Hotel Review : Container Hotel Kuala Lumpur

15

Hallo & Assalamualaikum :)

We got married last september and never planned the honeymoon trip yet. Sibuk dengan kerja. :(

So, iday plan untuk cari tempat yang kami boleh spend time together tetapi dengan rate yang murah. Hehehehe

So, iday google any unique hotel around KL with a cheaper price per night. Found out this website , Container Hotel. Lepas iday check any hotel review, check prices and availability, iday terus book.

CHECK-IN (DAY 1)

time ni pagi-pagi, chatime still belum buka.
Check-in dekat hotel ni start pukul 3pm and check-out pukul 12pm. So, iday dah sampai awal hari tu around 2.30, so lepak dekat Chattime dulu. Then baru check-in. Iday pilih bilik Adventure - RM110 per night. 

THE ROOM

Hotel ni ada 3 jenis bilik :

1. Outgoing - RM35 per night - Macam dorm, ada  4 katil untuk 1 bilik. Ada 2 jenis iaitu Outgoing Mixed Room and Outgoing Female Room, so jangan risau. Cuma bilik air diorang memang kat luar. Ni kira konsep untuk backpacker & traveller. Boleh check gambar sini.

2. Adventure - RM 110 per night - Bukan selalu dapat bentuk bilik macam ni, direka khas dengan super single bed untuk seorang tapi muat je kalau berdua. Ada aircond , 2 plug point, air mineral, towel. Bilik air kat luar and dekat dengan bilik kitorang.

  

3. Conservative - RM165 per night. Bilik ni lengkap dengan bilik air and selesa untuk 2 orang. Sesuai la untuk business traveller yang ada kerja area KL. hehe

So, habis dah cerita pasal bilik-bilik kat sana, jom story apa ada kat sini & pengalaman iday & sepanjang staycation kat sini. Ni gambar-gambar dekat area bilik kitorang. Time ni iday baru balik makan jamuan Raya Aidiladha, tu yang gigih berbaju kurung. Haha


actually yang sebelah kanan tula conservative room, nampak pokok-pokok menghijau tu, bila korang stay sini, tak rasa macam tinggal tengah2 kl. Padahal boleh jalan kaki pergi Pavilions & KLCC. Hahaha



Diorang bagi kunci siap ada gelang, dapat je pakai, jangan bagi hilang, anggapla macam aksesori sampingan gitu. Haha Kat bawah ni la rupa bilik. Masa tengok gambar ingat kecik ceconet je bilik ni. Siap boleh berdiri kat atas katil ni, sipi-sipi cecah atas. Hahaha Muat untuk 2 orang.


FACILITIES & PHOTOS

Oh ni gambar tempat nak check-in & pondok pak guard depan hotel ni. Smart pulak pondok pak guard ni.Container hotel ni ada ground floor,first floor and second floor. Tingkat paling atas ni kira tempat lepak-lepak. Yang penting kat sini ada Wifi free and laju. Nak tengok movie online pon boleh. 

 
Sepanjang korang stay sini memang akan minum chatime je, haha. Actually ada je kedai kat keliling hotel ni. Korang boleh jalan kaki or sewa basikal kat sini. Petang tu, iday lepak dengan Islam kat depan Chatime ni.






Tempat paling best iday suka lepak adalah kat tepi tempat check-in, iday suka suasana dekat hotel ni. Kat sini korang boleh lepak bukak laptop sebab ada additional plug bawah meja tu. Sorry kalau semua ada gambar iday, sebab islam yang snap gambar. Sayang bini kot. Hahaha :p Tapi korang boleh tengok kan, suasana hotel tu macam mana.








Lepas tu, iday try check la apa yang best kat atas. Yang first floor ni, Outgoing Dorm/Room. So iday terus je naik tingkat paling atas, tempat lepak-lepak. Semua gambar kat bawah, Islam amik dari tingkat atas.








Kat atas ni ada bean bag and buai. Ada majalah , chess table and additional plug. Kot-kot korang nak pasang movie and tengok ramai-ramai kat atas ni. Best lepak malam dengan kawan-kawan ke. Kalau nak buat reunion pon boleh kat sini. 



 
MAKAN?

Macam korang nak makan kat sini? Korang boleh drive or sewa basikal ke kedai-kedai yang banyak dekat area hotel ni, siap boleh pergi foodcourt kat Pavi tu. Haha. Tapi buat ape nak spoil mood staycation kan, elok-elok duduk dalam suasana hutan tiba-tiba nak pergi foodcourt. Haha. so, my suggestion korang order je la melalui Foodpanda.com. Banyak sangat restaurant yang available. Malam tu kitorang ada foodpanda je. hehe :p






Masa ni kitorang just round-round tempat ni , Islam happy sebab dia boleh snap gambar banyak-banyak. Hahaha comel je tengok dia excited lebih-lebih. 

 TOILET


Korang perasan tak simbol tu? iday mula-mula ingat simbol lelaki and perempuan & pelik kenapa gaya perempuan macam tu. Hahaha Rupa-rupanya tu simbol shower room & toilet.  Toilet dia bersih, walaupon nampak macam lama sebab diorang just plaster dinding tu, tapi memang bersih.



MALAM

Malam tu kitorang planning nak lepak tengok movie dekat floor paling atas. Before tu beli air dekat Chatime . Haha Kat sini tak bising sangat, macam tenang je, takdenya bunyi hon kereta ke ape. maybe sebab weekend kot. Haha Ni hasil islam shoot malam tu. :)






 




Kalau dah ada suami keja photographer, memang kerja nak shoot gambar bini je. Kalau iday taknak, merajuk. Hahaha so, kita layankan aje. :p








LAST DAY


Pagi-pagi tu bangun & packing apa yang patut, before check out tu sempat la round2 amik gambar kat Container Hotel. Yela, nak balik dah kan . Hehehe. Walaupon kejap kitorang kat sini tapi puas hati sebab rasa macam tempat yang sangat sesuai kalau nak spent masa together tapi taknak pergi jauh-jauh. Hehehe










We having so much fun here, tenang sebab boleh relax & tak fikir pasal kerja walaupon office dekat gila. Tadi pon baru lalu depan container hotel ni lepas lunch. Hahaha 

So, meh nak share sikit info Container Hotel ni. :)

Address :
No 1, Jalan Delima,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Direct Reservation : 
Phone: 03-21104388
Email: enquiry@containerhotel.com.my
Or you can check their website : 

Social Media

photographer : Islam Sayang (check his website)

thanks for having us!

Container Hotel!!
!!

Post a Comment

15Comments
  1. eh templete blog baru eh? haha

    hari tu dah lalu depan ni time nak pergi pricecourt.. sempat jenguk2 kejap hotel ni. next time nak check in sini la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh, yerke. nanti datang bagitau. boleh lepak :)

      Delete
  2. unik hotel ni..kalo ade keje kt k.l bole la try check in sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada business outstation kat kl boleh datang sini. easy access nak pergi mana2 :)

      Delete
  3. Untung kawin photorapher.. cantik2 gambar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. untung ada orang tolong amik gambar kite. hehehe

      Delete
  4. bestnyaaa!!! untung suami pandai amek gambar. semua lawaaaa! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Thanks Nanie :) . Nanti bawak iday amik gambar kat picnic table pulak. Cantik dan unik. hehehe

      Delete
  5. cantik gak hotel nie ek.. tapi tandas dia memang kat luar ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pilih bilik yang palong tu, memang toilet kat luar. tapi kalau nak try kabin, ada yang dah ada toilet kat dalam. Hehe :)

      Delete
  6. Hi hotel ni tandas kongsi laki perempuan ke? Thumbs up utk post yg sungguh helpful 👍

    ReplyDelete
  7. wah..cam menarik jer dok lam palong..dulu kecik2 suka main lam palong..comot jer..skrg org buat hotel..

    ReplyDelete
  8. wahh.. seronoknya cam best n unik je. tga2 ushar2 hotel best gak ni nak pi ngn bff. hihi

    ReplyDelete
Post a Comment