Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Pengalaman Dapat Housemate Gila - Part 1

Hello! dan Assalamualaikum :)

Sebenarnya aku malas nak cerita pasal housemate kurang asam aku tu, tapi serius aku tak sangka yang aku dapat jumpa sejenis manusia macam ni. Manusia yang macam tak kisah apa, buat salah tapi buat bodoh and serius makin lama aku hadap orang macam ni, boleh gila. 

sekarang dia dah tak serumah dengan aku dah, aku cakap aku nak kahwen & dia kena keluar. Sebenarnya aku tak tahan dengan perangai dia, sebab tu aku nak dia keluar dari rumah tu. Serius oi, sakit otak aku.

Masa mula-mula dia nak masuk umah ni, aku tanya dia, ada transport ke nak pegi keja sebab umah aku ni mana ada bas. Then dia cakap ada. Okay fine, memang bagus la. 

Dia booking umah aku tu bulan 7, so sepatutnya dia start bayar bulan 7 la kan. sekali deposit. Tetiba dia buat hal, dia cakap dia nak masuk bulan 9 sebab ofis dia tak jadi pindah TPM. So, aku macam nak cancel la dengan dia, tapi dia pujuk2 then aku kesian. Then aku cakap la, why not dia bayar sewa bulan 8 half and bulan 9 + deposit. Aku ni kira baik tak mintak sewa bulan 7 sekali. Tapi dia buat hal lagi, dia xbank in duit and senyap camtu.

21 Julai 2013
Dia datang tengok rumah tu, usha2 dulu la & dia cakap dia suka.

24 Julai 2013
Dia confirm nak sewa bilik tu. So, aku mesej la dia 24 Julai tu, bagi no akaun semua. Aku cakap bila dah bankin, bagitau aku. so dia reply cakap OK. 




31 Julai 2013
dia tak masuk2 lagi duit, aku nak bayar duit rumah sewa. Sakit kalau nak bayar sorang. Masa tu pon baru lagi kerja. Then aku mesej dia masa 31 Julai  tu. 
Akak, duit rumah sewa & deposit tu bankin esok or lusa boleh tak? Sebab ida nak bagi tuan rumah dah.
Dia tak reply, aku dah start bengang sebab kalau dia taknak aku boleh sewa kat orang lain. Actually ramai je nak sewa bilik kat rumah tu sebab aku letak murah okay. 

2 August 2013
Dia still tak reply, so aku mesej dia lagi. Kali ni kalau dia tak reply memang aku nekad nak cancel. Memang bodoh la kan. Aku mesej macam ni :
Sorry Akak, kalau tak jadi sewa or lambat bayar. Akak kena bagitau. Atleast saya taw dari akak diam macam ni.
Aku tak dapat reply, so aku dah decide nak cancel. Memang bangang taw buat orang macam ni. Sumpah aku nak marah. tapi, elok je dia call lepas tu. dia cakap ayah dia masuk hospital & bla bla bla. Sekali lagi aku bagi peluang & sekarang aku rasa macam bodohnya aku time tu. 

15 August 2013
Aku ingat dia akan bankin la dalam masa terdekat, then aku dapat mesej dia pada 15 august 2014.
Akak bayar deposit 22/8 boleh? Lagipon time tu akak dapat gaji, nak bayar sekarang tak dapat

Bodohnyaaaa aku time tu sebab aku cakap okay. bodoh kan. Bila aku baca balik mesej aku ngn dia before ni, aku rasa macam bodoh sebab boleh sabar and terima dia masuk dalam rumah sewa. Sebab start dia masuk, bermula hari-hari paling stress dalam hidup aku. 

Dah la bayar sewa lambat. pastu buat hal. macam-macam hal dia buat masa duduk serumah. then masa last dia nak keluar. dia boleh tanya "Apa Salah akak?" . Kecik-kecik taknak mati, besar menyusahkan orang. Hahaha. 

Nanti aku cerita, apa yang dia buat sampai aku marah. almost 1 year aku tahan dengan perangai dia, then malam ni malam paling bahagia sebab dia dah officially berambus dari umah sewa aku.


p/s: Aku tak aibkan dia, sebab aku tak sebut nama dia. Tapi aku boleh cakap malang bagi mereka ada housemate macam dia. Aku punya stress ni nasib baik tak masuk hospital je.

8 comments:

  1. marah bnar dapat housemate mcm tu..sbr ye..

    ReplyDelete
  2. "Apa salah akak?" Terbaik ah. Haha. Org jenis camtu penah gak jumpa tapi ni mcm lg kritikal je. Hehe. Nak part 2 pulak :)

    ReplyDelete
  3. hahhaha..lawak la ida! pagi2 da da tersengih bce entry ni..saba2...skg da bahagia kn? :p

    ReplyDelete
  4. ish tekanan betul kalau dapat org cam ni...

    ReplyDelete
  5. baik sangat kau iday. kalau aku awal-awal dah cari orang lain dah.

    ReplyDelete
  6. xsabar nk tau ape die bt..huhu

    ReplyDelete
  7. kalau Aisyah.. dh lama dah kuar dari umah tu. buleh stress kite kalau cenggini

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

My Blog List