Enter your keyword

Our Babies

Alhamdulillah,


Rumah tangga bertambah meriah dengan kehadiran mereka ni . Rumah bertambah sepah, calar-balar kat badan pon makin menjelma. Hahaha Kalau baca tittle, ingat dah berisi la tu. InsyaAllah ada rezeki, ada la. Ramai juga yang tanya, padahal kahwin baru 2 bulan. Sabar laaaa. Hahaha

Sebenarnya iday nak story pasal diorang ni haaaa :

 Dari kiri, Hiro , Ali dan Maya. 

Macam mana jumpa diorang?

Thanks to shokelui sebab bagi these little adorable things kat Iday & Islam. Actually ada someone tinggalkan diorang dalam kotak & letak tepi kereta shokelui. Shokelui ni pulak memang catlover, so dia amik and bawak balik rumah. Masa tu diorang baru lepas seminggu lahir. Kecik lagi and memang masih menyusu. Kesian :(

Nasib baik islam ada shoot dengan company Islam and kebetulan shokelui bawak kucing-kucing tu datang masa shooting. Islam whatsaap, dia send gambar and asked nak bela diorang tak. 

Iday terus reply yes sebab memang wishlist nak adopt kitten. Hehe  Masa tu nak 2 ekor je, sebab taknak ramai and 2 better sebab diorang boleh kawan. Shokelui pujuk amik 3 , tapi still nak 2 iaitu Ali & Maya. kesian Hiro.

Masa hari ambil kat rumah Shokelui, nampak yang diorang ni sangat rapat, hugging each other & main-main lompat. Kesian pulak nak pisahkan, so cakap kat Islam yang just amik 3 ekor, InsyaAllah okay je. Padahal dah risau takut tak terjaga. 

Iday nak ucap terima kasih sangat kat shokelui sebab dia siap bagi sangkar, bag untuk kitten, ubat diorang, susu tepung, botol susu, makanan tin, paper, kapas & kain. Memudahkan kerja kitorang so tak perlu beli semua tu. Siap ajar cara nak susukan diorang pakai botol & bagi diorang kencing (kecik-kecik kena goncang bawah perut supaya diorang kencing Hehe) .

Our First Week

First photo, ni Maya. comel :)
Balik dari rumah Shokulei, terus beli jaring sebab sangkar punya lubang tu besar, diorang lak kecik-kecik. Tengok la Islam, gigih pasang jaring. 

Masa awal-awal ni, diorang macam malu-malu. tak aktif sangat. tak lompat-lompat. duduk diam-diam je. So, iday banyak train diorang, baling-baling bola rotan, main2 tali, nak attract diorang main sekali. 

Biasa orang yang bela kucing mesti takut kucing diorang berak merata-rata. Haha, Nasib baik Ali, Maya & Hiro ni pandai, iday dah ajar diorang dari kecik, kalau nak berat kena pergi bilik belakang yang ada pasir. 

Sampai ada 1 hari tu, pintu bilik belakang tertutup, terkejut iday & islam bila balik ofis. Risau sangat diorang berak & kencing merata-rata. Then kitorang check la, kot2 ada tahi diorang kat mana-mana. Takde pulak. Then iday buka pintu bilik belakang. Berlari2 diorang nak pergi buang kat pasir tu. Hahaha Nanti iday buat post macam mana nak ajar diorang jangan berak merata . Hihi

Sekarang, diorang pon dah besar sikit, aktif and sihat. Macam mana nak tahu sihat ke tak, check tahi diorang. Haha. Nanti iday post jugak pasal tu. 


Ali, first time bawak jumpa Danish
Bila diorang makin besar ni, iday perasan yang diorang makin manja. Bila balik kerja sure nak melekat je. Kalau Iday & Islam lepak kat sofa, diorang datangla. lompat2 atas kita ,depan kita, gigit kaki, gigit tangan, cium muka, gigit rambut,cium dahi. Sampai Islam give up dia masuk bilik. Hahaha

Hiro . comel kan?

Maya, syurga bawah tapak kaki ibu katanya. hehe
Danish dengan Ali,Maya & Hiro


si cantik Maya

teman iday masak kat dapur. Hehe

Ali menyorok. comel :)

Hiro dan Maya, diorang dah makin besar :)

Kalau mandi or masuk toilet, diorang suka tunggu dekat carpet luar toilet ni. rindu la tu :p

Ali, the kacak

Maya, si cantik

Hiro, si manja




Cepat betul diorang membesar dan diorang memang lincah, lompat sana sini. dah banyak cakap-cakar kat tangan iday ni. Hahahah Nasib baik sayang.


Tapi lagi best, sekarang dah pandai buat muka kerek. dah pandai jeling-jeling. melawan yer! Tengok gambar bawah la. Hahahaha

















Hahahaha. sayang semua ni! :)


Lagi gambar boleh check instagram : http://instagram.com/sayaiday







6 comments:

  1. title jgn nk gedik sgt bole takkkkk..suspen tau!!!

    huhu..btw, apsal si ali kerek sgt muke..hahahaa..

    ReplyDelete
  2. Aku ingat... kau dah berisi.... -___-"

    Kucing aku tak boleh kalau duduk sorang2. Nak kena teman. Manja betul. Sama la kucing kite.

    ReplyDelete
  3. kat rumah CN pun ada kucing, tapi takleh duk dalam rumah sbb si kecik ada asma

    Jemput join segmen CN yer ;)

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  4. comelnyaa hiro, ali n maya ! membesar dgn sihat nampaknyaa.. hehe.. mesra dgn danish. smpai dpn pntu bergolek sama2. nice ! ^_^

    ReplyDelete
  5. jatuh chenta plak dgn Ali, Maya & Hiro..ketiga2nya comel sgt

    ReplyDelete
  6. Hahahahhaahha qila doa kak ida cpt cpt dpt real baby instead of kitty eiwiwi.

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

My Blog List