Enter your keyword



1st Theme Park in Malaysia - Mimaland

Friday, March 28, 2014
Salam,

Have you ever heard about Mimaland or Malaysia In Miniature Land? Actually Mimaland is the first water park in Malaysia, It was opened in 1971. Mimaland is the famous recreation park Malaysia and located at Ulu Gombak, Malaysia.

After years of operating Mimaland, a 27-year-old Singaporean was killed in an accident at the giant surf board Mimaland in January 1993. The unfortunate incident shocked the public and forced the temporary closing Mimaland including the affected areas of the pool and boards. After improvement work was done, Mimaland opened back up to the public. However, a minor landslide caused damage to the walls of the same pool in May 1994. This incident caused muddy water to seep into the pool, causing the area to close to the public.- wikipedia

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaankesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini. - Arkib Negara


Photos



Resepi Mudah Masak Lemak Pucuk Paku

Wednesday, March 19, 2014

Hi Korang!

Siapa sini suka makan masak lemak pucuk paku? 

Itu antara makanan favourite Iday kalau pergi makan lunch dekat food court. Tapi bukan selalu ada menu masak lemak pucuk paku ni. Kadang-kadang boleh jadi mengidam. Hehehe


So, better belajar masak sendiri. Resepi pon sangat simple, cepat dan sedap! 


Jom kita tengok, macam mana cara nak masak Pucuk Paku Masak Lemak ni ye :)



Nak dijadikan cerita, minggu lepas masa weekend la, Iday balik rumah abang dekat klang untuk buat preparation semua tu lah. Pagi ahad tu kitorang pergi jalan-jalan kat GM Klang. Then masa balik rumah tu, Mak kak Nor plan nak masak masak lemak pucuk paku. Punya seronok Iday dalam hati. hehe. 

Sampai je rumah, terus pergi dapur, semangat nak tengok orang masak. Hehehe Iday perapkan ayam dengan kunyit garam, sebab nak goreng. So, mula la sesi mengajar iday masak.

Tapi yang sadisnya, Iday boleh lupa nak snap gambar masa awal persediaan bahan-bahan and cara masak. Teruk betul. tapi Iday listkan dulu bahan-bahan. Bak kata mak Kak Nor, ni cara orang Negeri Sembilan masak. xde tumis goreng-goreng. Hehe

Bahan-bahannya adalah :

  • Santan 1 kotak
  • ikan bilis 1 gengam
  • Daun pucuk paku
  • Air sedikit , dalam separuh gelas - tapi banyak2 xbest, nanti cair
  • 1 keping asam keping
  • cili api (hijau+merah ditumbuk) - ikut masing-masing punya citarasa, nak pedas kasi lebih sikit
  • garam secukup rasa
  • serbuk kunyit

Cara masak :

1. Mula-mula, tuang santan 1 kotak dan sedikit air dalam kuali/periuk. Hari tu masak pakai kuali, senang nak kacau. Hehe

2. Bila dah mendidih, masukkan cili api yang ditumbuk tadi dan ikan bilis. kacau-kacau

3. Masukkan serbuk kunyit, nak bagi cantik kuning masak lemak pucuk paku tu nanti.

4. Masukkan asam keping dan garam, kacau-kacau

5. Masukkan sayur pucuk paku, kemudian kacau. masak jangan lama-lama, agak2 macam dah layu sikit tu baru angkat. 


Gambar atas ni blur sebab time ni dah gelak-gelak sebab kena bebel amik gambar banyak-banyak. Haha. Amacam, mengancam tak? lepas hidang semua, iday makan dengan ayam goreng. sedap tak ingat oi. Hahaha. 



Tengok gambar buat terliur rasa macam nak cari pucuk paku masak malam ni. Haha. sedap betul. lepas ni dah tahu masak ni, boleh lah masak kalau teringin. takyah tunggu akak food court masak. Hehe. Terima Kasih Mak Kak Nor, hehehe

Selamat mencuba. 

p/s: kalau ada idea lain, atau bahan tertinggal, tinggalkan komen yer. Hehehe :)


Pesawat MAS Boeing 777 dari KL ke Beijing Hilang

Saturday, March 08, 2014
salam,

Pagi tadi kecoh dengan kehilangan Pesawat MAS dari KL ke Beijing yang membawa penumpang seramai 239 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 orang anak kapal. Keadaan ini cemas berlaku apabila putus komunikasi dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi tadi.



Pesawat itu yang berlepas pada pukul 12.41 pagi sabtu sepatutnya dijangka sampai di Beijing pada pukul 6.30 tadi.

Akibat kehilangan pesawat itu tadi , MAS dan pihak kuasa mengarahkan usaha mencari dan menyelamat pesawat Boeing 777 tersebut.  Pesawat yang hilang itu sudah digunakan selama 11 tahun dan MAS mempunyai rekod keselamatan yang baik selama ini. 

Menurut sumber dari MalaysianDigest (unofficial), Pesawat tersebut telah ditemui di Nanming, China. Sumber menyatakan Pesawat tersebut melakukan pendaratan cemas kerana ada kesilapan teknikal iaitu cockpit electronics malfunction. Kesemua penumpang dipercayai selamat dan crew sedang berusaha menghubungi ahli keluarga penumpang.

Tetapi kenyataan ini belum lagi disahkan oleh Malaysia Airlines. Oleh itu orang ramai dinasihatkan mendapatkan berita tentang kehilangan dengan menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau boleh tengok update di website Astro Awani. 

Kita sama-sama doakan keselamatan setiap penumpang MAS, orang ramai diminta hentikan spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak benar. 

Ni antara tindakan Malaysia Airport di twitter apabila ada yang update tentang penemuan Pesawat itu di China.



Hentikan sebarang spekulasi, ingat ada 239 penumpang dalam pesawat ni, dan setiap dari mereka mempunyai ahli keluarga yang sangat risaukan mereka saat ini. Hormati diorang, aku yang follow update ni pon risau. Semoga semuanya selamat. Sama-sama kita doakan. 





Tempat-Tempat Menarik di Perlis

Thursday, March 06, 2014
Salam,

Sempena cuti sekolah yang akan datang ni, aku akan listkan beberapa tempat menarik di setiap negeri di Malaysia, aku akan letak link dari VirtualMalaysia which is korang boleh click untuk tahu lebih detail. Kalau ada tempat aku tertinggal, korang boleh komen so nanti akan penambahan dalam senarai list tu. hehehe :)




Apa tempat menarik di Perlis? yang aku tahu cuma Gua Kelam Perlis. Aku pergi time kecik-kecik. rombongan sekolah. Tempat lain? jom kita check.


  1. Gua Kelam
    Fee : Adult(RM1) / Child(RM0.50)
    - The best pasal gua ni, korang masuk lain, keluar tempat lain. konon-konon open gate to Secret Garden. hehehe
  2. Timah-Tasoh Lake
    - Kira macam sumber air di Perlis
  3. Melati Lake
    - Tasik Buatan dan menjadi tempat rekreasi
  4. Kota Al-Marhum Kayang
  5. Perlis Herbal Garden
  6. Kuala Perlis
  7. Chuping Sugarcane Plantation
  8. Padang Besar
  9. Perlis State Park
So, any place yang aku tertinggal? Sesiapa yang tinggal kat perlis, boleh share apa tempat best kat Perlis. Tempat makan ke , okay :)

New Video On My Youtube Channel




Follow My Instagram

Blog Archive