Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Hadiah RM 150 Ribu dari TNB!




Pagi-pagi check email, sekali tengok dapat email dari TNB, ingatkan ada hutang bil elektrik tertunggak ke kan, sekali baca rupanya dapat hadiah ganjaran RM150 ribu. Mula la berangan nak beli rumah. Lepas tu nak buat giveaway/contest, hadiah pertama RM1000, hadiah kedua RM500. Gituuuu berangan. 

Padahal, email scam/spam. 

Hehehehe, kalau baca email pon dah tahu gaya penipu. Dahla penipu, mainkan perasaan hati kita. Hahahaha

Aku tahu, ramai yang dapat email sama. Sinar Harian pon ada keluarkan kenyataan & tanya sendiri pada Pengurus (Perhubungan Media) Hubungan Korporat dan Komunikasi TNB, Md Derus Bunchit tentang hal ini dan beliau menafikan tentang penyebaran email TNB tu.

TNB tidak pernah membuat sebarang peraduan berbentuk emel kepada mana-mana pengguna. Ia perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan imej TNB.

Email : 



Tenaga Nasional Berhad
(TNB HQ) 129 Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur,
Malaysia



Ini adalah satu pemberitahuan rasmi daripada ibu pejabat daripada Tenaga
Nasional Berhad sempena Persatuan Air Malaysia (PAM) untuk memaklumkan anda
mengenai Hadiah Khas Eksklusif Tenaga Nasional Berhad Akhir Tahun dan kami
Kami dengan gembira mengumumkan alamat e-mel anda sebagai salah satu
daripada 7 alamat e-mel yang dipilih semalam yang diadakan di ibu pejabat di
Kuala Lumpur.

Dilampirkan disini Nombor Rujukan TNB-1187-48901 dengan Nombor kelulusan,
TNB / 2012-087 /KL, dan nombor bertuah, TNB / 7071KL-733 yang memenangi MYR
150,000.00 (Seratus Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia Sahaja), alamat e-mel
anda dipilih dari pangkalan data ibu pejabat lembaga program Tenaga Nasioanl
Berhad dan TNB memberi MYR150,000 kepada 7 keluarga yang bertuah menerima
mesej rasmi ini melalui e-mel sebagai pampasan 1 Malaysia.

Hadiah ekslusif Akhir Tahun TNB berjumlah MYR150,000.00 akan dikeluarkan
kepada anda melalui bank antarabangsa. Oleh kerana rombakkan beberapa nombor
dan nama, kami meminta anda menyimpan mesej ini untuk diri sendiri dan tidak
akan sama sekali mendedahkan kepada pihak TNB sehingga tuntutan anda telah
diproses, dan hadiah anda dimasukkan ke dalam akaun anda, kerana ini adalah
sebahagian daripada protokol untuk mengelakkan penyalahgunaan nombor bertuah
anda.

Untuk memulakan tuntutan TNB anda, anda dikehendaki mengisi borang pengesahan
di bawah dan mengemukakannya kepada ejen tuntutan anda,Puan Zailina Bt Zainal
Abidin bagi membolehkan beliau menjelaskan fail anda dan membayar dengan
segera.


Jabatan Ganjaran TNB
Zailina Bt Zainal Abidin
TEL: +60163774909
E-Mel: tnb-bhd.my@outlook.my

Nama Penuh:
Alamat Bil:
Umur:
Warganegara:
Nombor Telefon Rumah:
No. Pengesahan dan Rujukan Hadiah:

NOTA: Untuk mengelakkan kelewatan atau pembatalan, sila lampirkan bersama
Nombor Rujukan dan Nombor Pengesahan TNB dalam semua urusan surat menyurat
dengan ejen anda di dalam e-mel ini.

Semua wang hadiah mesti dituntut tidak lewat dari tarikh 31 Dis, 2014. Apa-
apa tuntutan yang tidak dibuat mengikut tarikh ini akan dikembalikan kepada
Tenaga Nasional Berhad, Malaysia.

Tahniah !! Sekali lagi
Saya yang menurut perintah,
(Nor Fadilah Binti Samsudin)
Setiausaha Publisiti TNB
© Copyright 2014 Tenaga Nasional Berhad
Semua hak cipta terpelihara.






Tipu dosa! :(

14 comments:

  1. Kan? tak mengagak dorang ini nak spam. Dapat juga email ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kena jaga-jaga, jangan percaya bulat. dari dia bagi 150 ribu , baik bagi elektrik free 10 tahun. hehehe

      Delete
  2. Hahahaha kita pun dapat , dah merasa kaya dah masa baca email tu. Kakakaka. Tipu dosa , mati seksa. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha, sempat jugak merasa kaya. hehehe

      Delete
  3. kalo betol rs jgk nk join..
    rupanya tipu je..
    ihiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, kalau contest2 hadiah besar ni mesti kecoh kat surat khabar or website tnb tu sendiri.

      Delete
  4. harap tak ada yang percaya..hihihi, ingat betul tadi Iday menang 150 k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, doakan jadi realiti. takdelah, saja nak aware orang ramai pasal email scam n spam macam ni. hehehe

      Delete
  5. BBL tak dapat pun btw baik bat report polis, kalu orang kampung dapat email ni mesti syok giler nak claim reward ni padahal tak tahu kena scam duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaaaa, yang macam kita ni okay la, sebab paham. takut jugak makcik-makcik pakcik-pakcik yang kena tipu melalui sms ke. ish2.

      Delete
  6. kena berhati-hati kan awak :)
    tapi memang betul tu, memainkan perasaan kita sungguh :D

    ReplyDelete
  7. eee menyampah betol email scam cenggini. kot betol yg mcm lazada haritu ok la gak hehe.
    psstt~ ana dah terima Elba Stand Mixer tu. Mekaseh Iday =D

    http://ana-mizu.blogspot.com/2014/12/dapat-dah-contest-shopping-with-rm1212.html

    ReplyDelete
  8. hahhahaah ape daaa.. nak bagi hadiah tapi guna bank oversea cmnooo.. TNB pun ada bank kat luar negara sbb nk elak cukai ke cmne hahahaha.. mengong spam spam ni.. una ada dapat juta2 lemon lagi hadiah.. menang lottery katanyer.. tah bile kite ni berjudi pun tak tahu le hahahahaha

    ReplyDelete
  9. saya pun dapat.... saje je follow dia punya instruction, email then reply then email lagi sekali..... last2 diaorg bg surat kata, diaorg dlm proses nk bayar, tp kena bayar duit fee RM 2100 dulu n transfer dlm bank somebody nie sbb fee tu xbleh potong dr wang hadiah..... then, i balas, bagi sy bukti dgn transfer dulu wang hadiah tue, then baru saya akn bayar duit 2100 tue... then, dia call n suh baca ada surat dr PDRM menyatakan bayaran fee tu adalah benar n i have to transfer it immediately, siap call lagi follow up.... i angkat skali then, ignore jer... email dr PDRM konon, dh la dlm junk mail..... huhhh... sabor je la

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

My Blog List