Enter your keyword

Mamee Chef Day Out

Hallo! dan Assalamualaikum :)


Hujung bulan May hari tu, iday ada join trip ke Kilang Mamee atas jemputan Mamee dan Nuffnang. Almost 5o blogger yang turut serta dalam program ni iaitu Program Mamee Chef Day Out dijangka bemula pukul 10 hingga 5 petang. Pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan untuk kami sepanjang program ni . :)

Kami mula berkumpul di Kilang Mamee Chef di Subang dan dipecahkan kepada 4 kumpulan. Masa tu iday sedih sebab tak dapat 1 group dengan Namee, tapi takpe atleast iday boleh kenal blogger lain jugak macam Asyik dan Nad. Hehe

Dua bas telah disediakan untuk trip ini dan kami dijangka sampai di Melaka pukul 10. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Semasa dalam bas tu pihak Mamee bagi Master Potato Chip dan Lite Yo Nutrigen. Iday suka Lite Yo Nutrigen perisa Apple, sangat sedap. 


Akhirnya kami sampai ke Kilang Mamee di Melaka, ketibaan kami disambut mesra oleh staff Mamee disana. Kilang ni sangat besar dan kalau nak tahu sebenarnya Kilang Mamee ni dah wujud sejak tahun 1971 . Dari hanya 1 produk hinggalah hampir 50 jenis produk telah dikeluarkan oleh Mamee. 




Sampai sahaja di Kilang Mamee, kami dibawa ke ruang taklimat untuk di beri penerangan tentang produk mamee oleh Sham Mee, marketing manager. Selain dari penerangan yang terperinci tentang product mamee, kami juga ditayangkan dengan video dari CEO Mamee sendiri dan video dari The Ramen Rater. 

Theramenrater.com adalah blogger yang banyak buat review tentang instant noodle seluruh dunia dan beliau telah senaraikan Mamee Chef antara top 10 best instant noodles in the world for 2014. Selain tu Mamee sebenarnya telah mendapat Bronze Awards untuk category Food Stuff dalam annual award organised by Association of Accredited Advertising Malaysia iaitu Putra Brand Awards.

Bukan itu sahaja, Mamee is the proud recipient of Frost & Sullivans’Home-Grown Package Food Company of the year for 2 consecutive years. Tahun yang hebat untuk Mamee Double-Decker .






Iday baru tahu yang perkataan Mamee merujuk kepada panggilan anak kepada ibu iaitu mommy. hehe. Banyak info yang iday tahu sepanjang Mamee Chef Day Out ni terutama sekali tentang standard baru Mamee iaitu Mee Tarik dan Special Condiment yang terdapat dalam packet Mamee Chef yang terbaru. 

Kami juga diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana teknik Mee Tarik dilakukan. Semua blogger excited termasuklah Iday sebab iday rasa bukan semua orang dapat buat dapat buat Mee Tarik ni. 



Korang tahu tak sebenarnya perencah Mamee Chef’s Thai Tom Yam dan Curry Laksa resepi adalah hasil collaboration bersama Chef Malaysia yang terkenal iaitu Dato’ Chef Ismail dengan menggunakan fresh ingredients of herbs and spices. So, semasa program Mamee Cheff Day Out, kami melihat sendiri demo membuat perencah Mamee Chef’s Thai Tom Yam dan Curry Laksa.






Selepas itu, kami dihidangkan kuih-muih dan sandwich serta hot chocolate sebagai pengisi perut sebelum sesi melawat kilang bermula. Sambil2 makan, ada blogger mengambil gambar dengan prop yang ada di mamee photobooth. Sebenarnya ada contest diadakan sepanjang program tersebut iaitu 6 blogger yang berjaya upload gambar paling kreatif di Instagram akan bawa pulang hamper dari Mamee.



Bila dah kenyang dengan sandwich, dah seronok ambil gambar ramai2 dengan props mamee, tiba masanya untuk kami melawat kilang and tempat terhasilnya product mamee yang dijual di seluruh Malaysia ni. Kiranya kami antara yang bertuah la sebab dapat melihat sendiri bagaimana process yang berlaku. 

Lawatan Kilang Mamee

Semua blogger dibahagikan kepada 4 group dan lawatan dimulakan dengan group 1. Setiap group akan ada staff dari Mamee untuk bagi penerangan. Iday group yang last sambil2 tunggu tu la main game yang disediakan pihak Mamee di lobi kilang. Ida bertuah sebab dapat 1 goodies bag dengan sticker, mister potato dan file dari Mamee Fun Squad. Hehehe

Iday akan senaraikan step process yang berlaku untuk membuat mamee, kami sangat bertuah kerana dapat mengambil gambar. sebab dah terang2 kat situ, pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar. Kira layanan special la ni. hehe . Gambar miniature tu iday amik dekat Mamee Restaurant dekat Jonker, lagi senang korang nak faham process flow nanti. Hehe

1. Mixing

Kat sini la, process buat mee. machine dah sukat berapa bnyak air, berapa bnyak tepung. canggih kan. 




2. Rolling & Slitting




3. Steaming



Kalau korang nak taw, kat mana bahagian machine ni yang guna cara buat Mee tarik tu. Kat gambar bawah ni. Sebenarnya kalau ikut secara traditional, mee tarik tu dibuat dengan menarik mee tu dengan kadar hadlaju yang berbeza. Sama la konsep yang dipakai di Kilang Mamee ni, nampak no 1,2,3 tu. Maksudnya 3 kadar had laju yang berbeza iaitu laju,normal,perlahan. Hehe. Proses ni berlaku selepas steaming. 



4. Cutting



5. Seasoning Shower 



6. Frying



7.  Cooling





8. Packaging


Before diorang buat packaging, diorang kena check la, mee tu elok x, ada pecah2 ke, then diorang ada pengesan metal. kalau ada besi ke apa, nanti ada alarm dan mee tu akan dibuang. Semua ni dibuat dengan teliti supaya produk yang dihasilkan berkualiti, barulah customer suka. Hehe



Mamee telah invest sebanyak RM 80 million taw untuk machine2 ni, demi menjaga kualiti Mamee dan meningkatkan kesedapan rasa Mamee ni. Habis lawatan kat Kilang Mamee ni, kitorang pon lunch . Kitorang makan Mamee Chicken Rice Ball, selalu kalau pergi Melaka, mesti nak makan chicken rice ball ni. Hehe. Sedap :)



Lepas lunch baru pergi Mamee Jonker House. Apa yang best kat Mamee Jonker Hous? Sebenarnya Mamee Jonker Walk ni sebuah restaurant di tingkat bawah and aktiviti mamee seperti mewarna dan melukis mamee cup ditingkat atas. 

Iday pernah pergi restaurant Mamee sebelum ni, sebab susah nak cari Chicken Rice Ball yang terjamin halal, hanya kat Mamee Restaurant ni je, kalau nak try. Boleh datang sini.

Bila sampai di Mamee Jonker Walk ni, ada sedikit taklimat and blogger boleh shopping barangan Mamee kat situ, ada kechain, t-shirt, produk mamee dan banyak lagi. 


Korang pon boleh bergambar dengan replika Momee Monster and Mister Potato. Boleh bergambar banyak2 kat situ sebab tempatnya cantik.




Iday sangat suka dengan hiasan yang ada dalam Mamee Jonker Walk ni, paling best siap ada brick wall. Dekorasi restaurant pun cantik sure menarik perhatian pelanggan.


Mewarna dan Melukis Mamee Cup

Kalau nak taw, customer yang datang kat sini, bukan sahaja boleh makan tetapi juga boleh mewarna/melukis mamee cup mengikut creativity masing2 dengan bayaran RM10. Then boleh buat mamee cup sendiri iaitu pilih condiment semua. Then nanti korang boleh makan la, mamee cup yang korang lukis tadi. Hehe






Seronok sebab berjaya buat mamee cup sendiri. Nanti datang la dan reka sendiri corak mamee cup masing2. Tingkat atas Mamee Jonker Walk ni taw.

Last sekali, sesi penutup dan sesi hadiah untuk blogger yang upload gambar paling kreatif di Instagram. Semua blogger ada dapat goodies bag dengan barangan Mamee. Paling best, xsangka yang iday antara pemenang hamper Mamee. Dahla dapat goodies bag, menang masa main game dengan Mamee Squad Fun and then dapat pulak Hamper. Boleh buat stok makanan kat rumah sewa. 

Terima Kasih kepada Mamee dan Nuffnang kerana memberi peluang untuk melawat kilang Mamee dan menyediakan aktiviti menarik ni. Korang pon boleh datang jugak ke Kilang Mamee ni. Iday akan sertakan alamat di penghujung entry. Hehe


oh, nak tengok gambar yang buat iday menang hamper tu? Hehehehe




Ikuti perkembangan terbaru Mamee Chef dari semasa ke semasa dan anda berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik! Boleh like facebook Mamee Chef ni :)


Ni pulak link yang korang boleh tengok sendiri ape RamenRater cakap tentang Mamee and dia bagi 5/5 bintang taw. Hebat tak hebat. Orang luar pon kagum dengan produk keluaran Malaysia ni.  Ini ida amik petikan komen The Ramen Rater tentang produk mamee ni :




“ Finished (click on image to enlarge). Added a white shrimp, tofu puff, Chinese long bean and sweet onions. The noodles came out extremely nice – gauge and texture are magnificent – Nice chew and mouth-feel. The broth is superb – has a nice curry flavor that is not too strong but very present. The broth has a heartiness to it and a nice heat level; pretty accessible for most folks I would say. I really like the strong cumin flavor as well. The garnish was nice – it included green onion as well as tofu puff which hydrated and was almost identical to the tofu puff I added, minus the size of course. Delectable! 5.0 out of 5.0 stars. “ 


Apa lagi, meh pi borong Mamee di pasaran sekarang dengan harga semua mampu. Yang dah kahwin , nanti masak untuk husband. Mesti dia ingat Mi Kari. Hehe. :p

10 comments:

  1. Hahahaha spotted nama Islam. Kbaiii. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. xmakan lagi mamee cup tu. macam sayang je. esok expired. Haha

      Delete
  2. pehhh..tabik la ida dpt wat entry cmni..detail gile!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tak detail sangat ni ayu. nama pinky and abang dekat mamee jonker house pon iday xletak sebab lupa. hehe. :p

      Delete
  3. besarnye mamee cup tu..stok setahun..
    terbaik entri ni..jeles tak dapat g

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Thanks :)
      Next time ada trip lagi boleh la join. Boleh kenal2 :)

      Delete
  4. whoa!!! details dan panjang giler post dia! oh mamee cup saya tu dah selamat dah pun...lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Risau jugak post2 panjang, orang tak baca. dah makan, ida xmakan2 lagi. dah expired. Hehe

      Delete
  5. bestnya dapat jalan2 ke kilang mamee. dapat goodies bag lagi best berganda2...

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List