Enter your keyword



Check My New Video On Youtube!



You can follow me here :


Fynn Jamal - Warkah Arjuna ( Arjuna Beta) [Video]

Thursday, October 30, 2014

Fynn Jamal always being my inspiration. Dari segi macam mana dia handle hidup dia, perubahan yang berlaku dalam hidup dia, tentang macam mana sayang dia pada Juna dan Suami. Orang pandai cakap, kondem hidup dia selagi mampu. Padahal dia tak kenal & tak berkawan pon dengan Fynn Jamal. Sebab tu Fynn Jamal tak kisah, yang penting dia ada mereka yang sayang dia termasuk Raziq! Hehehe So, adalah video ni iaitu video Warkah Arjuna (Arjuna Beta)

Tengok video ni , sebak :( 

sorry : kena klik gambar bawah ni & direct ke youtube video. template blog ni macam problem sikit. Hahaha :p

http://www.youtube.com/watch?v=dG4BGTOOmAQ


direct/cut : 

shooter :
&
photo : 

deco : 

makeup : 


"Family adalah apabila semua orang boleh bersatu, dengan compang-campingnya"
- Fynn Jamal


You can follow me here :


Hotel Review : Container Hotel Kuala Lumpur

Thursday, October 30, 2014
Hallo & Assalamualaikum :)

We got married last september and never planned the honeymoon trip yet. Sibuk dengan kerja. :(

So, iday plan untuk cari tempat yang kami boleh spend time together tetapi dengan rate yang murah. Hehehehe

So, iday google any unique hotel around KL with a cheaper price per night. Found out this website , Container Hotel. Lepas iday check any hotel review, check prices and availability, iday terus book.

CHECK-IN (DAY 1)

time ni pagi-pagi, chatime still belum buka.
Check-in dekat hotel ni start pukul 3pm and check-out pukul 12pm. So, iday dah sampai awal hari tu around 2.30, so lepak dekat Chattime dulu. Then baru check-in. Iday pilih bilik Adventure - RM110 per night. 

THE ROOM

Hotel ni ada 3 jenis bilik :

1. Outgoing - RM35 per night - Macam dorm, ada  4 katil untuk 1 bilik. Ada 2 jenis iaitu Outgoing Mixed Room and Outgoing Female Room, so jangan risau. Cuma bilik air diorang memang kat luar. Ni kira konsep untuk backpacker & traveller. Boleh check gambar sini.

2. Adventure - RM 110 per night - Bukan selalu dapat bentuk bilik macam ni, direka khas dengan super single bed untuk seorang tapi muat je kalau berdua. Ada aircond , 2 plug point, air mineral, towel. Bilik air kat luar and dekat dengan bilik kitorang.

  

3. Conservative - RM165 per night. Bilik ni lengkap dengan bilik air and selesa untuk 2 orang. Sesuai la untuk business traveller yang ada kerja area KL. hehe

So, habis dah cerita pasal bilik-bilik kat sana, jom story apa ada kat sini & pengalaman iday & sepanjang staycation kat sini. Ni gambar-gambar dekat area bilik kitorang. Time ni iday baru balik makan jamuan Raya Aidiladha, tu yang gigih berbaju kurung. Haha


actually yang sebelah kanan tula conservative room, nampak pokok-pokok menghijau tu, bila korang stay sini, tak rasa macam tinggal tengah2 kl. Padahal boleh jalan kaki pergi Pavilions & KLCC. Hahaha



Diorang bagi kunci siap ada gelang, dapat je pakai, jangan bagi hilang, anggapla macam aksesori sampingan gitu. Haha Kat bawah ni la rupa bilik. Masa tengok gambar ingat kecik ceconet je bilik ni. Siap boleh berdiri kat atas katil ni, sipi-sipi cecah atas. Hahaha Muat untuk 2 orang.


FACILITIES & PHOTOS

Oh ni gambar tempat nak check-in & pondok pak guard depan hotel ni. Smart pulak pondok pak guard ni.Container hotel ni ada ground floor,first floor and second floor. Tingkat paling atas ni kira tempat lepak-lepak. Yang penting kat sini ada Wifi free and laju. Nak tengok movie online pon boleh. 

 
Sepanjang korang stay sini memang akan minum chatime je, haha. Actually ada je kedai kat keliling hotel ni. Korang boleh jalan kaki or sewa basikal kat sini. Petang tu, iday lepak dengan Islam kat depan Chatime ni.






Tempat paling best iday suka lepak adalah kat tepi tempat check-in, iday suka suasana dekat hotel ni. Kat sini korang boleh lepak bukak laptop sebab ada additional plug bawah meja tu. Sorry kalau semua ada gambar iday, sebab islam yang snap gambar. Sayang bini kot. Hahaha :p Tapi korang boleh tengok kan, suasana hotel tu macam mana.








Lepas tu, iday try check la apa yang best kat atas. Yang first floor ni, Outgoing Dorm/Room. So iday terus je naik tingkat paling atas, tempat lepak-lepak. Semua gambar kat bawah, Islam amik dari tingkat atas.








Kat atas ni ada bean bag and buai. Ada majalah , chess table and additional plug. Kot-kot korang nak pasang movie and tengok ramai-ramai kat atas ni. Best lepak malam dengan kawan-kawan ke. Kalau nak buat reunion pon boleh kat sini. 



 
MAKAN?

Macam korang nak makan kat sini? Korang boleh drive or sewa basikal ke kedai-kedai yang banyak dekat area hotel ni, siap boleh pergi foodcourt kat Pavi tu. Haha. Tapi buat ape nak spoil mood staycation kan, elok-elok duduk dalam suasana hutan tiba-tiba nak pergi foodcourt. Haha. so, my suggestion korang order je la melalui Foodpanda.com. Banyak sangat restaurant yang available. Malam tu kitorang ada foodpanda je. hehe :p






Masa ni kitorang just round-round tempat ni , Islam happy sebab dia boleh snap gambar banyak-banyak. Hahaha comel je tengok dia excited lebih-lebih. 

 TOILET


Korang perasan tak simbol tu? iday mula-mula ingat simbol lelaki and perempuan & pelik kenapa gaya perempuan macam tu. Hahaha Rupa-rupanya tu simbol shower room & toilet.  Toilet dia bersih, walaupon nampak macam lama sebab diorang just plaster dinding tu, tapi memang bersih.



MALAM

Malam tu kitorang planning nak lepak tengok movie dekat floor paling atas. Before tu beli air dekat Chatime . Haha Kat sini tak bising sangat, macam tenang je, takdenya bunyi hon kereta ke ape. maybe sebab weekend kot. Haha Ni hasil islam shoot malam tu. :)






 




Kalau dah ada suami keja photographer, memang kerja nak shoot gambar bini je. Kalau iday taknak, merajuk. Hahaha so, kita layankan aje. :p








LAST DAY


Pagi-pagi tu bangun & packing apa yang patut, before check out tu sempat la round2 amik gambar kat Container Hotel. Yela, nak balik dah kan . Hehehe. Walaupon kejap kitorang kat sini tapi puas hati sebab rasa macam tempat yang sangat sesuai kalau nak spent masa together tapi taknak pergi jauh-jauh. Hehehe










We having so much fun here, tenang sebab boleh relax & tak fikir pasal kerja walaupon office dekat gila. Tadi pon baru lalu depan container hotel ni lepas lunch. Hahaha 

So, meh nak share sikit info Container Hotel ni. :)

Address :
No 1, Jalan Delima,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Direct Reservation : 
Phone: 03-21104388
Email: enquiry@containerhotel.com.my
Or you can check their website : 

Social Media

photographer : Islam Sayang (check his website)

thanks for having us!

Container Hotel!!
!!


You can follow me here :


Sakit Lupa Tahap Kronik, Kesian Islam

Tuesday, October 28, 2014
Hello & Assalamualaikum :)

Jap lagi, ada la yang iklankan ubat-ubat & vitamin untuk ubat penyakit lupa aku ni. Hahaha

Sejak dua menjak ni, penyakit lupa aku ni makin kronik, aku lupa benda sama banyak-banyak kali. Islam pon stress. Sebab kalau aku lupa benda yang berbeza, okay jugak. Ni aku lupa benda sama, menyusahkan diri dengan benda yang sama, apa kau tak belajar dari kesilapan ke Iday? Sighh.

1. Lupa Helmet

Sekarang iday pi kerja dengan bonceng motor dengan Islam. Ofcourse kena pakai helmet tapi dah berpuluh kali lupa bawak helmet sekali time keluar pagi tu. Paling worst bila dah sampai ground floor,dekat motor & Islam tanya "MANA HELMET?!"

So sekarang dia akan tunggu iday depan pintu, takkan tunggu bawah dah sebab nak warning awal2 depan pintu kalau lupa bawa helmet. Tu baru rumah tingkat 9. Balik office yang tingkat 20 pon selalu jugak. Bila nak balik kerja, dah sampai ground floor, tengok kepala sendiri kat cermin dalam lif, takde helmet. T$#&! Naik balik atas. Tapi yang ni islam tak perasan sebab dia tunggu kat luar. Hehehe 

2. Lupa Access Card

Dulu asyik lupa bawak access card kat rumah, nak kena lapor diri dekat kaunter, leceh! Nak letak dalam bag, malas nak bukak tutup bag. Last2 ikat kat tepi bag. Hahaha

Tapi satu hal, bila turun nak lunch or breakfast, sampai tingkat 4, nak access masuk foodcourt tu kena pakai access card. kena naik balik tingkat 20 and amik access card. Membazir elektrik building je Iday oi. Penat sebenarnya. Hahaha Yang ni banyak kali, semalam 3 kali turun naik buang masa. Haha Jangan tanya bulan ni berapa kali? SIGH. Lagi penat nak jawab.

3.  Lupa tutup lampu toilet

Ni point gaduh hari-hari dengan Islam, siap dia buat demo. "MACAM NI, TUTUP MACAM NI, SUSAH KE?!" , Iday jawab sambil nangis (tagih simpati) "Nak buat macam mana, lupa. (nangis lagi. HIHIHI)" islam xjadi marah. Works Every Time *thumbs up

Tapi sekarang, dah pandai. dah pandai tutup lampu toilet lepas guna. Hoorayyy! :p


Aku bagi 3 jela benda paling aku lupa, banyak-banyak nanti nampak sangat teruk & kronik penyakit lupa aku ni. Hahaha Walaubagaimanapun, saya sedang berusaha untuk tidak lupa lagi. Doakan, Hahaha :p

 

 


You can follow me here :


Islam Dah Pandai Check Browser History ?

Tuesday, October 21, 2014
Assalamualaikum,

Bila dah kahwin ni, yang paling penting sekali PERCAYA or mat saleh cakap TRUST. Kena letakkan kepercayaan korang dekat hubungan korang & your pasangan as well. 

So, iday dari bercinta dulu memang tak kisah kalau Islam nak main phone ke ape ke, sebab takde ape nak sorok. Tapi dont make it too obvious la, tetiba bukak wasap then tanya ni sape, padahal boss hot dekat ofis minta submit kerja during weekend (sigh) or check gambar sape iday like kat instagram, then kenape banyak like gambar laki dari perempuan or watever. Hahaha Islam xpernah buat semua, ni just contoh :p

tapi islam check browser history? betul ke? 

so, ni lah storynya. 

Malam tu iday lepak2 depan tv, sambil2 check email kerja then browsing article ni, blog walking and macam-macam. Lepas tu iday letak laptop and lepak dapur goreng nugget as requested my husband. Hahaha

Lepas tu, lepak makan nugget and sembang2 dengan Islam. Lepas siap makan, kemas2 letak dapur then Islam ajak masuk bilik. Hahaha. Masuk bilik main COC, Clash of clan sebab dia charge phone dalam bilik. 

Iday nak amik laptop dulu, bila pergi kat laptop, tengok2 browser punya history terbuka and ada few folder terbuka, macam folder gambar untuk blog, download file and ada file2 lain jugak. Masa tu dah sedih sebab sanggup Islam check semua ni, sebab tu tanda dia tak percaya Iday. Huhu. Mengalir air mata jantan. 

Then iday masuk bilik, iday pandang islam and cakap :

Iday : Walaupon saya buka website ni, stalk orang ni, or orang tu, saya tetap sayang awak and takkan duakan awak. sebab saya sayang awak. Kalau tak, buat apa saya kahwin dengan awak. Sampai hati awak buat saya macam ni.

Islam : eh, saya buat ape? kenape ni?

Iday : awak buat ape kat saya? awak tak ingat? (drama queen rite? Haha)

Islam : Saya buat ape ni, cuba cerita. Saya ada buat salah ke?

Iday : Awak tak percaya saya, awak check saya punya browser history. (Nangis2)

Islam : Sumpah saya tak buat! Buat ape saya nak buat camtu. Saya tak pegang pon laptop awak. Sumpah!

Iday : Oh, yeke. Ni mesti diorang! Huhu tak pasal-pasal. Hehehe (Stop Nangis, sigh!)

Haha, bongok taw sebab drama lebih2. padahal bukan Islam yang check. Hahaha. Budak-budak ni lar yang check, Ali, Maya & Hiro. Hehe :p

Nanti akan cerita pasal our new family members ni :)



Ni namanya dah pasrah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelakar pulak tengok video Awal & Scha ni. Hahahahahaha For full video click bawah or click link bawah . Hehehe





Blog Archive

My Blog List