Enter your keyword

Cerita Banjir Pantai Timur

Assalamualaikum, 

Sekarang ni tengah berlaku 1 bencana luar biasa di pantai timur, banjir yang menyebabkan terputusnya jalan/hubungan di temerloh. Biasanya tiap-tiap tahun banjir, dan rumah family iday yang di terengganu memang tak pernah ditenggelami air. Cuma terputus hubungan like seminggu macam tu sebab banjir di tempat lain. Rumah family dekat marang, tepi pantai. 




Tahun ni berbeza, ada beberapa cerita banjir yang berkait dengan keluarga dan kawan-kawan terdekat. 

1. Tok pergi kenduri kahwin di Kelantan (rumah ayah saudara)

Rumah tok sebenarnya di Terengganu, berhampiran rumah iday. So, selamat la bagi tok dari bencana banjir ni. Lagipon tok dah berumur dan bukan sihat sepenuhnya.

Tapi, tahun ni berbeza sebab tok pergi ke Kelantan untuk kenduri kahwin cucunya. Sekali tok jadi mangsa banjir kat sana. 3 hari try contact family kat Kelantan and akhirnya kami 1 keluarga tahu tok selamat.

Status abang di Facebook :

2 Bas Mak & Abah tenggelam di Highway Temerloh

Abah dapat berita nenek tak sihat di Indonesia , so terus book flight tiket hari Isnin (29.Dec.2014). Datang dengan mak naik bas masa sabtu before tu. Masa tu laluan temerloh masih dibuka.

Tapi bas yang dinaiki tenggelam, segala bagai barang dan beg di bahagian tempat barang bas tenggelam kena air. Nasib baik mak & abah lepas juga & selamat sampai KL.  Tapi, semua barang-barang basah & 2 beg baju basah.


3. Kawan terperangkap di Temerloh.

Ini pulak cerita pasal kawan iday yang pergi wedding kawan dia di Temerloh. Bila laluan Termerloh ditutup, sampai sekarang Lin masih di homestay kat Temerloh. Nasib baik ada kenalan kat sana. 

Korang pon boleh bantu mangsa banjir ni, macam-macam cara yang korang boleh guna sebab dekat Facebook & Twitter ada share cara-cara nak hulurkan bantuan dengan sukarelawan tertentu. 

Nak bantu melalui Misi Bantuan Banjir Nadia Farahida pon boleh check sini


3 comments:

  1. samalah saya, family terperangkap di rantau panjang, baru pagi tadi sampai kl

    ReplyDelete
  2. kakak i pon terperangkap kat kampong awah temerloh...

    now menumpang kat masjid..

    T__T

    ReplyDelete
  3. Buat rakyat di Pantai Timur, semoga tabah menghadapi dugaan dan sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa.

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

My Blog List