Enter your keyword



Marian Rivera Wedding Dress

Tuesday, December 30, 2014
Kenal  Marian Rivera dari lakonan dia dalam The Temptation of Wife, suka lakonan dia & dia memang cantik kot. So, hari ni dia dah kahwin and jadi isteri kepada Dindong Dantes. Pasangan ni memang popular dekat Phillipines la, & diorang punya wedding pon jadi tumpuan media kat sana. 

Biasanya, kalau orang kahwin ni, kita akan check dia punya dress. Dress Marian Rivera ni dari Michael Cinco. Cantik, sesuai dengan orangnya. Grand betul Marian Rivera Wedding ni. 




















Aku tunggu diorang punya gambar and video. Mesti video gempak macam Jericho Rosales punya video kat artikel ini. Hehehe


credit gambar : @markednicdao @jayweehair








Cerita Banjir Pantai Timur

Tuesday, December 30, 2014
Assalamualaikum, 

Sekarang ni tengah berlaku 1 bencana luar biasa di pantai timur, banjir yang menyebabkan terputusnya jalan/hubungan di temerloh. Biasanya tiap-tiap tahun banjir, dan rumah family iday yang di terengganu memang tak pernah ditenggelami air. Cuma terputus hubungan like seminggu macam tu sebab banjir di tempat lain. Rumah family dekat marang, tepi pantai. 




Tahun ni berbeza, ada beberapa cerita banjir yang berkait dengan keluarga dan kawan-kawan terdekat. 

1. Tok pergi kenduri kahwin di Kelantan (rumah ayah saudara)

Rumah tok sebenarnya di Terengganu, berhampiran rumah iday. So, selamat la bagi tok dari bencana banjir ni. Lagipon tok dah berumur dan bukan sihat sepenuhnya.

Tapi, tahun ni berbeza sebab tok pergi ke Kelantan untuk kenduri kahwin cucunya. Sekali tok jadi mangsa banjir kat sana. 3 hari try contact family kat Kelantan and akhirnya kami 1 keluarga tahu tok selamat.

Status abang di Facebook :

2 Bas Mak & Abah tenggelam di Highway Temerloh

Abah dapat berita nenek tak sihat di Indonesia , so terus book flight tiket hari Isnin (29.Dec.2014). Datang dengan mak naik bas masa sabtu before tu. Masa tu laluan temerloh masih dibuka.

Tapi bas yang dinaiki tenggelam, segala bagai barang dan beg di bahagian tempat barang bas tenggelam kena air. Nasib baik mak & abah lepas juga & selamat sampai KL.  Tapi, semua barang-barang basah & 2 beg baju basah.


3. Kawan terperangkap di Temerloh.

Ini pulak cerita pasal kawan iday yang pergi wedding kawan dia di Temerloh. Bila laluan Termerloh ditutup, sampai sekarang Lin masih di homestay kat Temerloh. Nasib baik ada kenalan kat sana. 

Korang pon boleh bantu mangsa banjir ni, macam-macam cara yang korang boleh guna sebab dekat Facebook & Twitter ada share cara-cara nak hulurkan bantuan dengan sukarelawan tertentu. 

Nak bantu melalui Misi Bantuan Banjir Nadia Farahida pon boleh check sini



Hadiah RM 150 Ribu dari TNB!

Friday, December 26, 2014



Pagi-pagi check email, sekali tengok dapat email dari TNB, ingatkan ada hutang bil elektrik tertunggak ke kan, sekali baca rupanya dapat hadiah ganjaran RM150 ribu. Mula la berangan nak beli rumah. Lepas tu nak buat giveaway/contest, hadiah pertama RM1000, hadiah kedua RM500. Gituuuu berangan. 

Padahal, email scam/spam. 

Hehehehe, kalau baca email pon dah tahu gaya penipu. Dahla penipu, mainkan perasaan hati kita. Hahahaha

Aku tahu, ramai yang dapat email sama. Sinar Harian pon ada keluarkan kenyataan & tanya sendiri pada Pengurus (Perhubungan Media) Hubungan Korporat dan Komunikasi TNB, Md Derus Bunchit tentang hal ini dan beliau menafikan tentang penyebaran email TNB tu.

TNB tidak pernah membuat sebarang peraduan berbentuk emel kepada mana-mana pengguna. Ia perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan imej TNB.

Email : 



Tenaga Nasional Berhad
(TNB HQ) 129 Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur,
Malaysia



Ini adalah satu pemberitahuan rasmi daripada ibu pejabat daripada Tenaga
Nasional Berhad sempena Persatuan Air Malaysia (PAM) untuk memaklumkan anda
mengenai Hadiah Khas Eksklusif Tenaga Nasional Berhad Akhir Tahun dan kami
Kami dengan gembira mengumumkan alamat e-mel anda sebagai salah satu
daripada 7 alamat e-mel yang dipilih semalam yang diadakan di ibu pejabat di
Kuala Lumpur.

Dilampirkan disini Nombor Rujukan TNB-1187-48901 dengan Nombor kelulusan,
TNB / 2012-087 /KL, dan nombor bertuah, TNB / 7071KL-733 yang memenangi MYR
150,000.00 (Seratus Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia Sahaja), alamat e-mel
anda dipilih dari pangkalan data ibu pejabat lembaga program Tenaga Nasioanl
Berhad dan TNB memberi MYR150,000 kepada 7 keluarga yang bertuah menerima
mesej rasmi ini melalui e-mel sebagai pampasan 1 Malaysia.

Hadiah ekslusif Akhir Tahun TNB berjumlah MYR150,000.00 akan dikeluarkan
kepada anda melalui bank antarabangsa. Oleh kerana rombakkan beberapa nombor
dan nama, kami meminta anda menyimpan mesej ini untuk diri sendiri dan tidak
akan sama sekali mendedahkan kepada pihak TNB sehingga tuntutan anda telah
diproses, dan hadiah anda dimasukkan ke dalam akaun anda, kerana ini adalah
sebahagian daripada protokol untuk mengelakkan penyalahgunaan nombor bertuah
anda.

Untuk memulakan tuntutan TNB anda, anda dikehendaki mengisi borang pengesahan
di bawah dan mengemukakannya kepada ejen tuntutan anda,Puan Zailina Bt Zainal
Abidin bagi membolehkan beliau menjelaskan fail anda dan membayar dengan
segera.


Jabatan Ganjaran TNB
Zailina Bt Zainal Abidin
TEL: +60163774909
E-Mel: tnb-bhd.my@outlook.my

Nama Penuh:
Alamat Bil:
Umur:
Warganegara:
Nombor Telefon Rumah:
No. Pengesahan dan Rujukan Hadiah:

NOTA: Untuk mengelakkan kelewatan atau pembatalan, sila lampirkan bersama
Nombor Rujukan dan Nombor Pengesahan TNB dalam semua urusan surat menyurat
dengan ejen anda di dalam e-mel ini.

Semua wang hadiah mesti dituntut tidak lewat dari tarikh 31 Dis, 2014. Apa-
apa tuntutan yang tidak dibuat mengikut tarikh ini akan dikembalikan kepada
Tenaga Nasional Berhad, Malaysia.

Tahniah !! Sekali lagi
Saya yang menurut perintah,
(Nor Fadilah Binti Samsudin)
Setiausaha Publisiti TNB
© Copyright 2014 Tenaga Nasional Berhad
Semua hak cipta terpelihara.






Tipu dosa! :(


Selamat Berumah Tangga Sara!

Wednesday, December 24, 2014

Hi Sara,

Nama sedap, ni calon-calon nama untuk anak nanti ni. Hehehe

Okay, balik pada Sara. 

Sara is one of those my friend yang kepochi-kepochi. Kerja 1 office, tapi lain department. Team lunch hari-hari. Dia akan melangkah ke alam perkahwinan this Friday. Hari ni Sara sedang ber'spa(rosak bahasa). 

Sara, tahniah dan Alhamdulillah ketemu jodoh. Semoga semuanya berjalan lancar hingga ke hari bahagia bersama Ameen. Kahwin ni seronok, jangan risau. Hahaha




Deng deng deng deng, deng deng deng deng, deng deng deng deng deng, deng deng deng deng deng (nyanyi ala-ala lagu kawen)

InyaAllah, jumaat ni mintak leave awal. cakap nak tengok anak raja kahwin. Hahaha :)

p/s: Para pemenang giveaway, ada yang akan terima barang/hadiah. yang cash pulak, tunggu ida reply payment advise ye. sorry kelambatan :)


Melaka Trip (teaser)

Thursday, December 18, 2014
Salam,

Weekend lepas, iday and kawan 1 ofis plan pergi Melaka. Pergi tak lama pon, cuma 2 hari 1 malam. Kitorang pergi dengan 2 buah kereta & gerak hari sabtu pagi. Kitorang sempat pergi Jonker Street, makan dengan Jonker88, lepak dekat kampung portugese, main lantern, minum original coconut shake dekat klebang. Fuhhh, padat aktiviti 2 hari 1 malam. Thanks to waze kerana membantu kami sepanjang perjalanan. Hehehe. 

Ni just teaser, tak sempat nak update! huhu :)


























Update Tentang Contest Shopping at Lazada :

Iday akan announce the winner by today okay! Iday ada dapat email and message through Facebook and blog semua tanya pasal pemenang. Sabar ye. :)











10 Sebab Pak John Steambot & BBQ Best!

Friday, December 12, 2014


Best Steambot in KL , Best Steambot in PJ, Steambot Sedap dan Murah, Stembot halal PJ, Steambot Halal KL, Steambot buffet KL
Macam-macam keyword yang iday gunakan bila cubaan mencari tempat steambot yang sedap di area KL dan PJ. Bukan apa, iday lebih suka mencuba sesuatu tempat yang baru dan bukan tempat yang iday biasa makan iaitu Seoul Garden dan Johnny's Steambot (tetap jadi pujaan hati). Dan iday kena pastikan kawasan tersebut mudah parking dan mempunyai ruang yang besar kerana steambot restaurant ni biasanya mempunyai ramai pelanggan. 




Our Babies

Friday, December 05, 2014
Alhamdulillah,


Rumah tangga bertambah meriah dengan kehadiran mereka ni . Rumah bertambah sepah, calar-balar kat badan pon makin menjelma. Hahaha Kalau baca tittle, ingat dah berisi la tu. InsyaAllah ada rezeki, ada la. Ramai juga yang tanya, padahal kahwin baru 2 bulan. Sabar laaaa. Hahaha

Sebenarnya iday nak story pasal diorang ni haaaa :

 Dari kiri, Hiro , Ali dan Maya. 

Macam mana jumpa diorang?

Thanks to shokelui sebab bagi these little adorable things kat Iday & Islam. Actually ada someone tinggalkan diorang dalam kotak & letak tepi kereta shokelui. Shokelui ni pulak memang catlover, so dia amik and bawak balik rumah. Masa tu diorang baru lepas seminggu lahir. Kecik lagi and memang masih menyusu. Kesian :(

Nasib baik islam ada shoot dengan company Islam and kebetulan shokelui bawak kucing-kucing tu datang masa shooting. Islam whatsaap, dia send gambar and asked nak bela diorang tak. 

Iday terus reply yes sebab memang wishlist nak adopt kitten. Hehe  Masa tu nak 2 ekor je, sebab taknak ramai and 2 better sebab diorang boleh kawan. Shokelui pujuk amik 3 , tapi still nak 2 iaitu Ali & Maya. kesian Hiro.

Masa hari ambil kat rumah Shokelui, nampak yang diorang ni sangat rapat, hugging each other & main-main lompat. Kesian pulak nak pisahkan, so cakap kat Islam yang just amik 3 ekor, InsyaAllah okay je. Padahal dah risau takut tak terjaga. 

Iday nak ucap terima kasih sangat kat shokelui sebab dia siap bagi sangkar, bag untuk kitten, ubat diorang, susu tepung, botol susu, makanan tin, paper, kapas & kain. Memudahkan kerja kitorang so tak perlu beli semua tu. Siap ajar cara nak susukan diorang pakai botol & bagi diorang kencing (kecik-kecik kena goncang bawah perut supaya diorang kencing Hehe) .

Our First Week

First photo, ni Maya. comel :)
Balik dari rumah Shokulei, terus beli jaring sebab sangkar punya lubang tu besar, diorang lak kecik-kecik. Tengok la Islam, gigih pasang jaring. 

Masa awal-awal ni, diorang macam malu-malu. tak aktif sangat. tak lompat-lompat. duduk diam-diam je. So, iday banyak train diorang, baling-baling bola rotan, main2 tali, nak attract diorang main sekali. 

Biasa orang yang bela kucing mesti takut kucing diorang berak merata-rata. Haha, Nasib baik Ali, Maya & Hiro ni pandai, iday dah ajar diorang dari kecik, kalau nak berat kena pergi bilik belakang yang ada pasir. 

Sampai ada 1 hari tu, pintu bilik belakang tertutup, terkejut iday & islam bila balik ofis. Risau sangat diorang berak & kencing merata-rata. Then kitorang check la, kot2 ada tahi diorang kat mana-mana. Takde pulak. Then iday buka pintu bilik belakang. Berlari2 diorang nak pergi buang kat pasir tu. Hahaha Nanti iday buat post macam mana nak ajar diorang jangan berak merata . Hihi

Sekarang, diorang pon dah besar sikit, aktif and sihat. Macam mana nak tahu sihat ke tak, check tahi diorang. Haha. Nanti iday post jugak pasal tu. 


Ali, first time bawak jumpa Danish
Bila diorang makin besar ni, iday perasan yang diorang makin manja. Bila balik kerja sure nak melekat je. Kalau Iday & Islam lepak kat sofa, diorang datangla. lompat2 atas kita ,depan kita, gigit kaki, gigit tangan, cium muka, gigit rambut,cium dahi. Sampai Islam give up dia masuk bilik. Hahaha

Hiro . comel kan?

Maya, syurga bawah tapak kaki ibu katanya. hehe
Danish dengan Ali,Maya & Hiro


si cantik Maya

teman iday masak kat dapur. Hehe

Ali menyorok. comel :)

Hiro dan Maya, diorang dah makin besar :)

Kalau mandi or masuk toilet, diorang suka tunggu dekat carpet luar toilet ni. rindu la tu :p

Ali, the kacak

Maya, si cantik

Hiro, si manja




Cepat betul diorang membesar dan diorang memang lincah, lompat sana sini. dah banyak cakap-cakar kat tangan iday ni. Hahahah Nasib baik sayang.


Tapi lagi best, sekarang dah pandai buat muka kerek. dah pandai jeling-jeling. melawan yer! Tengok gambar bawah la. Hahahaha

















Hahahaha. sayang semua ni! :)


Lagi gambar boleh check instagram : http://instagram.com/sayaiday








Kesan Ringgit Malaysia Jatuh?

Thursday, December 04, 2014
 
credit gambar : Google
Semalam iday ada baca banyak news pasal Ringgit Malaysia jatuh, ada share gambar newspaper dari Singapore & Brunei. Iday tanya islam , apa kesan ringgit jatuh? kenapa harga minyak turun lepas subsidi dihapuskan? So macam-macam soalan dalam kepala otak ni haaaa. So, taip je la kat Google Carian tu, hehe melayu sangat. 

Agaknya, orang yang yang baca ni, mesti ingat aku malas dulu masa kelas ekonomi. aku pon dah lupa apa aku belajar dulu. Banyak main je. hehehehe :p

So, semalam lepas google, baru dapat 1 penerangan mudah tentang apa kesan jika ringgit jatuh. 

 Apabila Malaysia mengimport barang-barang keperluan dari negara luar, Malaysia akan mengeluarkan lebih wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai Ringgit yang jatuh menjunam sekarang... Dalam bahasa mudah, Malaysia membayar harga yang lebih tinggi berbanding harga asal disebabkan kejatuhan nilai Ringgit.

Kemudian,di sinilah punca kenaikan harga barang berlaku,, ia berlaku apabila pembekal yang mengimport barangan tersebut tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai Ringgit ini akan memindahkan beban tersebut kepasa pengguna.. so, dalam kata lain diorang akan naikkan harga barangan tersebut dan pengguna yang mendapat kesannya.

Kesimpulannya : NILAI RINGGIT JATUH > HARGA BARANG NAIK

-Sumber Facebook


Yang ni iday share sebab iday rasa ada logicnya, ke macam mana? Sesiapa yang lebih tahu boleh komen dan explain, kot-kot iday explain ni tak betul. Hehehe


Kalkulator dan Roti Canai

Tuesday, November 25, 2014

Kebiasaanya aku ni takde la heran sangat dengan gambar2 yang viral dekat facebook, maknanya tak pernah sampai nak buat pos macam ni. Tapi kali ni lain sebab masa aku tengah tengok gambar ni, aku tengah sembang phone dengan adik aku kat Unimap tu. Tetiba homesick pulak budak tu. Haha

Tengah sembang, tengah scroll feed dekat facebook, then ternampak gambar roti canai & kalkulator.

Iday : Cah cah, ada orang pos gambar roti canai bungkus dengan kalkulator HAHAHAHA!

Adik Cah : HAHAHAHA macam mana boleh terbungkus sekali?? Takkan dia tak perasan. Bukan kecik pon


Iday : HAHAHAHAHA kalkulator tu besar kot cahh. 


Adik Cah : HAHAHAHAHA (gelak je)

Iday : Oh oh, aku tahu, kan selalu diorang akan letak kalkulator atas kertas bungkus tu HAHAHAHAHA sebab taknak HAHAHAAA angin tiup HAHAHAHA pastu dia tak perasan and HAHAHAHAAH letak roti canai tu HAHAHAAAHAHAHA then terbungkus sekali HAHAHAHA (aku gelakkkk je)

Adik Cah : Aaaaah laa, diorang tak perasan. nasib baik bukan telefon. tapi takkan tak perasan kalkulator tu HAHAHAHAAHAH

Iday : HAHAHA lepas dah bungkus, jual, mesti diorang cari mana kalkulator diorang HAHAHAHAAHA

okay, lepas tu kitorang gelak-gelak merapu-rapu sampai keluar air mata. HAHAHAHA

tapi kelakar kot, bungkus kalkulator sekali. hehehehe Islam dah tidur, baru nak share kat dia. hehehe

p/s: just a random post :p

update 2017 : Viral gambar, ada 1 brother pergi makan dekat mamak. and note yang mamak tu tulis memang kelakar. hahaa


Kalau kes bagi kalkulator ni, suruh kira dosa sendiri ke macam mana? Hehehe :p


Farewell Fadhli di Levain Bukit Bintang

Friday, November 21, 2014
Hello & Assalamualaikum,

Iday dah kerja kat company baru ni almost 5 month & berjaya buat kawan dengan geng2 sengal tapi awesome macam Fadhli (bang Li), Kalpana, Lin, Via, Usha, Een, Sara, Ammar dan Feera. Actually diorang ni bukan team iday, team production tapi selalu contact through skype and wassap sebab meja diorang and meja iday jauh gile. Huhu *nangis. Tak boleh dekat2 sangat, nanti tak buat kerja sebab gelak je lebih. Hehe

So, Bang Li telah berpaling tadah & dapat offer tempat lain. kitorang pon decide la nak buat farawell lunch untuk Bang Li di Levain Bukit Bintang.




Kat sini selalu ramai orang, kadang-kadang takde tempat, sebab tu kena datang awal kalau nak datang masa lunch. 



Roti-roti kat sini memang sedap, next time iday nak bawak Islam datang sini. Yang kelakarnya, sebelah container hotel kot. Kalau tahu dah datang dengan islam hari tu. Hahaha









Bye Bangli (Kemeja Jeans Biru). Keja elok-elok kat sana. Entry ni lambat, padahal dia dah kerja sana sebulan. Hahaha. Tapi , still makan lunch dengan kitorang so tak terasa sangat tanpa Bangli disisi. hehe


Others Post


Follow My Instagram

Blog Archive