Enter your keyword

Kisah Bakti Arjuna Fitri

Salam,


Arjuna Bakti Fitri anak kepada Fynn Jamal, aku taknak tambah 'angkat' sebab aku rasa tak selayaknya untuk Arjuna, kasih sayang Fynn Jamal and Tri melebihi segalanya maka gugur 'angkat' itu. 

Alkisahnya bila Arjuna muncul dalam hidup Fynn Jamal, Arjuna berkulit gelap, sebab kasihnya pada arjuna, fynn jamal tak mempersoalkan warna kulit Fynn Jamal, disaat itu, hanya tidak sabar diluah rasa cinta dan sayang. tapi bila bibir mula berubah warna, Fynn jamal dan Tri bawa  Arjuna ke hospital dan rupa-rupanya Arjuna sakit. 

Jantung Arjuna belum membengkak tapi perlukan pembedahan segera, mujur ada doktor Lim yang sudi menolong tapi tarikh yang sesuai untuk membuat pembedahan adalah keesokan harinya. Bila ditanya oleh Doktor Lim, adakan wang mencukupi sebanyak 35000, Fynn Jamal dan Tri tidak teragak-agak menjawab Ya kerana kasihnya pada Arjuna.

Saat tu la, Fynn Jamal meminta pertolongan rakyat Malaysia menderma untuk kos perubatan Arjuna, masa tu BeautifulNara, Rotikaya dan sosial media buat hebahan kepada semua rakyat Malaysia. tak lupa juga bantuan dari Noh Hujan yang menggunakan akaun bank beliau untuk mengutip derma, ekoran akaun bank Fyn Jamal dipantau . 

dalam masa 24 jam, Fynn Jamal berjaya mengumpul 35 ooo untuk kos pembedahannya. aku terkilan sebab saat tu, aku tak tahu cerita ni, Alhamdulilah, rakyat malaysia prihatin.

Sekarang arjuna dah sihat, gelak2, main-main, dan ramai yang sayangkan Arjuna. :)

aku ringkaskan cerita, senang nak bagi orang faham. hehe


p/s: kalau ada bercanggah cerita bagitaw k :)



2 comments:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List