Enter your keyword

Sayaiday's Categories









Emma Maembong sebagai Duta Per'l Xlim

Friday, May 30, 2014
Seperti yang iday nyatakan dalam artikel iday sebelum iaitu Power Root telah mengeluarkan produk baru mereka iaitu Per'l Xlim dan hari ni telah berlaku majlis pelancaran Per'l Xlim dan memperkenalkan duta produk Per'l Xlim iaitu Emma Maembong di Hotel Majestic. Cantik sangat taw Emma ni. Hehehe


Packaging Per'l Xlim pon cantik kan, nampak macam ada shape. hehe. Kelakar bila my boss cakap, tengok packaging Per'l Xlim ingat Emma Maembong yang cantik tu. Hehe

Korang boleh baca khasiat2 yang ada pada per'l Xlim ni dekat artikel ni Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona. Sebenarnya video youtube iday dah keluar dekat Power Root punya youtube . malu nak tunjuk sebab muka memang tembam habis. Yela, time tu berat iday 58kg kot tapi dah lost weight dah. hehe. Tu iday akan cerita iday punya pengalaman mengamalkan Per'l Xlim ni pada next entry. Hehe

Ramai yang dah tanya bila Per'l Xlim akan dipasarkan, siap ada yang cari lagi. Iday pon nak beli sebab stok Per'l Xlim iday dah habis. Korang boleh like facebook Per'l Xlim untuk tau lebih detail tentang Per'l Xlim dan bila produk ni akan dipasarkan. Hehe Iday suka rasa Per'l Xlim Cafe'. :)


Facebook Per'l Xlim : https://www.facebook.com/perlmalaysia



Tips : Photobooth ketika Majlis Perkahwinan

Thursday, May 29, 2014
Zaman dulu, sesi bergambar ni dekat pelamin je. Berhias bagai dekat pelamin, duduk berdiri, pengantin duduk,parent berdiri, parent duduk, pengantin berdiri, semua area pelamin je. Kat situ la nak renjis tepung tawar and kat situ la nak buat sesi amik gambar semua. 

Zaman sekarang pulak ada candy corner la , guest book corner la and photobooth. Kalau iday pulak, iday taknak pelamin sebab family memang tak buat renjis2 tu. so, iday decide nak buat photobooth. So, google la kan , contoh photobooth yang simple and senang nak buat sendiri. kalau x buat sendiri, maybe save photo and bagi je gambar dekat planner yang akan buat nanti. Hehehe

So, iday just nak kongsikan beberapa tips for your photobooth nanti. 





Blended Movie Trailer

Wednesday, May 28, 2014

Do you still remember the movies , 50 First Dates ? The briliant romantic comedy starring by Adam Sandler and Drew Barrymore, iday rasa dah tengok movie like multiple times tapi tak pernah bosan. Iday suka tengok diorang berlakon sebab ada chemistry and diorang sangat bagus kalau acting together. 



So, new movie ni, gandingan antara Adam Sandler and Drew Barrymore which is Blended. Tentang worst blind date then end up kebetulan bercuti di Afrika sama2. Hahaha. tengok trailer pon dah kelakar gile. I dare you, try to not laugh. Haha


Hahahaha, xsabar nak tengok! Harap2 dapat free ticket tu :)


Avon Beauty Day Out - Over Nature Collection

Tuesday, May 27, 2014


Entry sebelum ni, iaitu  Avon Beauty Day Out - Avon Anew 360° White yang iday ceritakan tentang produk penjagaan kulit wajah yang baru dari Avon. Kali ini pulak, iday nak story tentang Over Nature Collection by Avon ni. 

Lepas je kitorang bersihkan segala kotoran kat muka, pakai mask, serum  semua baru lah boleh make up. Ingat tagline ni taw "Makeup yang cantik, bermula pada kulit yang sihat". Hehehe.



Lepak dengan Kawan yang bakal tamat zaman bujang

Monday, May 26, 2014
Hey Ho,

Ni entry khas untuk kawan aku yang dua orang yang gatal x sabar nak kahwin bulan 6 ni. Hehe Diorang punya gelojoh xsabar ni, kahwin pulak tarikh dekat2. Kalau rumah tu sebelah2 takpe, ni sorang kat Perak, sorang kat Puchong. 


So, selamat melangkah ke alam rumah tangga my super super sweet friends Shida and Nana. Kahwin jugak korang, even dulu macam-macam masalah kan, bersatu jugak korang dengan pasangan masing2. Along and Pijo, harap bersabarlah. Hahaha. lepas ni nak ajak lepak, kena minta izin suami, wahhh, nyampah aku *dengki jeles

Sebenarnya, banyak gambar buruk diorang ni kat aku, tapi tak sampai hati nak upload kat sini, lagi berapa hari dah nak jadi bini orang. gambar2 tu buat kenangan je. hehe. 

Selamat pengantin baru in advance. Sayang korang gila ba**. Hahaha



Diskaun 15% Untuk Pelbagai Jenis Tudung Dan Aksesori

Thursday, May 22, 2014


Iday berkenan betul dengan Shawl Labuh warna pink tu, sangat cantik dan pelbagai jenis tudung ada dijual di Tudung2u.com.my dengan harga murah siap ada potongon harga lagi.




Tengok2, 99.1% yang berpuas hati, siap ada jaminan pemulangan & pertukaran serta FREE POSTAGE! iday memang suka kalau free-free ni. 

Iday akan tunjukkan gambar tudung2 cantik yang iday suka Tudung2u.com.my , mana taw korang pon suka juga dan beli. Kalau nak diskaun 15% tu, korang kena masukkan code voucher seperti di bawah :

ADQ2014
(sah sehingga 16 Jun 2014)

Cuba kita lihat jenis2 tudung yang ada dalam Tudung2u.com.my ni, iday pon akan beli sehelai dua , diskaun2 ni kita takle tolak. Lagi pon, diorang ada filter untuk listkan barang mengikut jenis, contohnya macam tudung, ada corak bunga, paddlepop,manik,batu ,polkadot ,stripes dan sebagainya. 

Tudung Bawal




Cantik kan?? waahhhh, yang iday berkenan tu kehabisan stok, sebab tu korang kena cepat2, tudung2 dekat Tudung2u.com.my ni cantik-cantik dan ramai pembeli, lagi2 bila ada diskaun ni. 

Tudung Dania Bawal tu iday pernah beli, harganya RM20. tapi kalau kat Tudung2u.com.my and korang boleh guna code voucher yang iday bagi tu untuk dapatkan diskaun . hehe

Okayla, iday pon malas nak cakap banyak, jom usha gambar tudung2 kat bawah ni. :)

Shawl Half Moon



Shawl Labuh pelbagai corak



Shawl Standard



Tudung Awning Chiffon


Tudung Awning Lycra


Tudung Segi Empat


Anak Tudung - Turban


Inner Syria


Inner Awning


Kerongsang


Tengok, macam-macam tudung and aksesori ada dijual, dengan harga yang murah, so kalau nak dapatkan diskaun 15% tu, jangan lupa masukkan kod voucher seperti dibawah:

ADQ2014
(sah sehingga 16 Jun 2014)

kat mana korang nak shopping tudung-tudung ni? mana lagi kalau tudung2u.com.my, korang boleh klik link di bawah ni :


http://www.tudung2u.com.my/


Office Number : 03 - 3318 3800
Mobile Number :  017 - 3585 244



p/s: selamat shopping. hehe








Movie Review : X-Men: Days of Future Past

Wednesday, May 21, 2014

Thanks kepada Nuffnang sebab bagi peluang dekat Iday untuk tengok X-Men : Days of Future Past Movie Screening ni semalam kat TGV 1 Utama and movie ni adalah antara movie yang ida nanti-nantikan. Sebenarnya iday join contest by Nuffnang and menang 1 pair of ticket movie screening ni, kira sangat bertuah dipilih sebagai pemenang and jadi orang paling awal tengok movie ni. [macam mana boleh menang?]


Avon Beauty Day Out - Avon Anew 360° White

Tuesday, May 20, 2014

For those yang kawan dengan iday, dari zaman sekolah or belajar dahulu kala, sure tahu yang iday bukan jenis jaga muka over2 sangat dan make up pon bila ada event2 tertentu.

so, bila dapat invitation by for Avon Beauty Day Out ni, macam fikir2, nak pergi ke tak sebab make up class, nanti tercabar kejantanan pulak kan. Haha. Then, mula la fikir, kalau bukan sekarang bila lagi nak start kan, nanti nak kena cantik depan husband. Hahaha. 

Avon Beauty Day Out ni bertempat di Royale 1 Function Room , Royale Chulan Damansara pada 17th May yang lepas. Blogger yang dijemput ke Avon Beauty Day Out mesti datang dengan muka yang xde seinci make up and its not a big deal for me la kan, sebab aku ni tampal2 bedak je kat muka. hehe


Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona

Sunday, May 18, 2014

Iday seorang yang addicted dengan coffee@nescafee, kalau satu hari tak minum coffee@nescafee memang malas nak buat kerja. So, setiap pagi bila sampai office, iday akan buat secawan nescafee, baru seronok nak mulakan kerja. 


Tetapi bila iday mencuba 1 produk ni untuk kuruskan badan, iday kena kurangkan caffein and masa mula-mula memang agak menyusahkan sebab iday dah terbiasa minum hari2. Iday tak konsisten makan ubat dan ganggu process iday nak kurangkan berat badan. 




Balasan Kereta Potong Queue

Wednesday, May 07, 2014
Hey Ho!

Aku stayed dekat kawasan bukit jalil yang dekat Bomba tu, kalau sesiapa yang tinggal kat area situ, sure faham macam mana jam bila nak keluar dari simpang traffic light. Masa dulu sebelum jalan tu dibesarkan, kalau pagi-pagi tak hangin dengan pemandu yang suka-suka potong queue memang tak sah.


Bookup Malaysia | Online Secondhand Bookstore

Tuesday, May 06, 2014
Hey Ho,

As a student, there will be the major problem when we started the new semester, mesti kena fikir tentang peralatan alat tulis and textbook, am i right? For those yang apply loan such as PTPTN and Mara sure use their loan to afford the expensive textbook.  Other ways, they photocopy the textbook which is much cheaper that the original one. 






How about the books yang banyak, yang telah digunakan pada semester sebelumnya? Mungkin ada yang jual pada junior-junior, tetapi bukan semua dapat dijual kan. so, apa nak buat dengan unwanted textbook ni?


Sebab tu iday nak memperkenalkan satu website ni dimana korang boleh beli atau jual buku especially buku teks. Harga-harga buku disini sangat murah dan berbaloi, sangat berbeza dengan harga yang sedia ada untuk buku yang baru. 


Sebelum iday explain lebih lanjut, korang boleh tengok video ni, lebih faham dengan apa service yang ada pada Bookup.my 




Untuk pengetahuan korang, Bookup.my telah dilancarkan pada November 2013 dan berjaya menjual serta membeli buku seramai 1200 pelajar, website ni bukan sahaja menjual atau membeli textbook tetapi novel atau buku-buku lain juga ada dijual disini dengan harga serendah RM6.

Bookup.my ni kiranya bertindak sebagai orang tengah dalam menguruskan the unwanted books. Book recycle is great doings , just imagine you already save the tree just like Mike Chu said.


We want everyone to know that each book purchased from us is one book recycled and through us, there are thousands of trees that can be saved yearly if not monthly. - Mike Chu, founder of Bookup.my

Website Bookup.my

Jom kita review apa yang best tentang website ni. Korang hanya perlu ke link bawah ni: http://bookup.my/. Korang akan dapat RM2 voucher jika korang register, registration adalah percuma dan tidak mengambil masa yang lama. 


Hanya masukkan nama, alamat surat-menyurat, no phone, email dan create password. Hehe. Iday pon create account, nanti diorang akan hantar email confirmation. 



Dah register, dah confirm, kita pergi kat home dan tengok apa yang ada dan ditawarkan oleh bookup.my, kalau ada buku yang ida suka, iday akan beli , lagipon harga dia sangat murah. 

Sebagai contoh, tadi iday scroll dan iday berminat nak beli "The Woman in Black" , kalau harga asal dia dekat MPH online adalah RM42.9o include postage. Kalau dekat Bookup.my ni kita dapat buku secondhand yang codition dia still good RM 14 include postage. 




Jangan risau, buku secondhand yang dijual di Bookup.my ni akan dicheck terlebih dulu sebelum dipaparkan, hanya yang keadaan elok sempurna sahaja dijual, memang dah ditetapkan rule untuk sesiapa yang ingin jual buku di Bookup.my.


Macam mana pula kalau korang nak jual buku? cuma click button "I want to SELL". Nanti akan tunjuk page seperti di bawah ni .



Mula-mula korang akan submit form dengan segala detail tentang buku yang korang nak jual tu, kemudia korang akan pos buku tu, untuk jumlah buku yang bernilai RM 150 ke atas, pihak Bookup.my akan pickup buku tu depan pintu rumah korang. 

Lepas diorang dapat buku tu, diorang akan check condotion buku tu sama ada boleh dijual atau tak, buku tu mestilah dalam keadaan baik dan ada ISBN. 

Kemudian baru la buku tu dijual dan dipaparkan di website Bookup.my. Cukup hujung bulan, diorang akan bayar jika ada pembelian buku-buku korang tu. 

Simple as that! Aku harap lebih ramai tahu tentang Bookup.my ni dan diorang akan jual banyak buku kat sini supaya aku boleh borong banyak-banyak. Hehe. Lagipon review tentang website semua bagus-bagus okay.




Korang boleh like/follow diorang punya Facebook dan Instagram untuk update2 buku terbaru by click link below.


https://www.facebook.com/bookup.my
http://instagram.com/mybookup

Aku suka dengan idea yang diorang ada ni, diorang ni masih baru sebab tu aku harap makin ramai orang tahu dan makin banyak buku secondhand yang murah2 dijual disini sebab aku kan book lover, lagi murah,lagi aku suka. hehe

Bagi aku Bookup.my ni adalah satu platform untuk book lover dapatkan buku berkualiti dengan harga murah dan juga membawa keuntungan kepada pihak yang mempunyai buku-buku yang tidak digunakan lagi. Jangan buang tapi jual kepada orang yang memerlukan. :)

Nanti kalau aku beli, aku akan buat review pasal buku2 yang aku beli pulak yer. Hehe

visit their website here : http://bookup.my/



Trip Tengok Kawan Johor Kahwin

Monday, May 05, 2014
Hey Ho!

Hujung minggu lepas berlakunya projek kawen makcik2 jemah ke Johor. Ada dua wedding actually dekat Johor, and dua-dua kawan masa belajar. so, memang wajib pergi sebab nak tunjuk muka dengan harapan , masa majlis kahwin aku nanti diorang akan datang. Haha



masa pergi Johor ni, kebetulan aku datang bulan, memang agak tak selesa dengan sakit yang aku dapat ni ha. Nasib Nana drive, tetapi dia memang akan drive sebab dia tak berani nak bagi aku, Shida n Yanie drive. Haha. 

First wedding kitorang pergi dekat Nusajaya, Johor Bharu iaitu majlis akad nikah Yana. Selamat sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz je. Good job Umair! Hehe. 

kahwin sudah makcik Yana. Next!
abaikan pipi sebesar alam, fokus yana cantik berseri-seri. Haha
gambar curi dari Safwan@ Pure.
Lepas je majlis Yana, kitorang gerak ke Mersing. Jauhnya oh mai gad. 3 jam redah jalan bengkang bengkok, kuatkan hati supaya tak fikir macam-macam sebab sepanjang jalan memang xde lampu jalan. 

Dalam pukul 10 lebih, sampai la kat Mersing, Kitorang check in hotel kat sana sebab plan nak pergi wedding Ummi keesokan harinya. 










Tahniah kepada Umi dan pasangan, Safwan serta Yana dan Umair. Jeles la korang dah kahwin. Haha. Next month Projek Kahwin di Perak pulak, hehe untuk majlis kahwin makcik Shida. Semua pakat beratur dah nak kahwin. Hihi 


p/s: Gambar-gambar diciplak serta dicuri dari Safwan dan Nina. Hehe



Founder JOHO, Azrafe Zaky meninggal dunia

Monday, May 05, 2014
Assalamualaikum,

Sedang aku scroll timeline instagram, aku terhenti pada post Fynn Jamal yang meluahkan rasa sedihnya tentang kehilangan seorang teman beliau iaitu Azrafe Zaky. Pada mulanya aku tak kenal siapa Azrafe Zaky, tetapi bila aku google, rupa-rupanya arwah adalah founder kepada JOHO Concept Store dan juga ahli kumpulan Komplot.

Follow My Instagram

Blog Archive