Enter your keyword




You can follow me here :


Nak bergaya tak semestinya kena beli mahal

Thursday, August 28, 2014


Iday bukan jenis yang suka pakai handbag sangat, kalau pakai pon bila ada event or jemputan majlis kawen. Kalau tak, keluar dating pon iday bawak Tote bag. Haha. Kesian Islam, dapat gf yang xbergaya feminim. Maybe iday rasa iday tak suka buang duit banyak dekat handbag and prefer
handbag murah kot. Hehehe Terima je I seadanya ye. Hehehe

Tapi, atleast kena ada jugak handbag untuk event2 kan, so iday nak pilih handbag yang sesuai sebab kadang-kadang penampilan kita ni akan diukur daripada pemilihan pakaian yang menawan dan penambahan aksesori yang bersesuaian. Selain jam tangan, handbag atau beg tangan merupakan aksesori yang terpenting buat semua wanita. 
Sebab tu kalau kita tengok mak-mak datin, artis2 terkenal ni suka bawa handbag berjenama seperti Chanel, Hermes, Louis Vuitton dan Dior. Kalau setakat macam iday ni, mampu pakai jenama handbag seperti DKNY, Calvin Klein, Aldo, Nine West, dan banyak lagi, itupon mahu nak kena menabung dulu. Iday ni jenis suka habiskan duit untuk makan and gadget je. Haha

Tapi jangan risau kalau tak mampu nak beli bag macam Chanel, Hermes, Louis Vuitton dan Dior ni sebab even pakai handbag murah pon still nampak cantik ape. Sekarang ni handbag yang harga around RM50-RM100 pon dah berjaya menarik perhatian orang ramai. Kat Malaysia ni dah ramai designer yang mengeluarkan jenama sendiri yang berkualiti dan berpatutan.

Namun, kita kena perlu berhati-hati ketika ingin memadankan gaya kita dengan handbag tersebut. Padanan yang tidak bersesuaian bukan sahaja mencacatkan penampilan kita, malah membuatkan kita hilang keyakinan. Jadi, untuk entri kali ini, iday nak kongsi sedikit tips untuk mereka yang ingin membeli seutas beg tangan yang murah tetapi trendi! Hehehe. 


  1. Pilihan rekaan yang simple
    - Jangan pilih yang over bulu2 or terlebih aksesori, kalau perasan yang mahal2 punya handbag ni pon macam ringkas and simple je. Just nampak nice je.
  2. Pilih warna yang sesuai.
    - Jangan pilih warna yang pelik2, dengan corak yang tak menarik. Kalau boleh, sebagai langkah selamat, pilih yang berwarna gelap. Sesuai untuk apa jenis pakaian pon. Hihi
  3. Memilih bag dengan rekaan terkini (up to date)
    - Kena pandai buat research, tengok trend sekarang pakai bag macam ni, so, kena pandai ikut trend, baru rasa glamour gitu. hehehe

Percaya atau tidak, dengan hanya RM 50 dan ke bawah, anda mampu memiliki seutas beg tangan yang menawan seperti berikut. Kadangkala, kita tidak perlu berbelanja besar untuk tampil sempurna dan glamor. Setuju? 
Oleh itu, untuk lebih banyak pilihan handbag murah yang berkualiti daripada jenama-jenama hebat, luangkan masa anda dengan melayari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga! Portal online shopping yang terbesar di Asia Tenggara ini menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah anda. Menarik bukan?

Selamat shopping! :)


You can follow me here :


Yuna - Terbang [Video & Lyric]

Tuesday, August 26, 2014
Hallo & Assalamualaikum, 

Iday rasa iday paling lambat taw pasal lagu ni, sebab balik2 rumah semalam, my sister yang asking me, "have you listen langit by Yuna?" . and i was like, "hmmm, yeah, mestilah, sedih kot lagu tu" . padahal tak dengar lagi, sebab tak nak kalah and taknak cop katak bawah tempurung. hahaha 

So, iday dah dengar pagi tadi, and sambil dengar tu teringat tentang family yang lost their family masa kes MH17 and MH370. Gigih menahan air mata ni, kang menangis lam ofis. Orang ingat kita stress sebab banyak benda nak setel bila majlis dah dekat. pulak dah.

Dah, kalau yang belum dengar, boleh dengar kat video bawah ni. and iday ada selitkan info dan lirik sekali :)




Lagu ni actually lagu latar untuk filem pendek, Terbang - A Malaysian Story arahan Linus Chung dan Mohd Hisham Saleh ini membawa mesej ‘Terus cekal dan terbang tinggi di langit’. Filem pendek ini dibawakan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sempena hari kemerdekaan ke 57.

I can see the sky
The birds are flying
Clouds are moving by
My heart is light

The moon will be my witness tonight

And my dreams are see myself fly

Terbang

Terbang tinggi 
Walau tanah di kaki
Kan ku cari langit

Terbang

Terbang tinggi awan
Biru menanti
Bersama pelangi

Always thought that I

Could be on my own
But you made me feel alive
And I don't feel alone

The moon will be my witness tonight

Cause in my dreams you and I
We're both fly

Terbang

Terbang tinggi 
Walau tanah di kaki
Kan ku cari langit

Terbang

Terbang tinggi awan
Biru menanti
Bersama pelangi

I can see the sky

Birds are flying




You can follow me here :


Pilihan Baju Nikah - Prada Lace dan Batik

Tuesday, August 19, 2014
Assalamualaikum & Hello !

Lama sangat tak update blog, sebab sekarang busy dengan kerja n busy dengan preparation our big day. Actually banyak lagi benda tak setel, tapi hopefully sempat la. Rindu nak update blog, rindu nak blogwalking semua, dats why la ida harap sangat dapat join open house Nuffnang. hehe

Lucky me that I been chosen to join open house Nuffnang sabtu ni & hopefully Islam dapat ikut. Please Boss islam, jangan bagi dia kerja sabtu tu. huhu

Iday buat IG baru, sebab IG lama tu macam personal sikit. IG sekarang untuk blog. hehe. 

Iday sebenarnya nak story pasal baju nikah iday time wedding nanti, iday dari dulu memang berangan sangat nak pakai kain batik time nikah. Hehe. Lagi2 bila tengok Diana Danielle pakai masa dia nikah dengan Farid Kamil. sumpah cantik baju dia. 


Cantik kannnn. iday takde la buat exactly baju Diana Danielle macam tu sebab iday tak suka beading. Baju just guna pradalace yang iday beli dekat Instagram iaitu @beyounistaa . Kalau korang nak cari lace yang cantik2, memang kena check instagram diorang. 


update : diorang dah tukar ig link, ni yang baru http://instagram.com/jizanlykl




Memang ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan diorang ni, siap ada COD lagi tu. hehe Harga yang ditawarkan pon berpatutan dengan kualiti kain. Iday tak sabar nak tengok baju nikah nanti. Cuma sekarang belum beli tudung & veil & kasut. Hahaha. Banyak lagi tak setel sebenarnya. Doakan supaya semua berjalan lancar okay ! :)


p/s: sape yang pergi Nuffnang Open House, kita jupe sana okay. hehe :)







You can follow me here :


Farah Lee selamat lahirkan anak perempuan

Friday, August 08, 2014
Assalamualaikum & Hello! 

Tadi scroll timeline kat Facebook, and terbaca status Farah Lee yang selamat melahirkan anak perempuan .


2 month lately, ada my few friends dah ada lahirkan anak. Nadia Farahida the blogger pon selamat lahirkan Bunga. hehe. 

kawan-kawan kita yang baru kahwin tu, silalar ikut jejak langkah diorang. Hehe :)



My Blog List