Enter your keyword

Trip Tengok Kawan Johor Kahwin

Hey Ho!

Hujung minggu lepas berlakunya projek kawen makcik2 jemah ke Johor. Ada dua wedding actually dekat Johor, and dua-dua kawan masa belajar. so, memang wajib pergi sebab nak tunjuk muka dengan harapan , masa majlis kahwin aku nanti diorang akan datang. Haha



masa pergi Johor ni, kebetulan aku datang bulan, memang agak tak selesa dengan sakit yang aku dapat ni ha. Nasib Nana drive, tetapi dia memang akan drive sebab dia tak berani nak bagi aku, Shida n Yanie drive. Haha. 

First wedding kitorang pergi dekat Nusajaya, Johor Bharu iaitu majlis akad nikah Yana. Selamat sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz je. Good job Umair! Hehe. 

kahwin sudah makcik Yana. Next!
abaikan pipi sebesar alam, fokus yana cantik berseri-seri. Haha
gambar curi dari Safwan@ Pure.
Lepas je majlis Yana, kitorang gerak ke Mersing. Jauhnya oh mai gad. 3 jam redah jalan bengkang bengkok, kuatkan hati supaya tak fikir macam-macam sebab sepanjang jalan memang xde lampu jalan. 

Dalam pukul 10 lebih, sampai la kat Mersing, Kitorang check in hotel kat sana sebab plan nak pergi wedding Ummi keesokan harinya. 










Tahniah kepada Umi dan pasangan, Safwan serta Yana dan Umair. Jeles la korang dah kahwin. Haha. Next month Projek Kahwin di Perak pulak, hehe untuk majlis kahwin makcik Shida. Semua pakat beratur dah nak kahwin. Hihi 


p/s: Gambar-gambar diciplak serta dicuri dari Safwan dan Nina. Hehe


No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List