Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Rasai Kehangatan FIFA World Cup 2014 dengan Stadium Astro!

Hallo! dan Assalamualaikum :)

Brazil Brazil Brazil! Neymar Neymar Neymar, bukan main beria-ria lagi iday kan. Actually, iday mula minat mengikuti perkembangan FIFA World Cup tahun ni bila iday join satu event anjuran Astro iaitu Astro World Cup Event yang diadakan di One City Mall. Event ni ini diadakan untuk mempromosi/memperkenalkan aplikasi yang hebat oleh Astro, the official broadcaster of the FIFA World Cup 2014 dengan menawarkan 64 siaran langsung perlawanan dalam HD (high definition). 

Okaylah, iday akan story apa yang berlaku sepanjang event ni dan apa yang iday faham tentang aplikasi2 hebat dari Astro. Astro mementingkan 4 aspek dalam menghangatkan musim bola kali ini iaitu WATCH, READ, LISTEN and PLAY. Semua ni iday tahu semasa event Astro Bola Party. Hehe, tiba-tiba dah terer pasal bola, padahal minat bola sebab Neymar . First at all, iday akan explain semua app terbaru dari Astro ni. 


         READ : StadiumAstro.com           



StadiumAstro.com ni adalah website utama tentang FIFA World Cup 2014, di website inilah kita akan tahu everything about the FIFA World Cup 2014 antaranya : 





  1. Info terkini tentang perlawanan - lepas habis sesuatu game, akan ada news tentang game tu, maybe disebalik tabir game tu, gambar2 aksi pemain dan coach semasa game.

  2. Match Centre - kat sini kita taw next match, result match and ranking team yang terbaru.

  3. FIFA World Cup Web Player - kita boleh tengok highlight video during game, ataupon the best moment masa match dan macam2 lagi. 

Actually banyak lagi yang kita boleh dapat di STADIUMASTRO.com, lagi2 kerana Stadium Astr0 adalah official broadcaster of the FIFA World Cup 2014. Sebab tu kepada peminat bola sekalian, sila la ke website ini untuk mendapatkan segala informasi terkini tentang dunia World Cup dan jangan risau sumber yang ada disini adalah yang boleh dipercayai :) Website ini boleh dilayari sama ada dalam bahasa Melayu atau English. 
     WATCH – The Most Comprehensive Coverage of the World Cup     

Astro Football Pass holders akan dapat menonton 64 LIVE matches melalui 10 siaran (5 SD / 5 HD) di rumah mereka. Demi memberikan perkhidmatan terbaik, maka tercipta la dua app yang membolehkan peminat bola menonton bola walau dimana mereka berada mengunakan gadjet/tablet/smartphone. 2 App tersebut ialah :

Astro Go 2014 FIFA World Cup





Aplikasi ini adalah antara aplikasi utama untuk menghangatkan musim FIFA World Cup 2014 dimana pelanggan yang mempunyai Astro Football Pass boleh menonton 64 LIVE World Cup 2014 melalui beberapa function menarik seperti dibawah. 



Hebat kan? 

  1. Match Cast with 6 Multi Camera Feeds & Event Markers - Kita boleh tengok match with different angle, boleh tengok reaksi coach, tengok dari pelbagai sudut.
  2. Match Cast with Multi Angle Review - Kita boleh pilih angle mana yang kita nak, kalau suka Neymar, boleh pilih angle yang dekat dengan Neymar. Hahah
  3. Player by Player Comparison
  4. Schedules & Standings - Boleh check jadual perlawanan and kedudukan mata setiap team
  5. Team Formations - Kita boleh taw kedudukan player yang kita minat dalam setiap match
  6. Team Page
  7. Team by Team Comparison
  8. Video On Demand - Lebih 4000 video yang ada dalam app ni. 
Boleh download Aplikasi ini di Google Play/Apple App Store ataupon Web Player melalui StadiumAstro.com

Astro On the Go


Kalau Astro On the Go pulak, hanya ada video demand dimana terdapat 64 matches of the 2014 FIFA World Cup untuk pelanggan Astro dan bukan pelanggan Astro. 30 matches dari 64 Live matches adalah percuma manakala yang lain berbayar, customer boleh bayar pay-per-view dengan harga RM 6 setiap satu. :) 

Boleh download Aplikasi ini di Google Play/Apple App Store ataupon Web Player melalui my.astroonthego.com

         PLAY – Whose Side Will You Take?        


Macam mana kita nak tunjuk kesungguhan kita dalam menyokong team pilihan kita? Astro dengan kreatifnya telah mengeluarkan 1 aplikasi yang membolehkan kita face-printed bendera pilihan dan jadikan sebagai profile photo di Facebook. Barulah nampak semangat. Hehehe Tapi macam mana? Okay, Iday akan share step by step macam nak gunakan aplikasi ni.

Mula-mula klik link ni : Whose side will you take?

  1. Korang kena pilih team pilihan korang.
  2. Upload foto
  3. Adjust outline pada gambar korang supaya bendera tu letak elok di muka. Hehe
  4. Pilih pattern, every team ada 3 pattern taw . Then edit contrast.
  5. Lepas tu boleh la share dan tunjukkan semangat korang sebagai penyokong. Jangan lupa jadikan gambar tadi sebagai profile photo. 
Tadaaaaa! dah siap, simple sangat kan :)

Actually korang bukan sahaja boleh menonton perlawanan LIVE tapi korang jugak boleh main game menggunakan aplikasi dari Astro ni iaitu Ola Bola Football Predictor dan Stadium Astro Fantasy #OlaBola Edition. Iday paling suka main Ola Bola Football Predictor, bukan korang excited team korang dapat goal tapi korang sendiri dapat point kalau prediction korang tepat.
Ola Bola Football Predictor

Ola Bola Football Predictor sebenarnya LIVE football prediction app , maknanya korang boleh prediction before games (pre-match prediction) atau semasa on-going LIVE match. Contonya masa game tu, tetiba bola makin hampir ke gawang gol, so automatic app ni akan popup soalan tanya sama ada gol atau x within few second je. Kalau korang betul, korang dapat points and dapat compete dengan kawan2 korang jugak.

Korang boleh predict untuk corner kick, sama ada goal, clear, missed atau save. so every jawapan tu ada point. Ataupon sepakan penalti, korang kena pilih samaada missed atau save. Best taw main football prediction app, sambil tengok bola sambil layan terer tak terer korang predit the game. Hehe 

Dalam Ola Bola Football Predictor ni pon ada mini kuiz, untuk uji pengetahuan korang tentang dunia bola sepak. Setiap soalan ada markah. Markah yang terkumpul dari kedua2 game ni akan menentukan rating korang di kalangan peminat2 bola. Hehehe. 




Korang boleh download app ni di Apple Store App/Google Play


Stadium Astro Fantasy #OlaBola Edition
Teringin nak jadi manager on your team? Boleh pick player2 yang sedia ada, boleh join league and dapat point kalau your selected player to dapat score point on the real-life performance. Ni bukan suka-suka main taw sebab ada hadiah untuk pengumpul point paling banyak. Hehehe Kalau dalam team iday, of course iday amik Neymar. Hehe 




Korang hanya boleh pilih 4 player dalam setiap team, pilih 11 orang dan decide korang punya formation sendiri. Kata manager kan. Hehehe Ingat kena pilih captain untuk dapat Double points.


Untuk tahu lebih lanjut atau nak main game ni, korang boleh klik link ini :




     LISTEN and get into the Samba Groove    


Korang juga boleh mendengar siaran langsung perlawanan FIFA World Cup 2014 ataupon maklumat2 terkini tentang FIFA World Cup melalui Astro Arena di StadiumAstro.com. Macam-macam ada kan. So, sepanjang musim bola ni korang boleh ke website untuk news, live update, schedule , highlight and classic video dari FIFA World Cup yang lepas.


Astro World Cup Event

Oleh kerana itu lah, pada 14th June lepas telah diadakan satu event untuk memperkenalkan lebih detail tentang aplikasi2 dan website terbaru dari Astro ni. Korang ingat iday simply boleh explain tentang semua app ni? Ini semua info2 yang iday dapat masa join event Astro Ola Bola Party.

Semua blogger yang terlibat dengan event ini mula berkumpul di Subway, One City Mall untuk registration. Code dress kali ni semestinya national jersey, ikut pada team yang masing2 sokong. Hehe sangat meriah. Iday datang bersama Islam dan excited nak jumpa Ayu dan Mek Onie. Hehehe Oh iday pakai baju Brazil. hehe :)


Kami mula bergerak ke Restaurant Hongdae-Mun di tingkat 10. Kalau nak taw, tingkat paling atas di One City Mall ni selalu menjadi tumpuan pengunjung untuk mengalami perasaan berada diatas lantai kaca dan menghayati pemandangan cantik di puncak mall. 10 tingkat babe, mau tak cuak.



Bila kaki ni melangkah masuk ke dalam restaurant Hongdae-Mun ni, terasa kehangatan FIFA World Cup kali ni keranai bendera setiap negara yang join match kali ni dijadikan dekorasi. Then ada banyak poster FIFA World Cup especially poster Neymar. Haha


Masuk-masuk je, kami bergambar di Box Whose Side Will You Take?Haha , seronok kemain lagi diorang ni. Semangat World Cup . Hihi



Event malam tu sangat meriah, lagi2 dengan host yang sporting and my favourite guy from Jinnyboy, Reuben Kang. Hehe, xsangka jumpa lagi, before ni jumpa dekat Churp Churp Festival dekat Setia City Mall tapi tak tegur sebab malu. Hik Hik



Actually, time ni lah Reuben and another host akan explain tentang aplikasi2 Astro ni dengan bantuan tv lcd besar kat depan tu. Hehe. Masa ni semua orang tumpukan perhatian termasuklah iday. Reuben memberi penerangan dengan menjemput Abang Nara untuk mencuba sendiri Aplikasi dari Astro ni. Bukan sahaja kita boleh baca,melihat live game, tapi kita boleh bermain dengan aplikasi2 Astro ni. Istimewa untuk peminat dan penyokong FIFA World Cup kali ni.


Kan tadi iday ada cakap yang Ola Bola Football Predictor pon ada mini kuiz dan masa ni beberapa blogger di uji pengetahuan tentang dunia bola. 2 team berentap menjawab soalan dengan betul dan menang hadiah istimewa dari Astro. Iday kagum dengan diorang yang arif tentang dunia bola ni. Kalau exam pasal bola, sure dapat A+. Hehe


Habis jer kuiz ni, kami disediakan dengan makan malam yang sedap. Rasanya makanan korea sebab ada kimchi. Hehe. Kami makan di sudut luar restaurant dan iday sangat kagum dengan pemandangan yang dapat dilihat dari puncak mall tu. Cantik sangat view dari puncak tu :)



Ini adalah kali pertama iday datang ke One City Mall dan seronok sambil makan , kita menikmati permandangan yang cantik hanya di Skypark @ One City Mall. Last jumpa diorang ni masa event Mamee hari tu, macam2 story keluar. Iday paling suka servis di restaurant, everytime pelayan nampak gelas kita kosong, mesti dia tukar dengan air yang baru. :)


Dah puas lepak,amik gambar, gosip2, event dimulakan. Kali ni sesi soal jawab dengan blogger yang hadir. Reuben Kang tanya team mana yang menjadi pilihan, and yes , iday pon ditemubual jugak. Haha. kelakar taw, xprepared jawapan pon. Haha








Lepas je sesi soal jawab ni, ada game dimana semua yang hadir dibahagikan by team. Walaupon iday sokong Brazil, tapi iday team England. Ada 4 checkpoint and setiap checkpoint akan ada aktiviti yang berkaitan dengan Apps by Astro. Game ni sebenarnya buat iday lagi faham macam mana nak menggunakan Apps.





Sebelum start game, mestilah sesi group photo dengan team iday iaitu Team England. Walaupon kitorang baru kenal, kitorang can get along semata2 nak menang game ni. Asyik nak menang je kan. Haha





Task 1 : Gunakan Applikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup dengan betul


Ada 6 ipad, setiap ipad tu kita kena buka menu yang berbeza dalam app Astro Go 2014 FIFA World Cup iaitu Home, Match Cast with 6 Multi Camera Feeds, Player comparison, Schedule, Team page dan Video on demand. So, kena select yang menu yang betul la sebab ada markah. Gigih taw kitorang, i love my team sebb everyone involve & committed dalam game ni. Hehe


Task 2 : Ola Bola Football Predictor

Task kedua ni, kitorang kena compete dengan team lain untuk dapat markah tinggi. Kitorang compete dengan Team France. Lucky for us, sebab one of my team memang selalu main predictor ni. Hehe. Markah penuh game ni adalah 4200 dan kitorang dapat 4100. Hahaha We having a great time during this event.





Task 3 : Goal!! 



Task kali ni tak libatkan aplikasi tetapi melibatkan kepandaian kaki aku ni nak sepak bola masuk gol. Haha Ada 2 papan dalam goal yang kitorang kick bagi kenal iaitu 64 LIVE Match & 30 LIVE Match. Kalau kick kena 64 LIVE Match dapat 20 markah. Hehehe. Kitorang 1 team amik langkah selamat kick yang 30 LIVE Match. Hehehe


Task 4 : Whose Side You Will Take 



Iday ada explain pada permulaan entry macam mana nak main game ni. Last2 nanti kitorang kena share kat facebook untuk dapatkan markah. our team semua gigih hadap phone sebab nak dapat markah. Hehe. great job guys ! :)



Akhirnya complete sudah ke-4 game kitorang dan kitorang harap sangat dapat hadiah voucer Aeon tu. Hehe. Team iday kali ni semua semangat nak menang especially si Adam. Iday baru kenal Adam time tu, tapi dah kenal rapat. I mean bukan rapat over2 tu, rapat as friend la, boleh gelak2 semua. Islam pon ada time tu. Hik hik.

Bila dah habis, kitorang pon duduk2 la sembang2, masa tu baru la dapat lepak dengan Mek Onie and Ayu. Kitorang pergi event mana2 selalu tak sama team. Haha. Masa ni la iday amik kesempatan nak bergambar dengan Reuben Kang dan Abang Nara. Hahaha


Tibalah masa diumumkan nama pemenang, rupanya keputusan seri untuk tempat pertama which is iday lupa team mana (sedih sebab team sendiri tak dapat 1 and 2), so diorang kena compete untuk dapat tempat pertama dengan main game Ola Bola Predictor. Time ni iday & Adam dah frust tapi kitorang berharap tempat ke-3. Haha


Masa diorang lawan Ola Bola Predictor pon dapat markah sama, so pemenang ditentukan dengan soalan kuiz. Akhirnya group Ainul menang dan group yang kalah tu dapat no 2. Hehehe, jangan sedih2, atleast dapat jugak hadiah. hehe Tengok lar, they are super excited for their winning. Jeles kita taw. Ainul yang pakai shawl hijau, and iday dah tak jumpa dia almost 10 years, my childhood friend okay. Then jumpe time ni, reunion kejap. Hehe


Then, diorang umumkan pemenang tempat ketiga. Guess what, our team menang! Yeayyyy. “menang lagi” bak kata Sam. Hehe. So, Our Team dapat voucher Aeon RM200. Yeayyyy :)





Awesome night I must say, lepas habis sesi photo dengan pemenang, kitorang dapat goodies bag. Dapat bag travel Brazil! Bestnyaaaaa. I love the bag so much! Then tak lupa juga nak bergambar dengan semua kawan- kawan blogger dan my Neymar. Eh, Neymar datang ke? Hahaha.


Tadaaaa, haha, beria sangat ko ni iday oi. Haha. takpela, xdapat amek gambar dengan orangnya, amik gambar dengan poster pon boleh. Hahaha. Habis event ni, kitorang bergambar dengan goodies bag cantik dari Astro. Hehehe





Thanks to Astro dan Nuffnang for inviting us to such awesome event. Dapat taw lebih detail tentang aplikasi2 yang ada. Korang pon boleh download semua app di Google Play/Apple Play Store dengan klik link yang ida dah share di permulaan entry. Hangatkan musim FIFA World Cup 2014 anda dengan applikasi2 yang awesome ni :)

p/s : semua gambar dalam article ni snap by Islam. Check his website by click here. Thanks!




6 comments:

  1. Amboii beronok ronok ye korang tinggalkan kita. Hahahaha. Best best ! Eh eh nampak Norza , Miza , Ayue , Mekonie lah !

    p.s : ada orang tu muka dia tertepek dekat beautipulnara laaaaa. tung ar retis. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah, tulaaa, kalau nad ada lagi best, hehe, havoc sikit. hahaha

      Delete
  2. Wah2...mmg btol la Ayu ckp..hee u nye entry mmg siyes very inclusive;) I loikee..I pon byk lupe da task2 nye..nway nice to know u Ida. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, panjang gile entry ni , takut jugak orang malas nak baca. hehe. happy dapat kenal miza jugak. hehe

      Delete
  3. Untung laaa...
    dapat voucher Aeon.. he he...

    Nak cilok gambar dari Islam laa... ha ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tu dapat jersey, 2 lak tu.. Haha.

      Amik la gambar. Islam baginyee. hehe

      Delete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List