Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

10 Sebab Pak John Steambot & BBQ Best!



Best Steambot in KL , Best Steambot in PJ, Steambot Sedap dan Murah, Stembot halal PJ, Steambot Halal KL, Steambot buffet KL
Macam-macam keyword yang iday gunakan bila cubaan mencari tempat steambot yang sedap di area KL dan PJ. Bukan apa, iday lebih suka mencuba sesuatu tempat yang baru dan bukan tempat yang iday biasa makan iaitu Seoul Garden dan Johnny's Steambot (tetap jadi pujaan hati). Dan iday kena pastikan kawasan tersebut mudah parking dan mempunyai ruang yang besar kerana steambot restaurant ni biasanya mempunyai ramai pelanggan. 






Restoran steambot dengan iringan muzik dan live band? Ini jarang-jarang ada sebab tu iday dah 3 kali datang ke Pak John Steambot di E-curve Damansara. Kali pertama sebelum puasa dan kali ke-2  makan dengan Ayu, itu pon selepas kami membaca banyak review dari blogger-blogger. Kali ini kami planning makan bersama Halim Brothers. Hehehe

Kenapa iday suka Pak John Steambot? 
1. Terdapat pelbagai sup steamboat seperti Beef Bone Sup. Chicken Soup, Miso Soup, Curry Soup dan 2 sup pilihan ramai iaitu Tomyam Soup dan Prawn Soup. My favourite? Mestilah Tomyam Soup , lagi-lagi iday memang suka Tomyam sup di Pak John sebab pedas dan rasa tomyam yang kawwww! Hehe


semua orang tegur berisi, hahaha bahagia kan :p

 2. Pak John Steambot hidangkan lebih daripada 100 pelbagai sayur-sayuran, daging, makanan laut dan macam-macam lagi. Ayam dan daging pula diperap dengan pelbagai perisa seperti Spicy Chicken, Honey Chicken, Sweet Soya Chicken, Ginger Chicken, Cofee Chicken, Tangerine Chicken, Black Pepper Chicken, Sweet Soya Beef, Ginger Beef, Cofee Beef, Tangerine Beef, Black Pepper Beef. Haaa, banyak kan! :)





yang penting customer pon happy nak pilih, sampai nampak gigi senyum :p
 

















3. Meja yang besar. Eh, Ruang yang besar. Hehehe, maklum lah bila dah makan ramai-ramai, dengan pelbagai pilihan memang penuh 1 meja. Pak John Steambot menyediakan ruang yang selesa dan luas untuk pelanggannya.  

Cuba teka berapa boleh muat dalam Restoran Pak John outlet E-curve ni?? 250 tempat duduk! Luas gile. hahaha, sesuai sangat kalau nak buat event or party. 

Pak John pon ada 2 VIP room, yang VIP 1 boleh muat 14pax, kalau VIP2 boleh muat 8pax. Boleh buat corporate event. 



















5. Pak John Steambot bukan hanya ada steambot tapi grill/bbq sekali. Kadang-kadang sesetengah restoran tiada tempat grill, hanya steambot. Mana syok kuah je, nak jugak goreng-goreng and bbq, lagi-lagi kalau letak Australia beef slice ke, Lamb slice ke, hmmmmmmmm sedapnyaaaa :)










6. Premium Item - Yang ni kena order dekat dapur. Boleh order banyak-banyak dan tiada caj tambahan. Masa mula-muka makan di Pak John, iday macam fikir 
"Laa, kenapa nak kena order, letak je la kat luar dekat makanan lain. Mesti kedekut takut habis ni"
Tengok, sampai macam tu fikir, Hahahaha . Sebenarnya, Pak John ni mementingkan kualiti premium item ni. Kalau dibiarkan terdedah di luar akan cepat kering. Oh, premium item yang iday maksudkan tu adalah :
  1. Abalines Slides
  2. New Zealand Lamb Slices
  3. Australia Beef Slice
  4. Smoke Duck Breast

7. Pak John Steamboat Signature Sauce! Iday ada mention dekat artikel-artikel sebelum ni yang iday kurang makan kambing. Di Pak John Steambot ni, iday try makan New Zealand Lamb Slice yang diwar-warkan rakan blogger lain yang lamb dia sedap n wajib try. Untuk elakkan rasa kambing tu , iday cecah dalam sos terbaru Pak John iaitu Pineapple Sauce. 


Sos-sos lain yang ada dan sedap adalah Thai sauce, Belacan sauce, Sweet Sauce, Thai Green Chili, Soya Sauce dan Garlic Chili Sauce. 

8. Dim sum! Siapa tak suka Dim Sum? Memang rugi kalau yang tak suka Dim Sum. Iday suka style serving Dim Sum dekat Pak John. Diorang bukan jenis letak kat satu tempat & korang ambil. Dim Sum kat sini, korang datang kaunter Dimsum dan pilih, baru diorang kukus. Panas-panas dapat makan Dim Sum. Sedapnyaaaaaa. Rasa macam nak repeat balik & makan Dim Sum banyak-banyak. Hahahaha



9. Nasi Goreng Kampung Pak John!!! sebenarnya iday lupa nak ambil gambar, tapi iday suka sangat nasi goreng kampung Pak John. Sedapp, ada banyak ikan bilis dan sayur kacang panjang. Hahaha, tiap kali datang mesti makan Nasi Goreng Pak John. 

10. Ada band live & Acoustic oleh kumpulan Voxsape dari jam 6 petang sehingga 10 malam. Sedap pulak suara diorang ni & muka diorang boleh tahan hensem. So, gadis-gadis yang masih single, datangla ke Pak John. Hahahahaha

Habis sudah 10 sebab iday suka Pak John Steambot & BBQ. So, korang kena try dan makan kat sini taw! Ida nak share promosi yang tengah rancak di Pak John Steambot & BBQ :

  1. Majlis Sambutan Hari Jadi di Pak John . Boleh dapat percuma 1 pax kalau total 5 pax. 
  2. Special untuk Wanita. Malam Selasa dan Khamis ada Ladies Nite dan dapat diskaun sehingga 20%
  3. Student pon ada diskaun! 30% setiap hari dari 10 pagi - 5 petang. Jangan ponteng kelas! Hehehe

Set Buffet "All You Can Eat" di Pak John Steambot & BBQ pada hari isnin-khamis adalah RM36++ dan Jumaat -Ahad RM39++. Waktu operasi 10am-10pm.
Makanla banyak-banyak! tapi jangan membazir okay :)

Pak John Steamboat & Yong Tao Foo @ eCurve

Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-7733 3913/ 018-386 3139/ 018-389 3139 


tags: steamboat grill kl halal

5 comments:

  1. terliur tengok!terus masuk wishlist.. ;)

    ReplyDelete
  2. emmmm rindu nak ke pak john.... memang puas hati... sambil layan live band... uhhh dimsum miss u hehe

    ReplyDelete
  3. Aaaaaaa sedapnya pak john!!!!
    jom nnt gi sama sama dgn kak ayue sekali wiwiwii

    ReplyDelete
  4. sedapnya bila pak john nak bukak kat johor...alahai terliuq!!

    ReplyDelete
  5. terus perut bunyik2 lepas tgk gambar seksi mknn tu :)

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

My Blog List