Movie Review : X-Men: Days of Future Past

6


Thanks kepada Nuffnang sebab bagi peluang dekat Iday untuk tengok X-Men : Days of Future Past Movie Screening ni semalam kat TGV 1 Utama and movie ni adalah antara movie yang ida nanti-nantikan. Sebenarnya iday join contest by Nuffnang and menang 1 pair of ticket movie screening ni, kira sangat bertuah dipilih sebagai pemenang and jadi orang paling awal tengok movie ni. [macam mana boleh menang?]



Movie ni akan release 22 May and korang kena tengok movie ni sebab memang takkan menyesal. So, iday nak story sikit pasal movie ni [Amaran : Spoiler Alert]

X-Men  : Days of Future Past mengisahkan tentang zaman dimana semua mutant akan dibunuh oleh robot yang dicipta oleh Trask iaitu Sentinel. Bagi aku , robot ni memang jahat gila sebab cara dia bunuh tu memang kejam.

Robot ini dicipta mengunakan DNA Raven/Mystique dan boleh berubah atau punya kuasa mana-mana mutant. Semua ni berlaku selepas Mystique membunuh Trask hingga menyebabkan dia ditangkap, dikurung, diseksa dan dijadikan bahan experiment untuk membina Sentinel.

So, Professor/Charles Xavier cadangkan supaya seseorang dihantar ke masa lepas untuk elak kejadian tu dari berlaku. Hantar by mind la, jasad still kat masa sekarang. So, calon yang paling sesuai adalah Logan/Wolverine . Minda nya dihantar ke tubuh Logan pada masa lepas iaitu 50 tahun dulu. Logan kena cari Charles Xavier/Professor dan Erik/Magneto . Its complicated la sebab masa dulu diorang ni bermusuh and Erik/Magneto pula dipenjara atas tuduhan membunuh Presiden. 

So, Diorang nak lepaskan kan Erik ni kena minta bantuan Peter/Quicksilver . Ni nak story ni, Iday suka gile dekat watak Quicksilver sebab watak dia sempoi and iday rasa banyak part dalam movie ni iday ketawa sebab part dia. hehe. Quicksilver ni punya kuasa iaitu mempunyai kelajuan yang melampau kelajuan bunyi . 



The best part masa Quicksilver gunakan kuasa dia untuk selamatkan Logan,Erik and Charles dari kena tembak polis-polis tu. Memang awesome gile and check this video :)





Masa mula-mula ida tengok movie, iday risau 2 benda tentang ending movie ni, iday risau akan ada sambungan or ending yang iday tak suka which is the ending yang tak best after trauma dengan ending How I Met Your Mother hari tu. Haha So, at the end of this movie ni iday suka gile sebab puas hati dengan dia punya ending, iday hampir nak nangis, biar dah menitik dua titik air mata kot. hahaha


Oh, salah satu reason iday nak tengok movie ni sebab iday nak tengok Jennifer Lawrence berlakon as Mystique and her boyfriend which is Nicholas Hoult berlakon as Beast. Dalam movie ni paling iday tak suka Trask, menyampah rasa nak sepak je, tapi its good la sebab tu maksudnya dia pandai bawakan watak doctor yang jahat nak bunuh semua mutant. 


Satu lagi yang best pasal movie ni, how they showed their power, kan every mutant ada diorang punya power, dalam movie ni korang akan macam WOWWW camtu dengan power diorang.

Overall, bagi iday X-Men: Days of Future Past antara movie yang best tahun ni and It's worth every hour and money you spend for a ticket, percayalah. Hehe

Iday bagi 10 bintang! :) Again, Thanks so much Nuffnang :) So, nantikan 22 May nanti yer!

Other informations

  • Bryan Singer
    (Director)
  • Lauren Shuler Donner
    (Producer)
  • Simon Kinberg
    (Producer, Screenwriter)
  • Hutch Parker
    (Producer)
  • Newton Thomas Sigel, ASC
    (Director of Photography)
  • John Myhre
    (Production Designer)
  • Louise Mingenbach
    (Costume Designer)
  • John Ottman
    (Editor, Composer)

p/s: Next entry iday akan listkan watak and power masing2. Hehe. sebab entry ni dah cukup panjang, so kita buat entry baru. Hahaha. 

Post a Comment

6Comments
  1. Alaaa Patut lah
    Qila punya lah ingatkan nak marah dah tadi sebab tadi nak gi tengok rupanya belum keluar lagi :((

    Hihi.Qila baca sampai ke sudah hihi
    Nak tengok jugak nantiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, movie ni keluar 22 May. Esok dahhh. Nanti pi la tengok. Best! :)

      Delete
  2. Baru plan nak tengok esok.. Xde la spoil mana pun he...23x

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheeh. risau jugak, nnt kna marah pulak buat review lbih2. hehe

      Delete
  3. untungla dpt pegi tgk screening..filem nie mmg wajib ditonton..kikiki

    ReplyDelete
Post a Comment