Enter your keyword

REUNION MRSM KUALA LIPIS #pmrmrsmkl2014

Wednesday, July 23, 2014
Hello! dan Assalamualaikum :)

Masa darjah 6 dulu, iday dapat 5A UPSR. Haha bukan nak show off ke ape, tapi nowdays budak2 senang macam tu je dapat 5A. So, its not a big deal lar. Haha

Sambung Story.

Bila dah dapat 5A, mesti masuk sekolah berasrama penuh, so, iday berjaya ke MRSM Kuala Lipis Pahang yang pada masa tu baru bukak. Kira macam first batch la. N ofkos la jadi akak-akak gangster skit. Haha

Kenal macam-macam jenis orang. kawan baik pon asyik tukar every year. tapi still baik and buat kerja gila sama-sama. Kena rotan, kena panggil warden and kena maki caci tu memang dah benda biasa. Tapi aku happy sebab 3 tahun kat MRSM Kuala Lipis tu , something yang unforgettable taw. 

Tu cerita 12 tahun dulu.

12 Julai 2014, dengan kerjasama Hada,Dilah and Hamie berjaya buat satu majlis berbuka puasa + reunion sekali dekat Vistana Hotel. Iday excited la, sebab ada kawan yang xjumpa almost 10 years kot. Selalu contact2 through Facebook. Ni jumpa siap mengandung,ada tunang,dah kahwin, bakal kahwin*ehem-ehem kat diri sendiri :p

So, iday plan pergi dengan Nadia. Masa tu Nadia dah sarat mengandung. Gigih datang reunion. Hehehe

So, bawah ni penuh gambar ye. Haha :p

Pengalaman Dapat Housemate Gila - Part 1

Tuesday, July 22, 2014
Hello! dan Assalamualaikum :)

Sebenarnya aku malas nak cerita pasal housemate kurang asam aku tu, tapi serius aku tak sangka yang aku dapat jumpa sejenis manusia macam ni. Manusia yang macam tak kisah apa, buat salah tapi buat bodoh and serius makin lama aku hadap orang macam ni, boleh gila. 

sekarang dia dah tak serumah dengan aku dah, aku cakap aku nak kahwen & dia kena keluar. Sebenarnya aku tak tahan dengan perangai dia, sebab tu aku nak dia keluar dari rumah tu. Serius oi, sakit otak aku.

Masa mula-mula dia nak masuk umah ni, aku tanya dia, ada transport ke nak pegi keja sebab umah aku ni mana ada bas. Then dia cakap ada. Okay fine, memang bagus la. 

Dia booking umah aku tu bulan 7, so sepatutnya dia start bayar bulan 7 la kan. sekali deposit. Tetiba dia buat hal, dia cakap dia nak masuk bulan 9 sebab ofis dia tak jadi pindah TPM. So, aku macam nak cancel la dengan dia, tapi dia pujuk2 then aku kesian. Then aku cakap la, why not dia bayar sewa bulan 8 half and bulan 9 + deposit. Aku ni kira baik tak mintak sewa bulan 7 sekali. Tapi dia buat hal lagi, dia xbank in duit and senyap camtu.

21 Julai 2013
Dia datang tengok rumah tu, usha2 dulu la & dia cakap dia suka.

24 Julai 2013
Dia confirm nak sewa bilik tu. So, aku mesej la dia 24 Julai tu, bagi no akaun semua. Aku cakap bila dah bankin, bagitau aku. so dia reply cakap OK. 



Shopping Dapur Ramadan : Pasar Borong Selangor

Thursday, July 10, 2014
Hallo & Assalamualaikum,

Kalau bulan Ramadan je, mesti masing2 sibuk nak masak semua kan, ada yang tak sempat masak of course beli Bazaar Ramadan. Kalau yang baru kawen, mesti nak tunjuk kepakaran memasak, kalau kurang sedap boleh salahkan resepi yang tak betul. Ehem-ehem dekat kawan baik yang baru kawen. Hehehe

So, bulan Ramadan ni iday tak pergi bazaar sangat. masa mula2 ramadan je, lepas tu tak tahan la tempat ramai orang.rimas. Nak makan kedai makan pon rasa macam membazir. Baik masak kat rumah, jimat pon jimat.

Bila dah kerja ni, balik pulak lambat, so kadang2 malam supermarket dah tutup around pukul 10 camtu. So iday decide nak pergi pasar borong selangor which is memang 24 jam bukak. Tempat dia besar and kali pertama iday pergi, iday dah borong banyak barang2 dapur dengan harga jimat. 
Disebabkan Cah dah xmakan ayam, so iday banyak beli udang,ikan dan sotong. semua segar2. sayur-sayuran dia pon pelbagai jenis dan segar. 

Drama Melayu : Ramadan Jangan Pergi

Saturday, July 05, 2014
Hallo! & Assalamualaikum :) 

Macam biasa, bila bulan puasa, banyak la drama2 melayu yang ditayangkan di tv3, tapi banyak2 tu iday paling layan tengok and tak miss lagi, drama Ramadan Jangan Pergi setiap hari selasa-khamis pukul 10 malam.


Semua watak dalam drama tu iday kenal tapi iday tak kenal watak husband Siti Saleha tu, Fir Rahman. Rupanya dia tu pelakon baru . Okay la dia berlakon, xkayu and dia pandai main watak husband yang dayus. Haha. serius menyampah ngan dia dalam drama tu. 

Drama Ramadhan Jangan Pergi ni mengisahkan tentang Farah (Siti Saleha) yang kahwin dengan Johan (Fir Rahman) tanpa restu ibu bapa diorang. So, masing2 kena buang keluarga. Family Johan buat anggapan yang Johan ni kena bomoh oleh Farah. Kakak Johan kenalkan Johan dengan Nadia. Akhirnya diorang rapat. Family Johan suka Nadia and nak Johan cerai dengan Farah. Nak taw lagi, korang tengok sendiri la cerita tu ye. Hehe

Ni first time aku layan drama melayu macam ni. Adamaya or watever drama yang popular before ni pon aku tak layan. Haha Aku menyampah gila dengan Johan & sakit hati dengan Farah sebab senang dipergunakan oleh Johan. Hahaha 

Drama ni bagus sebab dia tak pakai hero2 yang dikenali, macam langkah bijak dia amik pelakon macam Fir Rahman. Sebab kita tak boleh nak sangka watak dia macam mana. Hahaha 

Jom tengok drama ni, and uji kesabaran korang masa tengok drama ni. Haha

My Blog List