Pesawat MAS Boeing 777 dari KL ke Beijing Hilang

0

salam,

Pagi tadi kecoh dengan kehilangan Pesawat MAS dari KL ke Beijing yang membawa penumpang seramai 239 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 orang anak kapal. Keadaan ini cemas berlaku apabila putus komunikasi dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi tadi.



Pesawat itu yang berlepas pada pukul 12.41 pagi sabtu sepatutnya dijangka sampai di Beijing pada pukul 6.30 tadi.

Akibat kehilangan pesawat itu tadi , MAS dan pihak kuasa mengarahkan usaha mencari dan menyelamat pesawat Boeing 777 tersebut.  Pesawat yang hilang itu sudah digunakan selama 11 tahun dan MAS mempunyai rekod keselamatan yang baik selama ini. 

Menurut sumber dari MalaysianDigest (unofficial), Pesawat tersebut telah ditemui di Nanming, China. Sumber menyatakan Pesawat tersebut melakukan pendaratan cemas kerana ada kesilapan teknikal iaitu cockpit electronics malfunction. Kesemua penumpang dipercayai selamat dan crew sedang berusaha menghubungi ahli keluarga penumpang.

Tetapi kenyataan ini belum lagi disahkan oleh Malaysia Airlines. Oleh itu orang ramai dinasihatkan mendapatkan berita tentang kehilangan dengan menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau boleh tengok update di website Astro Awani. 

Kita sama-sama doakan keselamatan setiap penumpang MAS, orang ramai diminta hentikan spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak benar. 

Ni antara tindakan Malaysia Airport di twitter apabila ada yang update tentang penemuan Pesawat itu di China.



Hentikan sebarang spekulasi, ingat ada 239 penumpang dalam pesawat ni, dan setiap dari mereka mempunyai ahli keluarga yang sangat risaukan mereka saat ini. Hormati diorang, aku yang follow update ni pon risau. Semoga semuanya selamat. Sama-sama kita doakan. 



Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)