Bloggers Movie Day Out - Filem Animasi Super Squad

2


Eh, bila ida jumpa Bro Framestone ni? Hehe, sebenarnya kami bergambar ketika Bloggers Movie Day Out untuk Filem Animasi Super Squad. Terima kasih kepada Fana sebab ajak ida join aktiviti ini and nasib baik sempat bergambar dengan Bro Framestone, amik berkat rezeki blog dari Bro. :p


Okayla, meh kita story tentang Filem Animasi Super Squad ni iaitu filem animasi tempatan yang di hasilkan oleh Netcarbon Sdn Bhd dan merupakan animasi 3D pertama negara yang dihasilkan mengunakan teknik "Hybrid Motion-Capture". Dari pemahaman iday, Hybrid Motion-Capture ni teknik yang badan kita akan dipasang 1 alat tu and gerakan badan kita akan dicapture untuk menghasilkan animasi. Boleh tengok video ni [link].

Filem ini juga telah memenangi anugerah Animasi 3D Terbaik di Anugerah NEF-AWANI pada tahun 2010. Hebat kan?

Sinosis Filem Animasi Super Squad

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan 5 adiwira iaitu Super Squad yang terdiri daripada Danny,Elly,Alan, Blinq dan Sasha yang cuba ingin menyelamatkan dunia dari serangan makhluk asing.


Mereka terpaksa kembali ke masa lepas dan akhirnya pesawat mereka terhempas di sebuah kampung dan menyamar sebagai kumpulan Rock. Ketika ini lah Sasha berkenalan dengan Abang Mat dan juga seorang Adiwira, malangnya Abang Mat diculik oleh makhluk asing dan Super Squad mencuba pelbagai cara untuk menyelamatkan Abang Mat serta bumi.





Banyak part yang best dalam movie ni antaranya watak Sasha yang comel berbahasa Kelantan, keindahan kampung Abang Mat dan aktiviti yang Super Squad lakukan semasa di kampung. Yelah, diorang kan hidup pada masa depan, takdenya main wau, tangkap ikan , main sungai semua tu. Then aksi lawan antara Super Squad dan makhluk asing yang jahat tu, eh korang kena tengok laaaa. mana boleh cerita panjang2 kat sini. Hehe

Bila Tayangan?

Sebenarnya korang kena saksikan sendiri Filem Animasi ni terutama pada yang berkeluarga boleh bawa anak-anak menonton animasi ini kerana banyak nilai-nilai murni yang cuba diterapkan menerusi filem animasi ini. 

Untuk pengetahuan semua, filem animasi ini bakal ditayangkan di pawagam mulai 5 Jun 2014. Dibintangi oleh Aaron Aziz, Dafi AF, Diana Danielle, Radhi Khalid, Megat Sharizal, Naa Murad, Elza Irdawati, Maya Tan, Marina Tan dan ramai lagi.


Bloggers Movie Day Out

Nak dijadikan cerita, time tu iday tengah serabut tunggu Islam sebab risau dia sesat sampai tak sempat nak amik gambar blogger yang ada masa tu, sangat meriah siap bawak family, diorang semua tak lepaskan peluang untuk menonton filem animasi ni. Hehe


Gambar pinjam dari blog Fana. hehe Meriah tak? tapi last-last tu sempat bergambar dengan Kapten Danny hahaha Kesian adik tu, sorry ye dik, akak memang gila kuasa sikit. Siap paut lengan Kapten Danny, ingat Dafi ke kat dalam tu? Hahaha


So, jangan lupa bawak family, anak-anak untuk saksikan Filem Animasi Super Squad ni pada 5 Jun 2014, jom ramai-ramai, kita support filem animasi tempatan  Hehe

Boleh follow diorang punya Facebook by click this https://www.facebook.com/supertots. Thanks jugak kepada Bro and Fana sebab invite blogger2 termasuklah iday. :)


Post a Comment

2Comments
  1. wahhhhhhhhhhhhhhhhhh,syoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, lepas avon tu, terus datang tengok movie ni . eh xsabar nak jumpa malam ni :p

      Delete
Post a Comment