Enter your keyword



Check My New Video On Youtube!



You can follow me here :


Road Bully + Penipu | #1

Tuesday, September 30, 2014
Hallo & Assalamualaikum,

Jumaat lepas, iday langgar kereta orang. 

Actually bru lepas kena kacau dengan road bully, lelaki melayu berjubah. Dia tak puas hati sebab dekat bulatan pandan indan yang jem nak mampus tu, keta aku kena himpit then termasuk line dia. Dia hon sekuat hati, tapi aku takle buat pape sebab keta aku kena himpit. Padahal jalan jem, kau bukan boleh pergi mana pon. 

Dia tak puas hati then kerja keta aku & buat kerja2 bodoh yang memang manusia akal cetek macam dia je boleh buat. Tengah2 highway dia boleh brek tiba2 then kekanan-kekiri macam orang gila. Aku malas layan just bawak macam biasa. 

Disebabkan dia lelaki takde akal, dia tak puas hati selagi dia tak dapat luahkan marah dia tu dengan teriakan maki hamun dekat aku. Dia dapat peluang tu bila aku berhenti sebab traffic jam. dia pon pergi tepi kereta aku. Hentak tingkap kereta aku, tolak aku punya side mirror. Oh, wife dia ada kat sebelah, bangga tengok husband dia mengamuk macam tu kat tengah2 jalan. 

Aku punya respon? Aku angguk2 then aku terlanggar kereta depan. Haha. lawak tol. bukan langgar kuat. Kan kalau jem, mesti kereta akan jalan sikit2. Aku lak xle fokus sebab lelaki xde akal tu sedang meroyan then terlanggar kereta depan. 

Sebenarnya, aku bersyukur sebab langgar kereta depan. Sebab aku dah takyah layan road bully yang dok meroyan tu. Oh, dia suruh aku bukak tudung aku sebab dia kata aku tak layak pakai. Haha aku mampu gelak dalam hati. risau japg dia berang & pukul aku. So, aku senyap dan senyum. Aku bagi dia peluang untuk luahkan rasa tak puas hati dia tu dulu.

Ingat kes Kiki stering lock dulu? Lebih kurang macam tu la amukan dia. Aku pon tak faham apa yang dia nak marah sangat. Yang patut marah aku sebab dia meroyan, memandu secara berbahaya, block aku kat depan toll. serius macam orang gila.

Yang aku terkilan, aku tak sempat amik video. sebab aku menggigil dan menangis. hahahaha :p

nanti sambung story pasal penipu, owner kereta yang aku langgar tu. kena sambung kerja dah. bye2.

Hahaha



You can follow me here :


Our Marriage Life : Cubaan memikat hati suami GAGAL

Wednesday, September 24, 2014
Assalamualaikum,

Ni cerita rumahtangga pertama aku lepas kahwin, Hahaha cerita tentang aku yang gagal nak jadi isteri yang konon2 bila husband kau balik kerja, tengok makan malam dah tersedia indah atas meja. Kesian Islam semalam. Huhuhu 

Nak jadikan cerita, balik kerja semalam iday dah terbayang nak masak daging masak kicap & sayur feveret islam. Nak masak special sebab nak suprisekan dia bila dia balik kerja. Nak dia cakap "Untungnya dapat awak" . Dah kawen ni, puji-pujian "cantik lawa comel" tu dah tak kisah sangat. Nak dapat pujian macam "Untungnya dapat awak", baru la best. Hikhik . Gedik.

Dah sampai umah, mestilah pergi peti ais dulu sebab nak keluarkan daging. Buka2 pintu ais, terkejut sebab berbau & takde lampu. Check dia punya plug, rupanya tak pasang. Frust dia tuhan je yang tahu. Check la tempat frozen tu, bayangkan daging,ayam dan ikan semua dah rosak, berbau and memang takleh buat masak dah. :(

Lepas tu baru la terfikir & teringat yang pagi tu iday nak tutup plug nasi then pelik sebab balik kerja tengok nasi dah keras. Rupanya2 tertutup plug peti ais. Iday iday iday :(

So, dah blur nak masak apa. pastu termenung tengok peti ais and tong sampah yang ada ayam daging ikan tu. Hahaha. lama jugak la aku termenung kat sini, sedar2 pintu rumah dah terbukak & Islam dah balik.

Sebelum dia tanya pape, terus cerita pasal peti ais tu. & Islam tunjuk dat kind of face, yang dia nak marah tapi dia tahan. Then dia cakap dia penat & nak baring. Huhu dah agak yang dia memang marah, tapi nak cool down dulu. So, just let it be. Bagi space kat dia, jangan tanya macam2 or minta maaf banyak kali. dah faham sangat dia tu. 

Lepas a few hours, dia dah bangun & tanya ada makanan tak. Kesian dia, merajuk dengan perut lapar. Hehehe so, Iday masakkan sardin then minta maaf sebab tak dapat nak masak special untuk dia. Huhuhuhu Nasib baik dapat Islam yang memahami, last2 Iday yang merajuk sebab dia merajuk. Hahaha. 

Okay la. sampai sini je story. cerita pasal pujuk memujuk ni bukan untuk tayangan umum. ada yang muntah japgi. Hahaha 

Tapi serius, once you got married, your husband is totally different masa kau bercinta dulu. Lagi baik,lagi penyayang. Haha kalau tahu, patut kahwen lagi awal :p


P/S: Untung saya dapat awak yang penyabar :p


You can follow me here :


#MYCyberSALE : Jualan Siber terbesar anjuran kerajaan yang pertama di dunia.

Monday, September 22, 2014
Assalamualaikum & Hello!

Berita baik untuk mereka yang suka membeli secara online kerana Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di bawah inisiatif Digital Malaysia akan menganjurkan 1 jualan secara besar-besaran di atas talian menawarkan potongan harga sehingga 90 peratus. 

Jualan siber ini melibatkan 4500 penjual online termasuklah Groupon, Lazada Malaysia, Zalora, Rakuten, Air Asia, MAS dan banyak lagi bermula 29 september sehingga 1 Oktober 2014. 





Lazada Malaysia akan menawarkan potongan harga terbaik serta promosi hebat untuk pelbagai jenis barangan antaranya barangan dapur rumah, barangan hiasan rumah, alatan elektronik, kamera, komputer, telefon bimbit dan tab, jam tangan dan fashion, bag dan travel accessories, barangan sukan dan banyak lagi. 



Pembeli boleh mula membeli-belah dengan melawati laman web ini apabila promosi jualan bermula .

Laman Web Rasmi #MYCyberSale : www.mycybersale.my
#MYCyberSale di Lazada Malaysia : http://www.lazada.com.my/mycybersale/ 


Ingat! Jangan lepaskan peluang hebat ini! :)

Selamat membeli-belah di #MYCyberSALE pada 29 September sehingga 1 Oktober 2014! :)

Kalau korang nak dapatkan voucher code/discount price masa shopping lazada, korang boleh check website ni. Kat sana, diorang akan update semua voucher code,discount code yang ada di Lazada :

http://iprice.my/coupons/store/lazada-malaysia-voucher-codes/




You can follow me here :


Islam's Wife

Thursday, September 18, 2014
Hi & Assalamualaikum,

Post pertama kat blog as someone wife. Haha! Gedik. Okay, gambar tak banyak pon kat diri sendiri sebab semua kat photographer. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Nanti nak jugak update pasal majlis, baju ,pelamin,inai semua. Tapi kena tunggu photographer punya gambar. Hahaha

Terima kasih pada yang hadir & terima kasih tak terhingga pada kedua-dua belah family serta rakan2. Terima kasih juga yang mendoakan. :)

Belum honeymoon lagi sebab masing2 busy kerja. sedih. Haha

p/s: saya sayang awak, Islam.



You can follow me here :


Epic Patty Cake Song

Friday, September 05, 2014
Assalamualaikum & Hello :)

Iday memang pembaca tegar ViralNova. ViralNova is like awesome website yang apa2 yang viral or belum jadi viral memang confirm ada dalam website diorang. Iday rasa sesiapa yang manage diorang punya website memang rajin view news, reddit & forum. Tiap-tiap masa mesti ada new story punya. Hehe

So, semalam iday ada bukak then tengok video Epic Patty Cake Song. Serius awesome and video tu actually 1 single shot. terer kan. Just check this video! & iday ada include behind the scene sekali. Haha





Behind The Scene



Nak try buat? Hehe


You can follow me here :


Flower/Bridal Bouquet - Orchid + Rose

Thursday, September 04, 2014
 Assalamualaikum & Hello :)

Lagi seminggu, sebenarnya banyak yang belum setel lagi. InsyaAllah setelkan slow2. Iday baru sibuk-sibuk nak cari flower/bridal bouquet. Boleh x? Haha

Iday dari dulu memang suka dengan orchid. Tunang hari tu pon banyak guna bunga orchid & wedding nanti pon guna orchid taw. Haha So, memang ada dalam wishlist nak bunga orchid untuk flower/bridal bouquet. 

Iday harap sangat, dapat flower/bridal bouquet guna orchid and rose. Serius sangat cantik okay! :) Actually, orchid dengan mana2 bunga pon cantik. like seriusly cantik gile!





Menangis aku tengok. cantik sangat. Haha. okay la. hopefully dapat la bunga yang diidam-idamkan ni. haha.

:)


You can follow me here :


Nuffnang Raya Open House 2014

Wednesday, September 03, 2014
Salam,

Kisahnya hari tu Nuffnang war-warkan yang diorang akan buat Open House Raya, so iday ni antara blogger yang excited nak pergi. hehe Antara sebabnya iday tak pernah join event by Nuffnang sebab before ni macam event2 yang semata2 untuk advertorial post so tak kenal la sape staff diorang. Hihi kita pon nak taw, kot2 in future kita kerja sana. Haha berangan :p

Lagi satu, iday nak jumpa kawan2 blogger macam Kak Red, Namee , Ayu, Mek Onie and Fana, kawan2 blogger masa kita buat post review untuk Perl Xlim dlu. Tapi sayang tak jumpa Fana and Mek Onie. Then nak jumpa blogger popular macam Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Abang Nara, Kasih Aleeya , Kak Ruby and banyak lagi. 

Okay, move on story pasal event okay, suka buat ayat pendahuluan panjang2. Macam mana nak menang S5 camni. Haha :p

Thanks to Islam sebab semua gambar ni Islam yang snap. sayang awak la camni :)

Okay. please iday, sambung balik story. hahaha 

Actually event Nuffnang Raya Open House ni pada hari sabtu , 23 august 2014 and diadakan di Wanaka the Bungalow. Sampai2 boleh tengok balloon everywhere. Such a great place to have awesome events. Hehe



My Blog List