Enter your keyword

Jenis hukuman/denda yang aku pernah kena dulu

Salam,

sebenarnya aku buat artikel ni, sebab aku sakit mata dengan perangai ibu-bapa or murid-murid yang terlampau manja bagi aku. Tak siap kerja sekolah, then kena rotan, siap buat report polis. elok la, anak malas buat kerja sekolah, buat report polis. kalau zaman aku dulu, kalau mak/abah aku taw aku kena rotan sebab tak siap kerja sekolah, dapatla lagi kat umah, hanger ke, bebel non stop ke. itu semua hukuman atas silap salah sendiri.



Yang ni pulak aku tak sure kesahihan dia, tapi aku taw pon dari amazingnara.com . cuma aku rasa memang sangat tak wajar.


Ada jugak la hukuman memang sepatutnya tak elok dibuat macam ketuk/sekeh kepala , conteng muka dengan kapur,memaki hamun,memukul diri sendiri tu. Tapi kalau sampai berleter pon dilarang, memang murid-murid datang sekolah xkisah kerja sekolah siap ke x, xkisah datang lambat, xkisah tak dapat jawab soalan, xkisah dapat markah rendah dalam exam. datang sekolah tunjuk muka je la dik oi.

Dulu zaman aku sekolah, macam -macam denda dapat. ikut kreativiti cikgu. 

1. Cikgu Ropal - suka denda pakai pencil/pen. Kepit kat celah jari. Denda sebab xsiap kerja sekolah or tak dapat jawab soalan

2. Cikgu Zockry - denda urut kuat2 kat bahu (memang sakit) - Kalau yang tak siap kerja sekolah atau mengantuk (tapi best, bila kena terus segar mata)

3. Cikgu Mat Ali - denda rotan, berdiri atas kerusi

4. Cikgu Zainal (bukan nama sebenar sebab lupa) - berdiri luar kelas, xsiap kerja sekolah

5. Cikgu Aminah (bukan nama sebenar) - berleter dan report kat mak, sebab dia kawan mak. yang ni dapat extra bebelan dari umah.

Macam-macam lagi la bentuk hukuman, tapi serius aku okay sebab aku taw aku salah. tapi hukuman yang aku paling aku ingat sampai sekarang, cikgu tak amik peduli. sedih oiiii. kata orang, bila marah ni tanda sayang. kes cikgu tak amik peduli pasal aku ni sebab aku ada buat perangai seminggu before UPSR. kira macam cikgu merajuk dengan anak murid la. Kena la pujuk sebab nak dapat berkat UPSR, dapat 5A. eh. Hahaha

Bagi korang macam mana pulak? apa jenis hukuman yang korang pernah dapat dulu?




1 comment:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List