Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

26 Malaysia Best Blog 2015


Target iday 2015 ialah nak aktif blogwalking, aktif comment & aktif berkenalan dengan blogger. Iday dah menulis blog dari tahun 2010 tapi iday tak ramai kawan blogger sebab hidup dalam dunia sendiri je. 



So, sekarang iday nak senaraikan 26 Malaysia Best Blog 2015, 26 blog ni adalah blog kegemaran iday sejak dulu dan iday rasa ni adalah Malaysia Best Blog 2015 pilihan hati iday. Hehehehe



Ada blog yang iday jadi silent reader & ada jugak blog yang iday aktif komen. Iday akan baca blog-blog ni jika diorang ada update cerita baru. Kadang-kadang iday tinggalkan komen, kadang-kadang iday share. Hehehehe

Jom tengok list 26 Malaysia Best Blog 2015 :

1. Average Jane - haniehidayah.blogspot.com

Percaya tak kalau iday cakap iday dah khatam blog Hanie 3 kali. Hahahaha. Serius iday suka baca blog hanie sebab gaya penulisan santai serta banyak benda baru yang Hanie share especially kisah travel Hanie. Iday baca blog Hanie dari zaman single sampai zaman kahwin. Hehehe

>> Link Blog/Website


2. Maria Elena - peliks.blogspot.com

Iday rasa semua orang taw blog Maria Elena, dia start popular masa dia buat video hijab tutorial yang sempoi habis tu. Lepas tu, terus follow blog dia. Then terkejut sebab dia kahwin dengan abang Fatin Liyana, blogger cantik.



3. Namee Roslan - nameeroslan.blogspot.com

Iday suka baca blog namee sebab gaya tulis namee seronok dibaca, dia tahu apa pembaca suka. Namee pandai pakai title blogpost yang menarik, buat orang tertarik nak baca blog Namee. Dulu jadi pembaca senyap-senyap, bila jumpa tetiba rapat sebab namee buat orang selesa dengan dia. Blogger cantik tapi sempoi.



4. Hasrul Hassan - hasrulhassan.com

Kalau nak tahu tips blogger, tip seo memang blog ni la paling best. Blogger yang tak kedekut ilmu. Lagi satu info-info terbaru cepat je publish dekat Hasrul Hassan. Dia terer naikan keyword position untuk blog dia. Blogger baru boleh tengok blog Hasrul Hassan kalau nak tahu lebih banyak tentang blog dan SEO.



5. RedMummy - redmummy.com

Dulu masa mula-mula tahu pasal redmummy, banyak benda buruk yang orang cakap pasal red mummy, dekat blog la semua. Cakap redmummy sombong la , diva la. tapi bila jumpa masa buat 1 campaign sama-sama under nuffnang, seronok sembang. Lagi-lagi dia banyak sembang dengan Islam. Ingat masa Nuffnang raya, Kak Red tanya Islam, mana girlfriend? Padahal kita kat sebelah. Hahahaha



6. Mohd Fakhrul Islam - akumohdfakhrulislam.blogspot.com

Haruslah blog suami jadi list Malaysia Best Blog 2015 di hatiku. Haha. Iday suka blog islam sebab blog penuh gambar and gambar cantik. PUJI SUAMI. hahaha Tapi mamat ni jarang sangat update blog dia. ish!



7. Adlil Rajiah - saatakukaupilih.blogspot.com

Iday suka cara Adlil menulis, memang sampai kat hati. Kadang-kadang orang cakap the best post or blog post yang cantik kalau ada banyak gambar. Tapi kalau Adlil ada certain post, yang dia tulis panjang dengan gambar seketul dua je tapi ramai suka baca. artikel yang ada soul orang cakap. Hehehe lagipon Adlil pon ada share banyak tentang parenting.



8. Ayue Idris - mii-and-himm.blogspot.com

Mana boleh tak letak makcik ni dalam list, nanti dia xnak ajak kita pergi event dah. Hehehe ni kawan blogger yang selalu jugak lepak sama-sama. kawan blogger yang aktif sembang kat Whatsapp. Hehehehe kawan blogger yang tak sombong. Orang cakap, bukan sekadar mesra kat sosial media, tapi mesra depan-depan jugak. Hehehehe penat eh, angkat bakul si Ayu ni. Hahahaha



9. Mek Onie - letopkeypad.blogspot.com

Eh, rindu pulak kat dia ni. Ida pon suka baca blog mek onie ni, macam-macam la dia cerita. Kelakar pon ada dengan ayat sempoi. Pernah featured dekat Nuffnang Friday and menang contest untuk blog post terbaik. Orang kecil, tapi berjiwa besar. :)



10. BBL - BudakBandungLaici.blogspot.com

Ni antara blogger laki yang pernah aku jumpa,sembang and lepak. Paling gigih & paling bersungguh kalau buat task or advertorial post. BBL juga banyak post tentang drama-drama kat Malaysia ni, kalau sesiapa terlepas tengok drama-drama melayu best, boleh usha blog BBL.



11. Alvynna Joanna - www.missalvy.com

Iday suka baca blog Alvynna, sebab gambar cantik and cara dia buat review or tulis something tarik minat pembaca. Hari tu pernah sekali ter buka blog dia, then terscroll terklik semua artikel dia yang lama-lama. Hahahaha. Then, Alvynna ada buat video #ootd yang dia pakai. Kreatif sangat, n dia cantik. Hehehe :)

>> Link Blog/Website

12. Sabby Prue - sabbyprue.blogspot.com

Blogger comel, iday kenal sabby dari campaign Perl Xlim, suka tengok cara penampilan sabby selain dari make up cantik. Sabby tunang pon, makeup sendiri. Iday rasa kalau bab-bab review beauty product ni boleh bagi kat Sabby, memang power. Dia akan explain detail tentang product and ada testimonial jujur. Buat orang tertarik nak beli product tu.

>> Link Blog/Website

13. Budak Vanilla - budaksukavanilla.blogspot.com

Biasanya, first sekali kita masuk blog, kita akan tengok template. Ida suka betul template blog Budak Vanilla , plain, simple tapi cantik. Iday pon selalu ikut update blog Budak Vanilla sebab gaya tulis dia best. Tu yang campak dia dekat Favorite Blogger List #1. Hahaha

14. Nadratul Syazwana - nad-lifeisfun.blogspot.com
First time jupa nad masa event mamee. Partner jalan-jalan masa event tu. Nad ni comel la. Heheheeh. Nad rajin update blog. Genre blog dia, dia update semua. Dari movie review,event sampai product review. Blogger muda ni, Cantik tapi tak available. eh hehe :p

>> Link Blog/Website


15. Broframestone - broframestone.com

Sesiapa tak kenal Bro kan, Bro banyak bantu blogger, invite pergi event, invite pergi tengok movie, mesra. Tak lokek dengan senyuman. Ni antara blogger senior yang tak lokek ilmu. Iday suka lepak blog Bro sebab tak sarat. Blog simple dan kemas. Bro pon pernah komen pasal blog iday, dia cakap cepat2 pakai domain. heeheh. Insya Allah Bro :)

>>Link Blog/Website

16. Faridah Nor - perempuanjomblo.blogspot.com

Iday jadi silent reader kat blog ni. tak pernah tinggal jejak komen. Iday cuma boleh cakap dia manusia tabah dan dia menulis dari hati. Cara dia tulis, macam ilmiah or nasihat.  Anak-anak dia comel! Hehehe.

>>Link Blog/Website

17. Blog Coklateyes by Innanie - www.coklateyes.my

Innanie, blog cantik simple. Gaya tulis mantap. Kalau ada gambar, gambar cantik. Selalu main komen-komen dengan dia kat Instagram . Tak pernah berdepan & sembang. Hehehe Insya Allah, ada jodoh jumpa. 

>>Link Blog/Website

18. Syahira  Zakaria - www.stylebysya.com

Aku rasa aku ni suka baca blog yang jenis simple2. Sama la macam blog Syahira. Syahira gunakan bahasa English sebagai bahasa dalam blog dia. Sekarang Syahira banyak update tentang wedding dia. Serius sesuai untuk orang yang plan nak kahwin sebab ada tip2 and idea untuk korang punya wedding nanti. Dan Syahira ni jenis hijabista, ada tutorial tudung then banyak travel. Entry travel dia best dengan gambar cantik :)


19. Sue - susuegoodday.blogspot.com

Aduh, macam banyak pulak Malaysia Best Blog 2015 dihati iday ni. Hahaha. sebab aku rasa blog-blog ni semua bagus especially blog sue. Blog yang penuh gambar ni selalu jadi tarikan especially kalau gambar cantik meletop. gituuuuu. Sekali lepak blog sue, mesti jadi lama sebab usha entry lama-lama. Hahaha

>>Link Blog/Website

20. Obsesiku - fanacheksaat.blogspot.com

Blog Fana! mana boleh tinggal. Blogger cantik manis. Fana selalu update blog dengan pelbagai informasi dengan product review,event review dan news. Kenal fana masa perl xlim, pastu fana ajak pergi avon beauty & movie dengan broframestone. Thanks Fana. 



21. Johan Danial - www.microscopasia.com

Hi Johan Danial! Ida suka follow blog danial especially kalau nak taw tempat makan best or tempat lepak best kat Malaysia. Kawan blogger masa kerja lama. Then Johan bawak iday makan makanan vietnam halal. Best gile! Lain kali kalau ada tempat best bawak lagi. Johan pandai masak, terer masak. Dia pon ada share resepi dalam blog dia.

>>Link Blog/Website

22. Khairul Izwan - kairulizwan.com

Sama la macam Johan Danial, kenal masa company lama. Kalau nak taw, banyak-banyak blog travel kat Malaysia ni. Ramai mana yang dwibahasa kan entry blog dia? Tengok blog khairul Izwan ni, ada malay & english. Haha. Gigih betul. Diorang berdua ni menulis sebab passion. semua tempat yang diorang pergi memang sendiri nak pergi dan buat review. Lain kali ajak! hahaha

>>Link Blog/Website

23. Nadia Farahida - www.nadiafarahida.com

Nadia, kawan 1 sekolah dulu. Dia ni kalau kita kenal depan-depan memang bercakap je. ada je topik yang dia nak cerita. So, bila dia start blog. dia akan cerita apa yang jadi dalam hidup dia. dari cerita pasal resepi then cerita pasal dia travel. Dia kawen dengan shafiq 4 tahun then baru dapat si comel bunga. Hehehe Macam-macam cerita dalam blog Nadia.

>>Link Blog/Website

24. Ruby - ruby.com

Tak pernah jumpa ruby depan-depan, tapi selalu singgah baca blog ruby. Orangnya asyik dengan senyuman manis. Blog dia simple, tapi padat. Ni antara blogger yang banyak join event dan banyak kali jadi jemputan media. Rasanya semua blogger kenal kak Ruby. Blog kak ruby banyak pasal perenting dan lifestyle.

>>Link Blog/Website


25. Shea Rasol - www.myamethyst-shea.com

Siapa yang followe shea punya blog or instagram mesti tertanya-tanya, siapalah photographer Shea sebab gambar dia semua cantik-cantik. Iday suka tengok Shea punya style, memang sesuai sangat tittle Hijabista dekat Shea. Baju -baju yang dia pakai semua cantik dan ida suka gaya tudung shea. Shea juga ada share tentang tempat-tempat menarik bila dia travel.

>>Link Blog/Website

26. Oh Duit 

Oh Duit adalah penganjur contest SEO ini. Penulis Oh Duit adalah Khirol Hazwan dan mula berblog sejak tahun 2009. Pelbagai info boleh didapati di blog Oh Duit. Kalau korang nak check article dalam blog Oh Duit, boleh check Site Map. Iday macam biasa suka blog yang simple tapi menarik macam blog Oh Duit. Tak sarat dengan iklan . Hehehe :)

>>Link Blog/Website

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Actually artikel ni ditulis untuk jadi peserta contest SEO Malaysia Best Blog 2015 anjuran blog Oh Duit. Iday join sekadar suka-suka, lagi pon seronok dapat senaraikan blog yang iday rasa terbaik pada pandangan iday. 

Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.



So, jom kita meriahkan Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 ni! :)


28 comments:

  1. Saya terima penyertaan anda :)

    ReplyDelete
  2. daaaa, amagaddddd (-_-') terharunyaaa hahahaa :p tapi daaa aku dengan muu je ckp xbenti2. dengan org lain aku sopannn daaa :p muahahahaha

    ReplyDelete
  3. Iday da lama tak singgah blog kita. #sentap. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya allah , boleh pulak tertinggal blog dia ni!! hahahaha. nanti iday buat review blog errrr :)

      Delete
  4. IDAY SAJA KAN NAK KASI ORANG TERHARU 7 HARI 7 MALAM TAK HENTI?MAKASIH IDAY ..LOVE U SOM MUCH! FIRST TIME KITA JUMPA KAT EVENT PERL XLIM,HEHE ;D

    ReplyDelete
  5. Eh! Eh! Kita adalah. Terima masih. Aku pun selalu terhibur baca blog Iday yg sangat be yourself

    ReplyDelete
  6. Alaaaa, terharunya ida buat cemni. Sayang ida sangatttt! Let's meet one day okay. Muahhh! 💋

    ReplyDelete
  7. ida sygggg..hehe..penuh bakul da ni..sape nk angkat? hahahah..i lav u lahhh #muahciked

    ReplyDelete
  8. pilihan yang menarik

    moga berjaya

    ReplyDelete
  9. eh blog kita pun ada. maceh2. .kita pun suka blog nie. template simple suci dan cantik je mata memandang. .gambar2 pun cantekkk. . :D

    ReplyDelete
  10. Wow ramainya sampai 26 :).. Kalau saya cari 10 pun sangat susah hehe.. Btw Good luck :)

    ReplyDelete
  11. yeay terima kasih masukkan dalam list.. haha terlajak gigih masalahnya

    ReplyDelete
  12. Terima kasih. hehehee. Ruby pun join juga. Saje-saje cuba. Selamat berjaya dari ruby.my. :)

    ReplyDelete
  13. url blog akak ruby.my ler. hahaha.

    ReplyDelete
  14. banyak nauuu
    selamat berjaya.. hehe saya pun join.. try test cuba :D

    ReplyDelete
  15. Wah! lebih 10 lagi... hebatnya. All the best ok

    ReplyDelete
  16. Singgah sini dari segmen sama

    https://www.bajusweetmuslimah.tk/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html


    https://www.blogahbar.tk/p/perancangan-kewangan.html

    https://www.lenovomurah.tk/

    Jemput singgah2 ye.. Dan subcribe utk promosi terbaru kami :)

    ReplyDelete
  17. Banyak gak blog 'baru' yang tidak pernah saya jejaki... terima kasih buat entri yang cukup banyak pilihan Malaysia best blog untuk tahun 2015 ni.

    Terima kasih juga sebb letakkan blog hasrulhassan.com dalam senarai ini.

    All the best ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Bro Hasrul Hassan sebab singgah. hehe

      Memang kena letak, sebab blog rujukan untuk berblog. Cikgu duniaa blog. Hehehe :)

      Delete
  18. Semoga sukses untuk kontes Malaysia Best Blog 2015 ini ya. Semua blog yang tersenarai memang mereka yang banyak berusaha dalam bidang ini.

    ReplyDelete
  19. Datang menjenguk
    Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
    Malaysia Best Blog 2015

    ReplyDelete
  20. Hhahaha oops malu nya trima kasih iday, terharu sangat tengok post ni hehe

    ReplyDelete
  21. Iday!!

    Aku punya domain dah expired tak boleh renew...

    Boleh tak mintak tlg tuka link ke http://kakijalans.com?

    Thanks iday!!!

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List