Enter your keyword

Jom Bantu Mangsa Banjir 2014 #misibantuanbanjir

Iday ada baca info banjir melalui Astro Awani dan news portal yang lain, mangsa banjir mula kembali ke rumah masing-masing setelah banjir surut. Masa ni mereka sekali lagi diuji dengan keadaan rumah yang kotor dengan lumpur dan banyak barang rosak. 


Nampaknya banjir 2014 kali ni lebih teruk dari tahun sebelumnya. Lagi-lagi bila melibatkan keluarga dan kawan-kawan sendiri. 

Before ni iday ada share, boleh join misi bantuan banjir Nadia Farahida. Tapi kali ini iday nak share misi bantuan banjir dari Lazada Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang diberi nama Campaign Flood Relief Drive




Macam mana konsep Flood Relief Drive ni?
  1. Semua barang keperluan untuk mangsa banjir dijual dengan separuh harga. Separuh harga ditanggung sepenuhnya oleh pihak Lazada. 

  2. Barang yang dibeli akan diberi kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk dikumpulkan dan diderma kepada mangsa banjir. 

  3. Pembeli akan mendapat confirmation email tentang barang yang dibeli.

  4. Lazada Malaysia akan berkongsi hasil derma kepada umum setelah campaign berakhir. 
Konsep ni lebih kurang macam kita shopping online dan barang terus dihantar ke badan tertentu untuk pengagihan kepada mangsa banjir. 

Sebagai contoh :



Milo tin 1.5kg , harga pasaran RM 39.10, Beli dan derma di Lazada Malaysia hanya  RM19.60. Lazada bayar sebahagian dari harga milo iaitu RM19.50

Klik sini untuk derma Milo kepada mangsa banjir : Milo Activ- Go tin 1.5kg

Juga terdapat pelbagai barangan lain dari Nestle Malaysia





Barang keperluan lain yang boleh diderma termasuklah alat untuk membersihkan rumah terutama kepada mangsa banjir yang ingin menggunakannya untuk membersihakan kawasan rumah dari lumpur. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Klik sini untuk derma :Alatan pembersihan




Tiada minimum purcase, contohnya akaunn korang dah berbaki RM7 je. tapi nak tolong derma, boleh purchase Nestum yang berharga RM5.50. Tu pon dah dikira sumbangan. Ni contoh. Shipping Fee pon takde.


Untuk check barangan lain, boleh ke website Lazada Malaysia dengan klik link dibawah :



Harap apa yang kita usahakan dengan menderma kepada mereka ini dapat menolong mereka yang memerlukan. Kesian bila baca ada yang menderma dengan cara tidak berhemah, beri baju-baju lama, yang koyak, baju yang tidak perlu seperti seluar dalam, baju dalam. 

Semoga mangsa banjir di pantai timur tabah menghadapi saat-saat sukar ni, ramai rakyat Malaysia prihatin dan menjadi sukarela. 

p/s: yang penting kita ikhlas, niat kita baik. 






1 comment:

  1. Terima kasih buat blogger Sayaiday. Baru sempat buat winning entry http://merlynhasshim.blogspot.com/2015/01/winning-shopping-rm1212-di-lazada.html

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List