Mee Rebus Karyaneka

2

Salam,

Pagi tadi join boss pergi meeting dekat Karyaneka, masa mula-mula pergi tu, masa on the way tu, ada nampak satu bangunan yang ala-ala rumah kayu kat tengah2 KL. Rupa-rupanya tu Hotel Royal Chulan & Karyaneka tu sebelah je. 

Karyaneka ni sebenarnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, satu badan yang bertanggungjawab untuk memasarkan atau memperkenalkan hasil kraftangan atau product seni Malaysia ni. Korang boleh check website diorang kat sini.

Iday sebenarnya nak cerita apa yang iday makan masa lunch dekat Karyaneka tadi. before tu kitorang jumpa abang Ajis , iaitu seorang pelukis underwater kawan kepada boss iday tu. Sembang-sembang pastu dia nak belanja kitorang lunch. Rezeki :p

Dia cakap Mee Rebus dekat Karyaneka punya foodcourt memang terbaik, so iday try la. hehe. lagipon orang belanja kan.




Mee rebus kat sini berbeza dari Mee Rebus yang mak kat kampung buat, tapi sedap. lagi-lagi dia punya kuah pekat. bila perah limau , fuhhh, sedapp sampai gigit sudu. hehe. ida suka cara dia potong telur rebus. mula2 ingat tu tauhu. hehehe


Iday paling suka rasa mee tu sebab dia basuh bersih, tak rasa kelat tepung, ala, kalau mee yang tak basuh bersih2 ni rasa dia lain macam. selalu kena. tapi yang ni best. pastu taugeh dia segar, kalau makan tu kruk-kruk. hehehe. memang sedap. tak pedas sangat, tak manis sangat. just nice.


Dia punya kedai tu no 2 , masakan mee. tepi gerai yang jual nasi berlauk. Kedai dia macam gambah bawah ni. hehe. Harga mee rebus dia RM4. murah kan?


Makan-makan sambil layan sembang abang Ajis dan boss, sedap punya makan sampai licin pinggan tu, kalau pergi sendiri, mau tambah lagi. hehehe. tapi serius sedap, kena dengan taste iday. hehehe. 


Balik dengan perut kenyang, senang hati :)
Tags

Post a Comment

2Comments
  1. telor rebus di potong bulat..1st time tgk..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iday rasa dia ada alat pemotong tu kot. sebab, cara dia potong cantik. hehehe.

      Delete
Post a Comment