Enter your keyword

Abah nak beli TOTO

Hehehe,

Tajuk entry kemain :p


Abah iday yang pakai baju oren+coklat and berkopiah putih. Muka garang tapi dia abah paling sempoi. Manusia penyabar dalam hidup iday, sabar dengan mak & sabar dengan anak-anak. Oh ni la manusia badan sado yang pertama dalam hidup iday. Sado dengan perut buncitnya. Hahaha. 

So, hari tu dia pergi perlis. Hantar adik perempuan iday masuk belajar. Diorang singgah lah kat kedah sebab nak cari barang adik & beli barang mak. 

1 hari tu lepas diorang makan, abah dengan berkopiah putih tanya uncle dekat kedai makan tu. 

Abah : Kat sini kalau nak beli barang-barang pasar kat mana yer?
Uncle : oo, masuk simpang sana,masuk sini masuk sana (ni aku reka, sebab aku lupa)

Abah angguk faham, kemudian dia tanya lagi.

Abah : Kat sini, kalau nak beli TOTO kat mana ye?

Uncle tu pandang abah atas bawah, pandang kopiah abah. kemudian pandang mak bertudung litup kat sebelah. diam kejap then baru bagi direction. 

Uncle : Pergi sana, simpang sana kemudian masuk kanan. kedainya kat situ. 

Abah angguk lagi , faham. So , gerakla ke tempat yang ditunjuk oleh uncle tadi.

Abah pusing-pusing tak jumpe, "mana kedai toto ni?" Mak pon sama, cari kedai yang sama. Uncle tadi ni tipu ke? Tiba-tiba abah pandang 1 kedai. 

sumber gambar : google
hmmmm. uncle tu ingat abah nak gi kedai ni. Patut dia pandang abah lain macam. Abah nak beli toto lain sebenarnya. toto ni :

sumber gambar : google
Hahaha, yang paling kelakar bila abah cakap dia malu, dia malu sebab orang tu ingat dia nak beli nombor ekor. Nak wat macam mana, kitorang memang panggil tu TOTO. Haha

kesian abah, hehehe




4 comments:

  1. hahaha .. kesian ayah .. kitaorang pun memang panggil toto.
    * singgah isi tabung nuffnang :)

    ReplyDelete
  2. hihi saya pun panggil toto..

    ReplyDelete
  3. BBL pun panggil toto la.. tumpang menabung sunsilk kat sini

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

My Blog List