yang Hiroyuki Sanada pernah lakonkan (yang popular bagi aku)
> Pacific Rim   - Mako Mori
> The Brothers Bloom - Bang Bang
> Babel - Chieko Wataya


Haha, ada lagi movie yang korang taw diorang pernah berlakon? 


Dinner Date @ Glen Lounge, Holiday Inn

Monday, December 23, 2013

Salam,

Sabtu lepas lepak makan dengan Islam dekat Glen Lounge, sebenarnya bukan saja-saja lepak, kitorang dapat task sulit,kena senyap-senyap buat review pasal makanan,services dan harga. Haha. poyo je. Actually kakak ipar kerja sana , so dia kena buat audit. then, dia belanja kitorang untuk makan dan buat review sekali. 

Makanan diorang okay, best. layanan pon best, diorang asyik senyum je, tapi harga makanan mahal sikit, maybe sebab hotel kot. Standard la kan. tapi aku suka view and suasana dia, best sebab ada persembahan live band. Kau layan makan and layan lagu sekali. Yang paling best diorang sediakan screen besar untuk peminat bola. Malam tu sempat la teman Islam tengok Liverpool. Hehe




mamat poyo, gambar last tu dia tiru scene ahli sihir dalam 47 Ronin. suka betul dia kat movie tu. nanti download ye. hehe. Awesome night sebab dah lama tak sembang lama-lama. Haha, btw dia ada girlfriend baru, nama dia Tamiya. Tahniahhhhhh :p

Blog Archive

My Blog List