Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Sakit Lupa Tahap Kronik, Kesian Islam

Hello & Assalamualaikum :)

Jap lagi, ada la yang iklankan ubat-ubat & vitamin untuk ubat penyakit lupa aku ni. Hahaha

Sejak dua menjak ni, penyakit lupa aku ni makin kronik, aku lupa benda sama banyak-banyak kali. Islam pon stress. Sebab kalau aku lupa benda yang berbeza, okay jugak. Ni aku lupa benda sama, menyusahkan diri dengan benda yang sama, apa kau tak belajar dari kesilapan ke Iday? Sighh.

1. Lupa Helmet

Sekarang iday pi kerja dengan bonceng motor dengan Islam. Ofcourse kena pakai helmet tapi dah berpuluh kali lupa bawak helmet sekali time keluar pagi tu. Paling worst bila dah sampai ground floor,dekat motor & Islam tanya "MANA HELMET?!"

So sekarang dia akan tunggu iday depan pintu, takkan tunggu bawah dah sebab nak warning awal2 depan pintu kalau lupa bawa helmet. Tu baru rumah tingkat 9. Balik office yang tingkat 20 pon selalu jugak. Bila nak balik kerja, dah sampai ground floor, tengok kepala sendiri kat cermin dalam lif, takde helmet. T$#&! Naik balik atas. Tapi yang ni islam tak perasan sebab dia tunggu kat luar. Hehehe 

2. Lupa Access Card

Dulu asyik lupa bawak access card kat rumah, nak kena lapor diri dekat kaunter, leceh! Nak letak dalam bag, malas nak bukak tutup bag. Last2 ikat kat tepi bag. Hahaha

Tapi satu hal, bila turun nak lunch or breakfast, sampai tingkat 4, nak access masuk foodcourt tu kena pakai access card. kena naik balik tingkat 20 and amik access card. Membazir elektrik building je Iday oi. Penat sebenarnya. Hahaha Yang ni banyak kali, semalam 3 kali turun naik buang masa. Haha Jangan tanya bulan ni berapa kali? SIGH. Lagi penat nak jawab.

3.  Lupa tutup lampu toilet

Ni point gaduh hari-hari dengan Islam, siap dia buat demo. "MACAM NI, TUTUP MACAM NI, SUSAH KE?!" , Iday jawab sambil nangis (tagih simpati) "Nak buat macam mana, lupa. (nangis lagi. HIHIHI)" islam xjadi marah. Works Every Time *thumbs up

Tapi sekarang, dah pandai. dah pandai tutup lampu toilet lepas guna. Hoorayyy! :p


Aku bagi 3 jela benda paling aku lupa, banyak-banyak nanti nampak sangat teruk & kronik penyakit lupa aku ni. Hahaha Walaubagaimanapun, saya sedang berusaha untuk tidak lupa lagi. Doakan, Hahaha :p

 

 

8 comments:

  1. Penyakit lupa access kad tu visit kita harini. Hahahaha. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, kadang-kadang boleh. jangan selalu! :)

      Delete
  2. simple solution iday :
    case 1 : tampal kertas besar tulis 'sila pakai helmet sebelum keluar'
    case 2: gantung je kat leher access card tu. haha
    case 3: sama macam case 1, tampal kertas besar tulis "sila off lampu selepas guna, anda mampu mengubahnya"

    hope membantu. banyakkan makan kismis ye. u.u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. tu la ingat nak main tampal kertas jugak.

      Iday tak suka gantung, tu yang masalahnya. hahaha

      Thanks BBL :)

      Delete
  3. hehe..truk sgt ni lupenyer.. ni kompom xngat ade hutang nan yana kan2 :p

    btw..folo sini

    ReplyDelete
  4. ciannya iday..kes lupa ni menda biasa bagi ppuan kott. tp apa yg sy slalu buat ialah always be prepared, cth sblm tdo malam dah ready semua baju, barang2 utk kerja. sama jugak sebelum travel or pergi mana2. pastu letak stick on notes somewhere to remind.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah yang husband pesan, hari hari pesan. kena prepare so takde kelam kabut sangat. Anyway, thanks for the tip :)

      Delete

Iday Jual Teatox!

My Blog List