Enter your keyword



Tips Kenalpasti Madu Asli di Wesley's Wild Honey | Cafe dan Pembekal Madu Tualang Asli 100%

Thursday, December 31, 2015
Hi 

Korang pernah dengar Madu Tualang? Madu Tualang ni adalah madu asli hutan. Madu jenis ni bukannya dibuat menggunakan sarang buatan tu. Madu Tualang adalah asli dari sarang lebah di pokok di hutan. Khasiat Madu Tualang sangat tunggi kerana penghasilannya lebih natural dan asli berbanding madu dari lebah ternak. 

Eh, kenapa iday cerita tentang madu ni?

Sebenarnya, baru-baru ini Iday berpeluang untuk mengetahui lebih detail tentang Madu Tualang dan khasiatnya semasa Iday datang ke Wesley's Wild Honey yang terletak di Damansara Utama. Wesley's Wild Honey bukan sahaja membekalkan atau menjual Madu Tualang tetapi tempat ini juga menyediakan makanan dan minuman yang semulajadi sihat dan natural seperti konsep madu itu sendiri iaitu sihat dan asli. 





Paling best, Iday didedahkan bagaimana untuk bezakan madu tiruan dan madu asli. Selama ni kita main makan je, kita tak taw yang mana asli yang mana yang dicampur air gula.

 

Masa mula-mula iday jejak kaki ke Wesley's Wild Honey, Iday ingat iday masuk ke satu galeri yang dipenuhi dengan pelbagai jenis Madu. Kalau nak tahu madu di Wesley's Wild Honey adalah 100% jenis madu yang belum diproses, maksudnya madu asli dan dijual tanpa ada bahan pengawet atau mana-mana bahan campuran. 100% peratus asli okay. Hehehe Kitorang siap buat eksperimen mengenalpasti kualiti madu. Semua ni atas tunjuk ajar owner Wesley's Wild Honey iaitu Mr.Wesley. Hehehe


Ada 2 eksperimen :

1. Madu Asli tidak akan membeku bila diletakkan didalam freezer semalaman. 



Kitorang test dengan beberapa jenis madu yang diletakkan didalam freezer semalaman.



Kalau madu tu tidak asli, dia akan membeku and bila kita nak masukkan sudu, madu tu mengeras. Silap haribulan boleh patah sudu kalau madu tu keras. Hehehe 

Kalau madu asli, tekstur dia tetap sama. Masih pekat dan tak membeku. Tengok gambar madu tualang 100% dekat Wesley's Wild Honey ni.

So, memang sahih madu dekat sini adalah madu asli yang belum diproses. 100% dari hutan. 



2. Madu Asli yang dicampur dengan air mempunyai Sparkling Bubbles atau buih-buih udara.






Cuba check video ni :




Nampak kan buih-buih air dari gelas air yang diisi madu 100% asli yang belum diproses, berbeza dengan madu yang telah diprosess dan bukan 100% asli.

Kalau nak tahu, di Wesley's Wild Honey bukan sahaja membekalkan Madu Tualang 100% Asli tetapi mereka juga menjadikan tempat tu sebagai cafe yang menyediakan makanan yang boleh dimakan bersama madu dan minuman berkhasiat. 

Paling best, Iday dapat minum jus favourite Iday yang memang susah nak dapat kat mana-mana iaitu Jus Markisa ataupon Passion Fruit. Segar sangat dapat minum buah 100%  tanpa bahan perasa. Jus Delima pon ada okay :)




Iday nak share 2 jenis hidangan yang memang Iday suka tiap kali datang ke Wesley's Wild Honey iaitu French Toast dan Waffles. Semua hidangan ni disediakan bersama 1 gelas kecil madu Tualang. Sedap!



Bila nak makan tu, korang boleh curahkan madu diatas toast atau korang boleh cicah je. Iday suka curah banyak-banyak atas toast. Hehehe



Isi luar crispy tapi isi dalam lembut. Lagi sedap di makan dengan madu 100% asli taw! Hehehe Korang boleh share sebab portion boleh tahan besar. Cuma sebab dia sedap, so jangan share okay. Beli je satu2 set seorang. Hahahaha. 




Then, Iday try Wesley's Wild Honey restaurant's signature waffle. Sempat iday curi-curi tengok cara penyediaan. Hehehe



Waffle dan topping Ice Cream Vanilla! :)





Cara best untuk makan waffle ni adalah curahkan madu tadi atas ice cream vanilla ni. Sedapnya!!



Iday suka waffle dekat sini kerana bukan hanya ice cream tetapi diletakkan sekali buah-buahan seperti blueberries, kiwi (my favourite!), strawberry and banana. 




Boleh check menu lain yang ada dekat sini dengan check website Wesley's Wild Honey dekat sini : http://www.wesleyswildhoney.com/#!honey-gallery/bgmcq

Iday sangat recommend dekat korang untuk try waffle di Wesley's Wild Honey ni. Sambil-sambil fikir berapa botol madu korang nak beli, korang boleh try makan hidangan ni bersama madu dekat sini. Konon-konon nak test la.  Hehehehe



Iday memang happy sebab banyak belajar tentang madu di Wesley's Wild Honey ni sambil-sambil boleh rasa signature dish yang popular dekat sini iaitu Fresh Toast dan Waffle ni. Korang patut cuba. Harga pon tak mahal taw! Mana lagi nak rasa madu original dekat KL ni. Hehehehe

Kalau korang nak datang sini, iday ada bagi info dibawah untuk rujukan korang :

19, Jalan SS21 / 56B, Damansara Utama

Tel: +6016 - 220 2535 / +60111 222 7878







Terima kasih team Seeties dan Wesley's Wild Honey for the invitation. Seronok dapat jumpa semua orang and enjoy the food. Next time jumpa lagi okay!! :)


Senarai Pemenang Blogger Contest 1212 : Menang AirAsia Big Points dan Cash RM600

Friday, December 25, 2015
Hi 


Mula-mula Iday nak cakap terima kasih kepada semua peserta yang sudi memeriahkan blogger contest di blog sayaiday.com . Then, Iday nak cakap sorry sebab lama pulak amik masa nak announce nama pemenang. Sekarang Iday dekat kampung, wedding abang ipar. Hahaha Busy kemain lagi. 




Mesti tak sabar nak taw siapa yang menang kan :) 

Iday nak umumkan pemenang hadiah saguhati. 9 orang pemenang and dapat hadiah cash RM50. Seronokkk menang cash! Hehehe

Pemenang untuk saguhati adalah :

www.byrawlins.com

miss-azwarsyuhada.blogspot.my

www.ienaeliena.com

budakbandunglaici.blogspot.my

vitamin-cerdik.com

ayuarjuna.blogspot.my

www.pinkymomma.com

www.lakiterok.com

www.idabaharum.com

Tahniahhhh! :)

Okay, Hadiah Tempat ketiga yang menang RM150 cash pula dimenangi oleh :



http://amirnawawi.com/hari-hari-ke-web-lazada-ada-penunggu-ke-ape/




Hadiah tempat kedua iaitu AirAsia Big Points  sebanyak 10, 000 points dimenangi oleh :




http://lertraveldiary.com/contest/smart-saver-lazada-12-dec.html



dan Hadiah Tempat Pertama iaitu AirAsia Big Points sebanyak 20, 000 points dimenangi oleh!! Drummm Rolll!!!


Amboi seronok! Pemenangnyaaa adalahhhh :


http://www.mawardiyunus.com/2015/12/lazada-buat-hal-lagi-dengan-online.html




Tahniah kepada semua pemenang! Nanti tolong emailkan maklumat berikut ke email iday ye :

Saguhati dan Tempat Ketiga :

Nama Penuh, No telefon, Alamat, Nama Bank, No Akaun

Tempat Kedua dan Pertama pula boleh email iday dan nyatakan anda menang contest. Iday sekarang tunggu reply dari team Partnership Lazada untuk tahu apa maklumat yang diperlukan untuk redeem AirAsia Big Points. Sementara tu, just email ida dulu okay. 

Email iday : sayaiday@gmail.com


Sekali lagi, terima kasih kerana sudi memeriahkan Blogger Contest 1212 di blog Sayaiday.com. Jumpa lagi di next contest! Yang tak menang, jangan marah ye. InsyaAllah ada rezeki akan datang. Hehe :)





Gambar Hanis Zalikha Mengandung 4 Bulan

Saturday, December 19, 2015
 Hi 

Alhamdulillah, Hanis Zalikha mengandung 4 bulan. Patut la muka makin berisi. Sebelum ini, Iday just tahu dari Instagram Hanis Zalikha, tak taw pulak berapa bulan. Then Hairul Azreen update blog and dalam caption mentioned yang Hanis Zalikha mengandung 4 bulan.  Sekarang Hanis Zalikha dekat Mekah bersama Hairul Azreen. 


Caption Hairul Azreen sweet sangat, before ni Hairul datang and doa untuk kahwin dengan Hanis. Kali ni datang bersama Hanis dan doa untuk keselamatan Hanis dan bakal baby. 😊 

Dalam caption tu jugak Hairul mention yang Hanis mengandung 4 bulan.





Sama-sama kita doakan keselamatan Hanis Zalikha ye. Hanis Zalikha kan rapat dengan Lisa Surihani dan Diana Danielle. Masing2 dah ada baby. In future, anak-anak diorang boleh kawan. Hehehe



Ini rezeki Hanis dan Hairul, InsyaAllah akan datang rezeki Iday and Islam pulak. Hehehe doakan 😊

Siapa tak sabar tengok baby Hanis? Hehehe



Fynn Jamal - Suatu Pernah Official Music Video dan Lirik

Friday, December 11, 2015
Hi 



Yeayy, akhirnya official music video Fynn Jamal untuk lagu Suatu Pernah dah keluar. Hehehe Iday sebenarnya tunggu sebab ada Sharifah Amani and Iedil Putra. 



Sekali check rupanya ada Zahiril Adzim and Nadia Nisaa. Diorang semua ni artis seni favourite iday! Hehehe




Kalau nak tahu, music video ni directed by Sharifah Amani. Okay jom layan video music bawah :


the theme is basic.
"kita semua pernah ada suatu yang pernah".
.
sejenis semboyan yang aku rasa kita semua sering dan selalu kata. kita mangsa. kita dimangsa.
.
persoalannya:
pernahkah kita melihat di suatu persepektif yang lain pula-- yang kita juga pernah menjadi suatu yang pernah kepada orang lain jua?
.
some hurt others after they were hurt. some hurt because they dont want to be hurt. some hurt first. some later.
.
at one point--
kita semua pernah pentingkan diri kita sendiri.
.
kita semua--
adalah sejenis suatu pernah untuk siapa kita hari ini.

-fynn jamal-


Lirik Lagu Suatu Pernah - Fynn Jamal

habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

verse 2
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

chorus
terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.



verse 3
takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.

(repeat chorus)

bridge

pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu—
pernah.


Ingat taw, ni cara penyampaian puisi,nyanyian puisi. Dari dulu ramai yang kata fynn jamal tak pandai nyanyi, suara tak sedap. so nak ingatkan, dia menyampaikan puisi. Hehehe :)

Cerita tentang video, betul cakap fynn, kita adalah sejenis suatu pernah untuk siapa kita hari ini. Kita pernah kecewa, kita pernah menyakiti, kita pernah sakit, tapi kita teruskan hidup and jadi apa yang kita jadi sekarang. gilaaa la , dah lama tak layan puisi camni. hahahah

mau gelak islam baca ni. 

eh, tapi ending video ni, nape nad gelak? diorang back together ke. Hahaha

kbye. 


Produk Halal Pertama Safi untuk Lelaki | Safi Men

Thursday, December 10, 2015
Hi 

Untuk pengetahuan korang, Iday and Islam dah kahwin lebih setahun dah, dah nak masuk dua tahun dah. Pejam celik pejam celik kejap je kan. Kalau nak tahu, salah satu ciri-ciri lelaki idaman yang iday suka ada dekat Islam iaitu Iday nak lelaki yang pandai menjaga penampilan diri. 

Islam sangat cerewet dengan penjagaan gigi dan wajah dia. Seriussss! Lagi-lagi gigi tu. Sampai gigi iday dia nak complain and jaga sekali. Kalau muka pula, Islam ni memang selalu la dengan mask, dengan besi yang white head removal tu and macam-macam lagi. 

So, bila Safi ajak Iday and Islam ke pelancaran kali pertama produk lelaki mereka iaitu Safi Men, Islam excited nak cuba. Sebelum ni dia selalu curi-curi guna produk pencuci Safi iday, now dia dah boleh pakai produk Safi khas untuk lelaki. Hehehe


Pelancaran Safi Men diadakan di Glasshouse, Seputih. Masa mula-mula Iday masuk, Iday kagum dengan dekorasi ala-ala lelaki, konsep yang memang kena dengan produk Safi Men ni. Then Iday nampak banyak pokok kaktus. Baru iday tahu, yang bahan yang digunakan dalam Safi Men ni adalah kaktus. 



Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan Mr Siram Krishnamurthy iaitu Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd. Menurut beliau, Safi Men adalah produk pencuci muka halal untuk kaum lelaki dan mengandungi formula baru H2O Cool Caktus yang bukan sahaja melindungi kulit wajah malah memberikan kesegaran berpanjangan agar kekal aktf dan fokus sepanjang hari. 





Terdapat 3 jenis pembersih muka Safi Men iaitu :

1. Safi Men Dynamic White

+ Direka khas untuk masalah kulit kusam dengan mengurangkan penghasilan melanin yang menjadi penyebab utama kulit kusam. 



2. Safi Men Acne Buster

+ Islam kan kadang-kadang buat part time Photographer, so selalu buat kerja luar. Kadang-kadang kulit terdedah dengan habuk dan kotoran. Safi Men Acne Buster ni actually mengecilkan pori so habuk dan kotoran ni takkan tersumbat dekat kulit muka. Acne pon tak melekat sebab muka bersih. 



3. Safi Men Oil Control Clay

+ Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.  Combination H2O Cool Cactus dan Kaolin mengawal pengeluaran minyak dan memberi kesegaran pada kulit wajah. Kulit berminyak pon tak elok taw sebab boleh menyebabkan jerawat singgah dekat muka. 




So, nanti kalau nak beli pencuci wajah Safi Men, boleh beli ikut kesesuaian atau jenis masalah kulit muka. Nak beli tiga-tiga sekali pon boleh. Hehehe

Cuba teka siapa duta untuk Safi Men?

Fattah Amin! Memang calon yang sesuai sebab kalau tengok cara Fattah Amin, beliau adalah seorang lelaki yang mementingkan penampilan diri dan penjagaan kulit muka. Yela, nak berlakon kena nampak hensem, baru confident nak lakonkan watak. Hehehehe




Upacara memecahkan ais ukiran kaktus adalah pelancaran produk Safi Men. Seronok tengok diorang ketuk-ketuk ais ni. Hehehe



Tahniah Safi atas pelancaran produk lelaki pertama iaitu Safi Men!



Tinggi rupanya Fattah Amin ni. Hehehe Berdiri sebelah rasa kecik pulaaaa. hehehehe 


Terima kasih kepada Hasif kerana jemput kami ke pelancaran Safi Men. Islam la paling seronok sebab dia dapat 2 set pembersih wajah Safi Men. Hahahaha


Cantik tempat ni, Islam seronok lantas mengeluarkan Ray Ban nya. ceh.


Islam memang dah start pakai Safi Men ni and dia suka. Siap offer kat iday banyak kali. Hahaha Yelah, dia la yang sorang ada pencuci muka Safi Men. I bet his laughing like this on his mind. Hahahaha


Korang boleh dapatkan produk Safi Men di outlet terpilih seperti farmasi dan Guardian. Tadi iday ada check online store Guardian, korang boleh dapatkan Safi Men 100g dengan harga RM11.12. Super cheap okay! 

Untuk maklumat lanjut, boleh follow facebook diorang disini : Safi Malaysia




Thanks Safi Men! Siap bagi cactus comel :)



Others Post


Follow My Instagram

Blog Archive