Movie Pendek Hujan Panas lakonan Beto Kusyairy

1

Salam,



Jangan lupa saksikan Hujan Panas , movie pendek arahan Nadiah Hamzah pada hari ni,Sabtu 04/01/2014 pada pukul 7:00 pm TV9. Apa yang menarik tentang movie pendek ini adalah kerana lakonan dari Beto Kusyairy, my feveret actor. Hehehe. Kalau dia berlakon, confirm best lah. hehehe.

Sebenarnya cerita ini mengisahkan tentang Zaki(lakonan Beto) yang sambung belajar di New York dan meninggalkan tunangnya di Malaysia. Zaki tinggal di sebuah apartment bersama 2 orang illegal indonesian immigrants iaitu Ferdy dan Mira. Dalam Zaki menghadapi process menyesuaikan diri di New York City, dia mula tertarik dengan Mira. Mira juga banyak mengajar Zaki tentang banyak perkara, tentang hidup 

Korang boleh tengok vidoe trailer kat bawah ni, diupload di youtube oleh Nadiah Hamzah sendiri. Disebabkan this video contains content from WMG, so takler display kat iday punya website, korang just click link "Watch on YouTube" di video bawah ni. hehehe


Untuk pengetahuan semua, sempena meraikan Drama Festival Kuala Lumpur anjuran TV3 dan TV9, buat pertama kali TV9 memperkenalkan satu slot istimewa untuk karyawan baru dan muda iaitu slot drama pendek, Shorties.

Menurut Pengurus Besar TV9, Zurina Othman , Shorties adalah platform permulaan kepada karyawan muda dan produksi baru untuk menonjolkan bakat serta kemampuan mereka dalam bidang seni sekali gus menjadi pelapis dalam dunia seni hiburan negara.

Antara karya yang bakal disiarkan :
4 Januari   : Hujan Panas
11 Januari  : Matinya seorang perempuan
18 Januari : Jogan Andika
25 Januari : Makhfi
1 Februari : Gadis Manis dalam Diari
8 Februari : Moktam




Post a Comment

1Comments
Post a Comment