Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Kenapa aku tak suka Mad Market Season 3?

Hahahaha,



Mula-mula aku tahu, pengacara baru yang bersama dengan Elfira Loy untuk host Mad Market Season 3 adalah Hanie Hidayah. Aku happy for her sebab korang yang duk baca blog aku ni sure tahu yang Hanie Hidayah ni adalah my most favorite blogger. Iday pernah tulis artikel pasal Hanie Hidayah and dia suka :)



Ni lagi tweet dari Hanie, Hehehe rajin dia layan aku yang senget ni :p



Then, aku memang selalu follow Mad Market dari episode 1 kat TV9 dan siap tengok dekat tonton lagi.

Tapi lama-lama aku tak suka Mad Market Season 3. Huhuhu. Ni sebab dia :

1. Aku tak suka Elfira Loy rapat sangat dengan Hanie Hidayah.

Hahaha. aku ni memang dari dulu ada isu, aku tak suka orang yang aku minat or suka ada kawan rapat. Senget, tapi tu lah aku. Dari dulu kalau Instagram Hanie, jarang dia update dengan orang sama, i mean kawan yang sama. mesti lain-lain. then aku tak kisah sangat. Tapi sekarang, asyik-asyik Elfira Loy. Sedih kita. Hahaha. Tapi aku bukan psycho er, nak pergi attack Elfira Loy tu ke. No no no. Ala cuma jeles sikit je. sebab dia boleh rapat-rapat dengan Hanie. Hahahahaha

2. Aku tak suka bila orang dah start kenal & minat Hanie. 
Hahahaha. ni lagi senget.  Konsep dia macam ni. contohnya kau ada suka satu lagu ni, maknanya kawan-kawan kau tak tahu. Tapi tetiba diorang tahu then asyik nyanyi. Korang macam padahal aku dulu jumpa lagu ni. Kah Kah :p

So, aku perasan, sejak Hanie join Mad Market Season 3 ni, ramai suka Hanie, follow instagram Hanie and cakap dia peminat no 1 Hanie. pukul kang! Hahahaha

contohnya ayat macam ni :


honestly i xkenal pon u.. but since i watching u on tv.. madmarket.. for the 1st time.. episod bpa ntah..tp kat siam lau xclap.. i trus jadi mnat u.. i rasa u sempoi mempoii baq unk...

Ish, sibuk minat Hanie. Hahaha


So, dua sebab ni je aku tak suka Mad Market Season 3. Hahahaha. Tapi Mad Market Season 3 ni memang awesome! Sebab Elfira Loy kelakar & Hanie Hidayah ada. Hanie Hidayah bessssst! So, jangan lupa saksikan Mad Market musim ke-3 di TV9! :)




p/s : aku bukan peminat gila okay. Nanti Hanie Hidayah takut kat aku pulak. 2 selebriti yang aku nak jumpa sangat , Yuna & Hanie Hidayah :)

16 comments:

  1. onie minat gila dengan El ! umur baru berapa tapi dah pandai cari duit sendiri :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan, dah beli rumah sendiri dengan hasil duit dia berlakon semua ni. Untung ada bakat senang buat duit. Hehehe

      Delete
  2. Hahahaha comel je Iday ni ! Babap nak tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak Nak Nak. Hahahahah, gedik nak jeles2 pulak kan. Haha

      Delete
  3. hahahaha...bila baca cam same jek gan kita...kita pon tak suka klu blogger terlalu famous amous sangat...nnt da lupa nak update blog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahh. macam Hanis Zalikha. Dah jadi pelakon , dah tak aktif blog dah.. Hehehee

      Delete
  4. oi..gila eh? hahhaha..senget makcik ni..dulu penah tgk mad market ni masa season 1 je..tau2 da season 3? hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu punya mad market tak layan sangat. Sekarang layan pon sebab ada hanie hidayah. hehehe

      Delete
  5. haha dulu la sempat tengok mad market tapi sejak hanis tak handle dah jarang tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe. pilih Hanis la ni. Yang Hanie pon best jugak. Lagi-lagi dia ni memang kaki travel. hehe

      Delete
  6. hahaha,,sebab tue je..cemburu ke apa tue

    ReplyDelete
  7. ehh cenggitu eh iday? hehe. ana ni x minat lak tgk mad market ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Biasalah ana, gedik je ni. Iday kalau terlepas kat tv9, ida akan tengok kat tonton jugak.hehe

      Delete
  8. Alamak kite x kenal pulak hanie hidayah eheheh. Pastu kita kurang berkenan dgn El, dia trying to get attention sikit. Kita suka erin malek. hahahah tetiba kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe. Ramai juga yang tak kenal Hanie, tapi bila dia masuk mad market tu, macam ramai baru nak start nak kenal dia. Ida follow dia pon sebab suka baca blog dia kalau dia share pasal travel. Gambar-gambar kat blog dia cantik. heheheeh

      Delete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List