Enter your keyword

Dahulukan Keperluan dari Kemahuan

Just a random thought,

Kalau banyak bagi alasan, tapi takde usaha...

Kalau nak taw, aku tak kumpul duit untuk kahwin, tapi aku gunakan gaji aku every month untuk beli barang kahwin. Maknanya, aku tak kumpul terus RM10,000 untuk kahwin sebab sampai bila-bila aku tak kahwin kalau macam tu. Apa aku buat, gaji bulan-bulan start beli barang. Gaji yang last before kahwin aku bayar pelamin & baju sewa. After kahwin, gaji yang pertama lepas kahwin aku bayar apa yang aku patut bayar. Kena pandai fikir, usaha dan buat. Jangan banyak pakai mulut sebab takkan ke mana. 

Sama macam belanja makan hari-hari. Aku pergi kerja sekarang bonceng motor Islam so aku tak perlu fikir duit tol ,minyak kereta dan parking. Aku save RM420. Cuma kalau Islam kena pergi terlalu awal or balik terlalu lambat, aku guna public transport -monarail,lrt,bus. 

Then aku masak hari-hari, bawak bekal pergi lunch. Aku jimat duit makan. Kalau aku lunch, paling banyak habis RM10 satu hari. So aku dah save RM200. 

Aku tak pasang astro sebab aku rasa TV3,8tv,TV2,TV1,NTV7 dah cukup entertain aku, lagi-lagi aku bukan kat rumah sangat. Kalau bosan, pasang je movie kat laptop. Aku pakai internet bulan-bulan kat rumah yang Modem Maxis RM50 every month. Tu pon pakai weekend je sebab time tu je aku ada kat rumah lama-lama. Lain-lain hari menapak kat ofis.

Islam memang akan marah kalau aku lupa tutup lampu or tak tutup peti ais. Membazir.

Kitorang jarang makan besar kat kedai mahal-mahal, sebab tak rasa tu keperluan. tu kemahuan. 

Dengan duit2 yang aku save ni, aku boleh bagi mak aku, boleh tengok movie (sebulan sekali or depend tajuk cerita, hahaha), berjalan-jalan. Nak berjalan makan-makan pon, cari tempat murah, survey betul2, pastikan sedap dan murah. Kalau staycation or vacation, pastikan murah dan berbaloi.

Alhamdulillah, lepas kahwin lagi banyak kau berjimat. boleh simpan duit. 

Bagi aku, cuba dulu usaha. cuba fikir, selama ni belanjakan duit tu sebab keperluan ke or kemahuan. Duit tak cukup tu sebab habiskan kat mana? 

Aku pon takleh cakap lebih2 sebab aku pon baru start usaha untuk berjimat. Tapi sejak kerja di KL selama 3 bulan, memang aku start berjimat. Masak hari2. Lepas kahwin pon masak hari-hari. Cuma kadang-kadang makan kat luar, kalau lambat bangun pagi nak masak. Hahahaha

Dulu aku rasa gaji aku tak cukup sebab aku makan kedai mahal, beli barang mahal, membazir & tak manage kewangan aku dengan betul. 

Sekarang, aku cuba dahulukan keperluan aku dari kemahuan. Bukan senang nak tahan diri jangan beli air chocolate dutch lady yang makin kecik kotaknya pagi2 kat shell depan ofis. Bukan senang nak menahan diri jangan makan steambot dekat Johnny steambot. Bukan senang nak menahan diri beli majalah-majalah. Hahaha Jangan lupa kena usaha. Macam aku berblog ni, ada rezeki masukla sikit side income. Hehehe 

Kalau nak macam-macam, rasa gaji tak cukup, buatla part time. Nak hidup mewah, usaha la. Jangan banyak alasan. 

Ni pendapat aku yang belum ada anak, jangan nak compare2 aku punya belanja dengan diorang punya belanja. hempuk kang! Hahaha Lagi satu, aku ada hutang rumah,hutang kereta, hutang ptptn. Haha


p/s: harap jangan yang marah aku errrr. just a random thought :)

4 comments:

  1. Pandai Iday manage kewangan.. Memang kena banyak berjimat bila dah kawen ni..Tambah pulak yg hidup kat KL macam kite ni.. Akak lagilah, hubby sorang je keje.. Akak skrg tgh cuba upkan blog utk jadikan sebagai sumber pendapatan tetap.. So, boleh bekerja dari rumah & pada yg sama boleh uruskan rumahtangga jugak.. Jom sama2 jadi isteri yg terbaik! ^__^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  2. Good thought ida ! Fana pun kena start dah la beli barang-barang. Hehehe. Kena plan la gaji bulan ni nak beli apa, gaji bulan depan dan seterusnya. Yelah, kalau kumpul duit sampai ke tua pun belum tentu dapat kawen kan? Apa pun, fana rindu ida. Fana doakan supaya ida dan Islam bahagia hingga akhir hayat. Sayang ida!

    ReplyDelete
  3. good sharing :D sama la..kena berjimat..spend pun ikut kemampuan ;)

    ReplyDelete
  4. hutang mmg tak ly nak elak.. nak2 pulak ptptn tu.. hehe..

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

My Blog List