Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!





Produk Review : Per'l Xlim selepas sebulan

Sunday, June 29, 2014
Tak sangka, dah sebulan iday minum dan mengamalkan Per’l Xlim dan iday sangat gembira dengan kesan dari pengambilan Per’l Xlim ni. Iday sekarang sibuk dengan kerja dan kadang2 tiada masa untuk pergi ke gym. Iday jugak seorang yang susah nak committed dengan pengambilan pil untuk kurangkan berat badan sebab pelupa. 



Tapi lain dengan Per’l Xlim sebab memang setiap hari kalau bekerja , iday akan buat air untuk minum sewaktu membuat kerja. So, iday memang selalu minum Per’l Xlim sebelum breakfast dan lunch. 



Kena berlapar ke untuk kurangkan berat badan?

Kebiasaanya, ada yang sampai menahan lapar untuk kurangkan berat badan. Sebenarnya, kita masih boleh makan seperti biasa cuma kena makan berpada2. Jangan makan macam kau kebulur 10 tahun tak makan. Semasa iday mengamalkan Per’l Xlim, iday still makan macam biasa, cuma ada jaga kuantiti ataupon kalau iday terlebih makan pada waktu siang, waktu malam iday tak makan. Hehehe Lagipon minuman Per’l Xlim sendiri buat kita kenyang. :)




Macam mana nak amalkan Per'l Xlim di bulan puasa?

Thursday, June 26, 2014
Hallo! & Assalamualaikum :)

Untuk pengetahuan korang, iday memang ada buat review tentang Per'l Xlim Power Root, tetapi iday bukan pengedar atau penjual produk ni. Iday selalu dapat komen, mesej and email yang tanya tentang produk, which is nak beli dengan iday & siap2 pm2 lagi. Hehe

Klik sini untuk review iday dan khasiat Per'l Xlim :




Starlight Cinema - Samsung Galaxy Life

Wednesday, June 25, 2014
Hallo! dan Assalamualaikum :)

Sebelum ni, kalau iday pakai smartphone , just untuk internet,whatsapp dan call. So, kadang2 download game, then main game. Camtu je,pusing2 buat benda sama. Tapi sejak iday pakai Samsung Galaxy S5, iday banyak kemudahan especially voucher2 discount, free items dengan menggunakan Samsung Galaxy Life. 




Mee Celup (Kelantan)

Monday, June 23, 2014
Hallo! dan Assalamualaikum :)

Entry makanan before bulan puasa, Haha. Lepas ni aku nak boikot blog yang post story pasal makanan sedap siang2 hari bulan puasa, Hehe. takder la , memain je :p

Korang taw tak ape tu Mee Celup? Kalau orang pantai timur, sure taw makanan ni. aku dibesarkan kat terengganu & everytime pergi pasar malam memang wajib la nak beli Mee Celup ni. Macam mana rupa sebenarnya mee celup ni?



Sebenarnya apa yang membezakan Mee Celup ni dengan masakan mee yang lain? kenape Celup? Hehehe. 

Kalau nak taw, sup mee celup ni akan dimasak dulu. ala macam guna sup bunjut tu. Then dah masak sup tu baru la kita celup2 mee(yang bersih dan dibasuh) dalam sup tadi. sekali dengan kangkung.

then letak la,ayam/daging(yang dah rebus), kacang tumbuk , daun bawang, lada potong, ikan bilis goreng, perasa(garam,gula,lada sulah) and limau nipis. 

iday paling suka makan kat terminal bas shah alam, memang betul2 orang kelantan yang buat. sedap terangkatt. hehehe. selalu makan mesti licin mangkuk. kadang2 diorang letak bakso. Kat sini ada satay and my favourite all the time, "ketiak ayam" or chicken wing. Haha



Kalau korang jenis tak kisah makan kat gerai2 ni, try la lepak dekat kedai makan tepi terminal bas shah alam ni. Makanan goreng2 diorang pon sedap. :)


Rasai Kehangatan FIFA World Cup 2014 dengan Stadium Astro!

Friday, June 20, 2014
Hallo! dan Assalamualaikum :)

Brazil Brazil Brazil! Neymar Neymar Neymar, bukan main beria-ria lagi iday kan. Actually, iday mula minat mengikuti perkembangan FIFA World Cup tahun ni bila iday join satu event anjuran Astro iaitu Astro World Cup Event yang diadakan di One City Mall. Event ni ini diadakan untuk mempromosi/memperkenalkan aplikasi yang hebat oleh Astro, the official broadcaster of the FIFA World Cup 2014 dengan menawarkan 64 siaran langsung perlawanan dalam HD (high definition). 

Okaylah, iday akan story apa yang berlaku sepanjang event ni dan apa yang iday faham tentang aplikasi2 hebat dari Astro. Astro mementingkan 4 aspek dalam menghangatkan musim bola kali ini iaitu WATCH, READ, LISTEN and PLAY. Semua ni iday tahu semasa event Astro Bola Party. Hehe, tiba-tiba dah terer pasal bola, padahal minat bola sebab Neymar . First at all, iday akan explain semua app terbaru dari Astro ni. 


         READ : StadiumAstro.com           



StadiumAstro.com ni adalah website utama tentang FIFA World Cup 2014, di website inilah kita akan tahu everything about the FIFA World Cup 2014 antaranya : 




Jericho Rosales & Kim Jones Wedding Video

Wednesday, June 18, 2014
Hallo! dan Assalamualaikum :)

Iday minat sangat2 dengan Kim Jones, Jericho Rosales punya wife. no wonder la, dia berjaya curi hati si kacak Jericho Rosales kan. Hehe. Iday pernah buat entry tentang wife Jericho ni kat sini : Jericho's Rosales Wife


tapi sekarang iday nak share video wedding diorang. Iday selalu berangan nak buat wedding kat pantai. Walaupon rumah iday dekat sangat dengan pantai, tapi iday rasa kos mungkin terlebih budget sikit. So, maybe outdoor photo  session je buat kat pantai. majlisnya buat kat rumah. Hehehe Ala, dari rumah pon boleh nampak pantai. Haha

So, enjoy the video. memang WOW! :)



part best : Jericho nangis tengok Kim Jones, cantik sangat okay. Hehe


Tanya elok-elok, jangan main terjah tuduh

Monday, June 16, 2014
Hallo! dan Assalamualaikum :)


Pagi2 masak sambal petai ikan bilis untuk Islam, then datang ofis, kitorang lunch and makan sesame. tetiba dia bukak cerita, ada orang claimed yang Islam amik gambar dia upload Instagram , macam curi la something like that.

"Hi, I believe this is a picture that I took. I don't mind you using it but a credit is due and I believe a professional photographer will not simplify claim credit on other people's images. If anything I sure hope you will not repeat doing this again. Have a good day."

Sebenarnya, aku pon sakit hati taw, kenapa dia nak tuduh2. kenapa tak tanya dulu, lagi sopan kan. Ni main suka hati tuduh. Btw, aku pon ada kat sana & aku nampak effort Islam amik gambar, lepas amik gambar dia tunjuk2 gambar2 dia. Buat ape dia nak ciplak gambar orang kalau dia dah peluh2 amik gambar time tu. 

Ask nicely bukan main terjah tuduh. Islam as photographer mestilah dia sensitif benda2 macam ni. 

Pastu bila Islam komen kat twitter and compare gambar dia n gambar twitter. Dia jawab macam ni.



Kalau tengok gambar, pon sangat beza . then dia bagi excuse yang gambar tu nampak sama sebab small phone screen. bla bla bla bla. Sorry, i have to back up my fiance, sebab dia memang so upset about this. 

Biasalah manusia tak sempurna memang selalu buat silap, ni pon pengajaran buat aku. supaya lepas ni jangan main suka2 tuduh, siasat dulu. Macam kita tuduh artis macam2, tapi berdasarkan apa yang kita baca pada social media yang kita tak tahu kesahihan dia. 

Sabar er Islam :)


Movie Review : Blended

Monday, June 16, 2014
Hallo! & Assalamualaikum :)

Entry review lambat disebabkan iday tengah busy setel hal2 kerja sebab iday dah tukar kerja. Hehe. Pasal tu nanti iday cerita kat post lain. Kali ni iday nak buat review tentang movie yang iday dapat free ticket dari Nuffnang iaitu Blended. 




Thanks to Nuffnang for give me this opportunity, kebetulan jumpa Ayu and Nadia. Hehe Fana pon dapat tengok, tapi tak jumpa dia pon time tengok ni. 



    Spoiler Alert   



Mamee Chef Day Out

Thursday, June 12, 2014
Hallo! dan Assalamualaikum :)


Hujung bulan May hari tu, iday ada join trip ke Kilang Mamee atas jemputan Mamee dan Nuffnang. Almost 5o blogger yang turut serta dalam program ni iaitu Program Mamee Chef Day Out dijangka bemula pukul 10 hingga 5 petang. Pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan untuk kami sepanjang program ni . :)

Kami mula berkumpul di Kilang Mamee Chef di Subang dan dipecahkan kepada 4 kumpulan. Masa tu iday sedih sebab tak dapat 1 group dengan Namee, tapi takpe atleast iday boleh kenal blogger lain jugak macam Asyik dan Nad. Hehe

Dua bas telah disediakan untuk trip ini dan kami dijangka sampai di Melaka pukul 10. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Semasa dalam bas tu pihak Mamee bagi Master Potato Chip dan Lite Yo Nutrigen. Iday suka Lite Yo Nutrigen perisa Apple, sangat sedap. 


Per'l Xlim punca hilang berat 2kg dalam masa 2 minggu?

Sunday, June 08, 2014
Entry kali ni, iday akan ceritakan pengalaman iday sepanjang 2 minggu mengamalkan Per'l Xlim iaitu produk baru keluaran Power Root. Macam mana iday tahu tentang product ni? Korang boleh baca article ni [klik]
Tak sangka iday boleh bagi komitmen untuk mengamalkan tanpa henti produk dari Power Root ini. Ini kerana produk ini berasakan cafe’ dan chocolate yang sedap dah mudah untuk mengamalkanya, cuma tambah air panas.Sebelum ni, iday susah nak bagi komitmen pada produk mengurangkan berat badan ni. Hehe

    Pengalaman menggunakan Per'l Xlim selama 2 Minggu    
  
Hari-hari iday akan bawa 2 paket Per’l Xlim iaitu Cafe’ dan Chocolate ke office, selalunya ida amalkan 30 minit sebelum sarapan, minum Per’l Xlim Chocolate manakala untuk Perl’Xlim Cafe’ , ida amalkan 30 minit sebelum makan tengahari.
 
So, apa pengalaman sepanjang menggunakan produk Per’l Xlim Cafe’ dan Choco?! 


Menang Tiket Starlight Cinema - TotalFilm Malaysia

Friday, June 06, 2014


Yeayyy! Menang tiket lagi. tapi yang bestnya iday menang tiket Starlight Cinema. Apa Starlight Cinema ni? Boleh baca article ni : Starlight Cinema - Malaysia Outdoor Cinema Festival . Ticket dia memang murah dan mampu beli. tapi kalau dah dapat FREE, siapa nak tolak kan. Hehehe Iday excited sebenarnya sebab iday hampir nak cancel pi starlight movie ni sebab ada masalah dengan kerja semua so macam taknak la buang duit dengan movie-movie ni. nangis dalam hati taw. huhu. Sekali dapat Free. Yeayyy!

Tapi macam mana iday menang ye? Ni yang iday nak kongsikan kat korang ni. Sebenanrnya iday masuk contest yang dianjurkan oleh TotalFilm Malaysia. 


Whatevertherewas.com - The Awesome Duo

Thursday, June 05, 2014
Okay. sebelum iday nak cakap pasal travel website ni. jom usha video bawah ni dulu. 


awesome kan? Iday sebenarnya dah lama asyik menapak kat blog Hanie Hidayah, kira macam silent reader la. Iday dah khatam blog dia dari dulu lagi. dari dia ada boyfriend kening lebat tu (tapi hensem), sampai ada jumpa point8cam, bercinta, then kahwen. 

Hanie ni bagi ida traveler yang stylo, iday suka dia punya outfit, iday suka dia punya character. even tak pernah jumpe depan2, ida selalu baca blog and tengok video dia. Boleh dikatakan , dikalangan blogger2 Malaysia yang ada ni, iday paling suka Hanie Hidayah. maybe nama kita sama kot. Hahaha

xmo citer panjang sangat pasal Hanie, ish, xmo nampak sangat kita suka dia. Hahaha. Jeles sampai sekarang si Nina dapat pergi dia punya wedding. Haha

Okay. ni nak cerita pasal Whatevertherewas . Start dari Hanie cerita yang diorang akan buat website gabungan Point8cam and Hanie ni, iday macam wowwww. best tu. Point8cam mesti incharge dalam photos and videos and Hanie pulak writing. memang awesome la. Diorang ni selalu travel, last diorang pergi Iceland. Hehe


Diorang dah update banyak entry travel, food and videos. Korang boleh check diorang punya website nanti. antara article yang dah ada :


Cantiknya Nor Anis, Anak Rosyam Nor :)

Thursday, June 05, 2014

Hehe, comel je Rosyam Nor ni semasa dia pergi Hong kong bersama keluarga. Siapa pulak yang disebelah Rosyam Nor? Tu lar Anis, anak dara Rosyam Nor. Rosyam Nor ni memang sentiasa nampak muda, dah macam baya anak sendiri. Apa rahsia? hehehe

Sebenarnya iday suka sangat tengok muka Nur Anis, sangat manis dan cantik. iday selalu jugak stalk Anis kat Instagram, like semua gambar. Haha Kalau anis amik gambar dengan daddy dia, memang ingat macam abang kakak, couple camtu. Hehehe


Starlight Cinema - Malaysia Outdoor Cinema Festival

Wednesday, June 04, 2014



Iday dah lama tunggu event macam ni, sebab dulu selalu kalau tengok movie lama-lama ada part, diorang tengok movie yang screen besar tu tengah2 padang, duduk atas tikar berbumbungkan langit serta bintang. ecehcehhh.

Outdoor cinema festival ni akan diadakan di Bukit Kiara Equestrian Club Paintball Field from 13th - 21st June. Ticket serendah RM10 pada hari biasa serta RM18 untuk weekends. Meh iday explain sikit pasal Starlight Cinema ni.

Outdoor Cinema ni bermula 13th till 21st June, so hari2 akan ada movie yang berbeza, so korang kena beli tiket ikut movie apa yang korang nak. kalau weekend, maybe ada hari yang 3 Movie sekali. Contohnya hari sabtu, akan ditayangkan Despicable Me,Decpicable Me 2 and The Intership.

Antara movie yang ada tu macam bawah ni : 



Nuffnang Premier Screening of Blended

Wednesday, June 04, 2014


Again! I won the tickets. Hehe, suka sangat sebab dapat ticket FREE then movie yang memang nak tengok sangat sebab dua-dua berlakon best n lawak nak mati. Hehe. 



Macam biasa la, Nuffnang ni selalu dapat beberapa pair ticket then diorang buat contest. So, iday join la contest tu, and jadi orang pertama join contest tu. Hahaha. Gigih sangat.  Best taw Nuffnang ni. Macam2 hadiah dah dapat dari diorang *kenyit mata sikit

So, kenapa iday nak tengok sangat movie ni? 

1. Pelakon dia kot. obvious la kan, diorang ni kalau digadingkan memang lawak. Ingat tak movie 50 First Date. Iday still simpan movie tu and juta kali repeat movie tu. Haha. Adam Sandler and Drew Barrymore



2. Sebab diorang berlakon kat Africa. Haha. motif sangat. 

Senang cerita, korang tengok je trailer movie ni, and baru korang faham kenapa aku nak tengok movie ni. Hehe. 
   

p/s: Sape lagi dapat? hehe :)


Jericho Rosales's Wife

Tuesday, June 03, 2014
Korang mesti kenal Jericho Rosales. ala, pelakon drama filipina yang popular tu Pengako Sa Yo. Hehe, iday kenal dia pon dari drama tu. hensem sangat taw. Kalau yang betul2 ikut perkembangan Jericho ni, mesti tahu yang dia dah kawen 1 may lepas dengan model iaitu Kim Jones.

Iday memang suka sangat singgah kat blog Kim Jones, wife si Jericho Rosales. Cantik sangat, then bila iday tengok photo credit, rupa-rupanya Jericho Rosales yang ambil gambar. Selain dari pandai berlakon, pandai menyanyi, Jericho pon ada bakat dalam mengambil gambar. Dahla Kim Jones ni memang dah cantik, cara Jericho amik gambar pon cantik. Setiap entry Kim Jones ni, akan ada photo credit. tak semua Jericho yang shoot, ada juga photographer lain. Tapi yang ida upload kat bawah ni, yang Jericho punya photos :)



perasan tak gambar ni kat mana? hehe, Lawa sangat la Kim Jones ni . I wish one day Islam pon boleh amik gambar iday cantik2 camni. haha. berangan la sangat. Aku ni hari2 selebet, tak pernah nampak senonoh. kesian Islam :p




Jeles taw tengok diorang ni. Cantik sangat, memang sepadan sangat. Masa mula2 taw Jericho ni dah ada girlfren and nak kawen, macam frust jugak. then taw, lagi cantik dari I . okay fine, boleh la , pergila kat Kim Jones tu. hahaha. 

Okay, nak tengok gambar cantik2 dari Kim Jones and Jericho Rosales ni boleh la tengok kat blog Kim Jones by click the photo below. 

http://www.kimcamjones.com/

Islam, awak boleh amik gambar kita cantik2 macam ni tak? Hahaha

sweet sangat :)


Blog Archive

My Blog List