Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!



Kalkulator dan Roti Canai

Tuesday, November 25, 2014

Kebiasaanya aku ni takde la heran sangat dengan gambar2 yang viral dekat facebook, maknanya tak pernah sampai nak buat pos macam ni. Tapi kali ni lain sebab masa aku tengah tengok gambar ni, aku tengah sembang phone dengan adik aku kat Unimap tu. Tetiba homesick pulak budak tu. Haha

Tengah sembang, tengah scroll feed dekat facebook, then ternampak gambar roti canai & kalkulator.

Iday : Cah cah, ada orang pos gambar roti canai bungkus dengan kalkulator HAHAHAHA!

Adik Cah : HAHAHAHA macam mana boleh terbungkus sekali?? Takkan dia tak perasan. Bukan kecik pon


Iday : HAHAHAHAHA kalkulator tu besar kot cahh. 


Adik Cah : HAHAHAHAHA (gelak je)

Iday : Oh oh, aku tahu, kan selalu diorang akan letak kalkulator atas kertas bungkus tu HAHAHAHAHA sebab taknak HAHAHAAA angin tiup HAHAHAHA pastu dia tak perasan and HAHAHAHAAH letak roti canai tu HAHAHAAAHAHAHA then terbungkus sekali HAHAHAHA (aku gelakkkk je)

Adik Cah : Aaaaah laa, diorang tak perasan. nasib baik bukan telefon. tapi takkan tak perasan kalkulator tu HAHAHAHAAHAH

Iday : HAHAHA lepas dah bungkus, jual, mesti diorang cari mana kalkulator diorang HAHAHAHAAHA

okay, lepas tu kitorang gelak-gelak merapu-rapu sampai keluar air mata. HAHAHAHA

tapi kelakar kot, bungkus kalkulator sekali. hehehehe Islam dah tidur, baru nak share kat dia. hehehe

p/s: just a random post :p


Farewell Fadhli di Levain Bukit Bintang

Friday, November 21, 2014
Hello & Assalamualaikum,

Iday dah kerja kat company baru ni almost 5 month & berjaya buat kawan dengan geng2 sengal tapi awesome macam Fadhli (bang Li), Kalpana, Lin, Via, Usha, Een, Sara, Ammar dan Feera. Actually diorang ni bukan team iday, team production tapi selalu contact through skype and wassap sebab meja diorang and meja iday jauh gile. Huhu *nangis. Tak boleh dekat2 sangat, nanti tak buat kerja sebab gelak je lebih. Hehe

So, Bang Li telah berpaling tadah & dapat offer tempat lain. kitorang pon decide la nak buat farawell lunch untuk Bang Li di Levain Bukit Bintang.




Kat sini selalu ramai orang, kadang-kadang takde tempat, sebab tu kena datang awal kalau nak datang masa lunch. 



Roti-roti kat sini memang sedap, next time iday nak bawak Islam datang sini. Yang kelakarnya, sebelah container hotel kot. Kalau tahu dah datang dengan islam hari tu. Hahaha









Bye Bangli (Kemeja Jeans Biru). Keja elok-elok kat sana. Entry ni lambat, padahal dia dah kerja sana sebulan. Hahaha. Tapi , still makan lunch dengan kitorang so tak terasa sangat tanpa Bangli disisi. hehe



Food Review : Super Bowl Delight @ Sungei Wang

Wednesday, November 19, 2014
Dulu kalau nak jalan-jalan around KL, lepak-lepak dalam Sungei Wang mesti pening bila nak cari tempat makan. Lagi-lagi bila nak kedai yang cari our favourite food macam Laksa & Bihun Tom Yam (my current addiction). 

Islam pulak kalau bab makanan, dia cerewet. Sekali dia cakap tak sedap, tak sedap la. Hahaha

Bila iday tahu tentang Super Bowl Delight ada serve Laksa & makanan melayu yang lain, iday excited. Bertambah excited bila tahu diorang amalkan konsep Fast Food & Layan Diri, ala macam KFC,McDonald and semua tu. Tetapi, kualiti dan rasa makanan dititikberatkan. Makanan Melayu buat fast food, terer tu. Cepat dan Sedap! :)


Konsep dan idea Super Bowl Delight simple dan ringkas, menurut pemilik Super Bowl Delight, idea diperolehi dari melihat suasana kedai/restaurant di airport/kl sentral. Jenis susunan & dekorasi simple tapi selesa. 


Harga? 

Bagi iday, harga berpatutan dan portionnya besar. Masa kita order dekat kaunter, kita akan nampak sign harga so tak perlu nak tanya2 pelayan. Kan dah cakap macam konsep fast food. Tengok harga, pilih menu & bayar. Hehe


 Apa best?

Asam Laksa kat sini memang terbaik, iday masih terasa pekat kuah asam laksa tu. sedap sangat! Iday suka rasa mee laksa tu, lembut. Islam pon suka and plan nak datang lagi merasa Asam Laksa kat sini. 


Siapa pernah makan Mee Kari yang siap letak kerang? Iday selalu makan macam tu bila mak iday buat. Jarang-jarang iday jumpa kedai yang sediakan Mee Kari dengan kerang. Mengimbas kenangan betul makan kat sini, tetiba rindu mak. hehe.





Kat sini pon ada Nasi Lemak Rendang, Mee Udang, Mee Rebus, Bubur Ayam dan macam-macam lagi. Tapi paling best, kat sini ada my current addiction, Bihun Tomyam! Hehehe 


Eh, tu nasi lemak, yang bawah ni. Hehehe :)


So, sesiapa yang shopping around KL tu, dekat sungei wang ke, Bukit Bintang ke, jom la singgah kedai ni. Murah,Sedap & Kenyang. Hahahaha. Iday akan bagi addres kat bawah ni. 

Kat sini pon ada wifi, so korang boleh datang lepak2 dengan kawan or sambil2 buat kerja kat sini. Hehehehe :)


Super Bowl Delights (Cafe)
LG-159, Lower Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Iday bagi 5 Bintang ! :)

Kredit Gambar by Islam


Nuffnang bagi RM 1000!

Thursday, November 06, 2014
Hello & Assalamualaikum,

Saje bagi tajuk entry macam tu, Hahahaha Seronok la kalau dapat duit macam tu je kan. Goyang-goyang kaki dapat duit, gituuuuuuu. nak??

Sebenarnya iday dah dapat cheque dari Nuffnang lepas cashout hasil letak ads, buat advertorial post & join event untuk Nuffnang. Ni masa tengah aktif hari tu. Sekarang dah tak aktif sangat sebab busy kerja kononnya. Hahaha 

Mula-mula plan nak guna duit tu untuk bercuti, kira topup duit travel. Tapi bila busy manjang & ada 3 ekor anak kucing ni, kena lupakan hasrat nak jalan-jalan tu. Hahaha simpan untuk beli rumah lagi bagus. Nanti boleh buat tajuk entry gempak "Beli Rumah Guna Duit Nuffnang" Hahaha! :p

Terima Kasih Nuffnang, kalau sudi bagi lagi job kat kita yer :p







Wedding IslamHidayah : Our Pelamin

Tuesday, November 04, 2014
Hello & Assalamualaikum,

Iday & Islam dah selamat kahwin almost 2 month dah, dah ada 3 baby kucing yang sedang membesar pon. Haha Tapi iday tak post gambar nikah & wedding dekat facebook or mana-mana. Kalau ada pon sikit2 je post kat Instagram. Sebenarnya kitorang baru je dapat gambar ahad lepas. Haha

So, entry kali ni iday nak cerita la tentang pelamin iday. Iday ada mention dekat artikel ni, Tips : Photobooth ketika majlis perkahwinan yang iday nak photobooth , taknak pelamin sebab kitorang xde buat renjis2. Hehe. Tujuan iday nak ada photobooth pon untuk gambar-gambar. Iday memang minat betul dengan tema rustic design sebab simple & nampak vintage style gitu. Iday lagi suka kalau pelamin kayu

Contohnya macam yang ni :


Iday suka kotak-kotak kayu tu . Bunga pon just elok2 je, tak terlalu banyak and simple. Iday suka sofa or bangku panjang. Supaya boleh duduk ramai-ramai. Then iday nak kat belakang kerusi ada space untuk berdiri. Macam dalam tips ida kat sini, iday ada cakap :
Korang kena decide, berapa ramai yang boleh muat, jangan terlampau banyak dekorasi sampai time nak amik gambar ramai2, semua pakat langgar prop . Make sure time amik gambar, semua boleh masuk dalam gambar, baru cantik and photographer dapat bagi shot yang baik. Jangan buat kecik sangat sampai 2 3 orang je boleh duduk, kalau ramai2 lagi best :)
 So, macam ni lah rupa pelamin kayu iday. Iday happy sangat sebab iday dapat apa yang iday nak :) 





Pada plan asalnya iday nak kerusi kotak kayu yang panjang, baru nampak rare sikit. Then mak cakap tak naik la sebab belakang tu dah pelantar kayu. So, kitorang pon pilih la kerusi putih ni. Nampak la naik sikit kan. Lagi2 alas tu warna hijau rumput. Hehe



Kalau korang nak buat pelamin/photobooth/nak buat suprise kat husband or party ke, boleh contact Kak Nadia ni. Senang nak kerja dengan diorang, siap boleh bincang budget berapa semua. Kak Nadia akan bagi harga cantik dan layanan servis pon tip top. Hehe. Oh, ni untuk area Terengganu je taw.

So, sesiapa plan untuk cari pelamin di Terengganu, boleh usha Kak Nadia punya facebook. memang cantik2 :)




My Blog List