Enter your keyword

Avon Beauty Day Out - Over Nature Collection



Entry sebelum ni, iaitu  Avon Beauty Day Out - Avon Anew 360° White yang iday ceritakan tentang produk penjagaan kulit wajah yang baru dari Avon. Kali ini pulak, iday nak story tentang Over Nature Collection by Avon ni. 

Lepas je kitorang bersihkan segala kotoran kat muka, pakai mask, serum  semua baru lah boleh make up. Ingat tagline ni taw "Makeup yang cantik, bermula pada kulit yang sihat". Hehehe.



Sebelum iday start sesi make-up, meh nak story sikit pasal product avon ni iaitu Over Nature Collection. Untuk pengetahuan korang, product ni adalah edisi terhad yang dilancarkan pada 16 May 2014. Nampak gambar atas tu dah tahu kan, duta produk ni adalah Fazura. 

Iday suka cara pembungkusan produk ni sebab lebih nature lagi2 menggunakan bunga favourite iday, orkid. Hehehe Koleksi baru ni dicipta dengan ramuan hebat yang terkenal untuk pemuliharaan kulit iaitu 

1. Minyak Mawar Liar & Bunga Delima untuk menutrisi dan melembutkan bibir serta kulit. 

2. Bunga Pic memberi kebaikan anti-oksidan yang membantu bibir tampak lebih muda

3. Vitamin A, C, E dan Kolagen memastikan bibir kekal sihat dan anjal sepanjang hari




1. Ultra Color Rich Over Nature Lipstick 3.6g

Iday memang suka dengan lipstick ni, selain dari pembungkusan yang cantik, terdapat pelbagai pilihan warna antaranya adalah Romantic Peony, Tropical Coral, Pink lily, Tender Tulip, Rose Blossom, Cherry Berry, Wild Rose, Extatique Hibiscus . Yang menjadi pilihan iday? Mestilah Pink Lily (N13) kerana warna pink yang sangat lembut dan natural.



2. Over Nature Make Up Palette 2.4g

Palette dari Avon ini datang dalam dua jenis iaitu Garden Voyage dan Ocean Flower. Set ni lengkap dengan pembayang mata dan pemerah pipi yang senang diadun serta kalis kedutan. Sesuai dipakai ketika keluar lepak bersama kawan-kawan atau dinner date dengan orang tersayang. Hehehe


Sesi Make Up bersama Najeeb Azami

Disebabkan iday ni bukan kaki make-up sangat, so memang iday tak kenal la Najeeb Azami ni, hehe. Rupa-rupanya dia ni Make-Up Artist yang popular dan selalu jadi pilihan selebriti. So, hari tu dia tunjuk la step-by-step cara make up yang betul.

1. Kena pakai Foundation dlu. Untuk tutup segala parut atau kesan jerawat, kalau takde tu baguslah. hehehe Then, disusuli dengan  Concealer. Orang yang tak pernah make-up macam Iday ni memang pening nak faham nama alat2 make-up. tu yang dok gelak je sepanjang sesi Make-Up tu. haha. Nasib baik Fana ada, xfaham memang tanya dia je la. Hihi


2. Lepas tu baru kita pakai compact powder,hihi. seronok bila pakai compact powder pakai brush, rasa best je, pastu sekata. Ada 3 jenis compact powder rasanya, tapi biasa iday ambil no 2/neutral. Lepas tu kita pakai pemerah pipi dari Over Nature Make-up Palette tu. Yang warna gelap tu untuk sapuan dari hujung pipi dekat telinga tu ke bawah, biar nampak shape muncung gitu. Hehehe. Then yang warna cerah tu dekat bahagian pipi. Best sebab iday dah belajar cara nak pakai and lepas ni boleh pakai sendiri dah. hehe. 


3. Untuk make-up siang tak perlu pakai eyeliner, pakai eye shadow pon dah berjaya tonjolkan mata then pakai maskara untuk kasi lentik bulu mata. Iday ni first time pakai maskara, tak pandai punya pasal, berketul2 maskara kat bulu mata. Hahaha



4. Kemudian kena lukis kening. ada teknik taw sebenarnya nak lukis kening, jangan men conteng je. Cukur kening tak elok taw, No no no. hehehe

5. Then part paling best, mestilah pakai liptik. Hehe, Untuk pengetahuan korang, sebelum kenakan lipstik , seeloknya lembapkan bibir dengan lipbam ke, supaya bibir tak merekah and bila sapu lipstik nanti sekata. 


Yeayy, dah siap, dah boleh selfie amik gambar banyak2. First time make-up sendiri dari awal sampai akhir, dan natural look pulak tu. Kalau macam ni, kena praktis la supaya kahwin boleh make-up sendiri, jimat kos. hahaha



Untuk mendapatkannya, temui Wakil AVON atau kunjungi mana-mana Butik Kecantikan AVON di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari  http://www.my.avon.com


p/s: Hope dapat lagi join program macam ni :p


No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List