Per'l Xlim punca hilang berat 2kg dalam masa 2 minggu?

13

Entry kali ni, iday akan ceritakan pengalaman iday sepanjang 2 minggu mengamalkan Per'l Xlim iaitu produk baru keluaran Power Root. Macam mana iday tahu tentang product ni? Korang boleh baca article ni [klik]
Tak sangka iday boleh bagi komitmen untuk mengamalkan tanpa henti produk dari Power Root ini. Ini kerana produk ini berasakan cafe’ dan chocolate yang sedap dah mudah untuk mengamalkanya, cuma tambah air panas.Sebelum ni, iday susah nak bagi komitmen pada produk mengurangkan berat badan ni. Hehe

    Pengalaman menggunakan Per'l Xlim selama 2 Minggu    
  
Hari-hari iday akan bawa 2 paket Per’l Xlim iaitu Cafe’ dan Chocolate ke office, selalunya ida amalkan 30 minit sebelum sarapan, minum Per’l Xlim Chocolate manakala untuk Perl’Xlim Cafe’ , ida amalkan 30 minit sebelum makan tengahari.
 
So, apa pengalaman sepanjang menggunakan produk Per’l Xlim Cafe’ dan Choco?! 

1. iday rasa kenyang selepas minum Per’l Xlim, dan disebabkan itu lah ida mengawal kuantiti makanan yang iday ambil. Kadang-kadang iday tak makan nasi dan just makan sayur dan ayam/ikan. Kalau time weekend, iday lagi suka masak benda simple, ataupon buat salad. Kalau nak tahu, bila kita kawal cara pemakanan kita, ia juga penyumbang utama penurunan berat badan kita.
Sekarang selalu minum air masak,hehe
2. Iday tidak lagi kuat makan, kalau dulu, tiap-tiap masa asyik nak makan, tengah buat kerja mesti nak kunyah kerepek or makan coklat. Bila time rehat, ambil lauk dan nasi macam orang kebulur, lagi kesian kalau hujung minggu, keluar dengan Islam, nak makan banyak-banyak, pi makan steambot la ,makan besar la. so, sangat membazir. Sekarang, kalau pergi makan foodcourt, iday just ambil lauk seperti sayur dan ayam atau daging, ida dapat jimat dan simpan duit untuk kahwin. Hehe
Selfie dulu before buat air. hehehe
3. Rasa bertenaga,macam kurang mengantuk especially bila kat ofis, mata segar je. hehe Then badan rasa ringan, maybe dah ada pengurangan berat badan. Jadi aktif, naik turun tangga kat ofis tu, no hal lah. 2 tingkat je :p

4. Yeayyy. sebenarnya berat iday memang turun, 2 Kg in 2 weeks. tu pon tanpa bersenam. Nak kat cut makan, sebenarny tak pon. Tapi bila minum Per'l Xlim ni, selalu buat kita rasa kenyang, so kita akan jaga la kuantiti pengambilan makanan. Itu yang jadi penyumbang kepada pengurangan berat badan tu. hehe

5. Maybe ni just perasaan iday la kan. (effect tu based on individual punya experience, xsemua sama okay ) Iday rasa kulit muka macam okay sikit, jerawat2 ni jarang pulak singgah. Per'l Xlim ni ada kandungan Colagen taw. hehe

Sebenarnya, kalau nak senaraikan, memang banyak lagi kebaikan yang ada pada Per'l Xlim ni, cuma 1 je yang iday tak puas hati tentang Per'l Xlim. Dia hadkan 2 kali sehari je minum. Ikut hati nak je minum banyak2, sebab sedap. hehe

asyik minum air masak. Hehe

     Perjumpaan kali ke-2 Per'l Xlim bersama Blogger     
 
Pada 8th May, berlakulah perjumpaan kali ke-2 , para blogger dan pihak Power Root, kali ni untuk timbang berat buat kali ke-2. Excited sebenarnya sebab nak jumpa rakan blogger yang lain dan berkongsi cerita serta pengalaman semasa menggunakan Product Per’l Xlim ni.

Sampai-sampai je, kami dikumpulkan dalam sebuah bilik mesyuarat, and iday nampak ada goodies bag cantik and ada product packaging baru dari Power Root. Then nampak mesin penimbang berat terus rasa cuak, Haha.
 
Orang yang pertama timbang mestilah iday sebab memang duduk paling dekat dengan mesin penimbang tu, then Islam lak tak sempat keluarkan camera. so, gambar iday takde, tapi gambar kawan-kawan blogger ada. hehehe :p 

Lepas je sesi timbang, setiap blogger akan diajukan bebarapa soalan, macam mana pengalaman sepanjang guna, macam mana cara guna, then kalau ada yang tak faham, kita boleh tanya. Iday kan turun berat almost 2kg, so diorang tanyala, macam mana iday consume semua dan iday cakap ida buat exactly seperti yang disarankan oleh Power Root iaitu minum 2 kali sehari dan pengambilan mestilah 30 minit sebelum sarapan dan lunch. Hehehe

 
Then tibala part paling lepas habis sesi timbang berat and sesi jawab soalan, sesi MAKAN! kalau part makan ni, laju je.  Kita still boleh makan macam-macam tapi jangan makan banyak over sangat. Hehehe 

Kitorang dihidangkan dengan sandwich sedap, my favourite and hot chocolate. Hehehe

Lepas je sesi makan-makan, haruslah ada sesi bergambar blogger2 yang turut serta dalam program dalam menurunkan berat badan oleh Power Root, tiba-tiba rasa macam join rancangan “The Biggest Loser” Haha. Tapi seronok sebab kita nampak rasa produk tu beri kesan penurunan berat badan, bukan main-main taw. Hehe
Seronok dapat kenal blogger2 yang hebat ni. Terima kasih kepada Nuffnang and Power Root sebab bagi peluang sebaik ini. hehe

Nanti bila produk ni keluar di pasaran, jangan lupa beli taw. Untuk pengetahuan korang, phase pertama ni diorang akan jual di Mydin, Aeon dan Aeon Big. Phase kedua nanti baru diorang jual di Giant, Cold Storage and selected outlet. Iday berjaya turunkan berat badan dan iday tak sabar nak tengok hasil untuk timbang kali ketiga dan terakhir nanti. Iday nak capai berat impian iday iaitu 49 Kg. Dengan penggunaan product Power Root, Insya Allah berjaya. Hehe

 
 
Dulu segan nak pakai seluar, sebab kaki besar gajah and confident level tu rendah sangat2. Sekarang rasa lebih yakin dan pandai dah pose-pose silang kaki ni, Hahaha.

So, stay tuned for the next story okay, masa tu hope berjaya capai target and berjaya turunkan berat badan seperti yang di idam-idam . hehehe 


Jangan lupa like Per’l Xlim punya page disini [klik] . Banyak rahsia kecantikan dan gaya hidup sihat terutama untuk wanita yang dikongsikan, selain tu korang akan dapat informasi terkini tentang produk Per’l Xlim.


Per'l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona! :)

 
Tags

Post a Comment

13Comments
  1. Iday mmg bertuah..dpt mcm2 pastu dh slim skrg..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Alhamdulillah, tapi musim kenduri ni, berat badan naik balik. Tunggu Per'l Xlim keluar pasaran sebab stok dah abis. Hehehe

      Delete
  2. Wahhh. Perubahan yang sangat ketara.! Tak sabar tunggu barang ni keluar. Sebab saya pun nak kurangkan berat badan. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. iday pon xsabar tunggu keluar pasaran sebab nak beli lagi. belum capai target ni :)

      Delete
  3. Aik dah ramping pun still nak merampingkan lagi badan ker hahaha.. apa pun terus usaha..
    Kaki besar gajah? biar betul.. tapi dalam gambar tu memang nmpak ada perubahan.. bagus la..
    orang kata badan lebih kurus akan lebih berkeyakinan.. betul ker? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. ada lemak2 tersembunyi. tapi ada lost la, tu yang rasa nak amalkan per'l xlim ni. hehe

      Delete

  4. 3 ari sblum mnum de check berat..mak aii..kuciwa btol..ari ke 4 bru bli perl xlim ni..n trus mnum..1 ari 2 sachet..ari ke 7 tmbg tgk tron 1 kg...pdhl mkn cm biasa..tp dlm kuantiti skitla...ni buat mkin excited nk bli..tp tgk blik stok per xlim ni cpt btol abis..





    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh yerke, baguslah. tular, per'l xlim selalu cepat abis stok, takpe, like facebook diorang untuk dapatkan maklumat tentang produk per'l xlim ni :)

      Delete
  5. As Salam...nak tanyelah brpa ek kandungan gula dgn karbohidrat dlm 1 sheet per'l xlim.

    ReplyDelete
  6. Sedih. Tak jumpa kat mana mana pun. :'(

    ReplyDelete
  7. nice....esok nak pergi terjah giant...hopefully ada.....nak cuba gak....hee

    ReplyDelete
  8. time period boleh minum ke.?

    ReplyDelete
  9. time period boleh minum kea

    ReplyDelete
Post a Comment