Enter your keyword

LG Pocket Photo Printer Review


Hi, kali ni iday nak buat review tentang 1 gadget , sesuai untuk sesiapa yang suka instant photo. Iday memang dari dulu suka gambar-gambar macam ni supaya iday boleh tampal-tampal dekat dinding, wall decoration gitu. Hehehe

Korang mesti pernah tahu tentang instant camera macam fujifilm semua tu kan. Iday pulak tak suka camera jenis camtu sebab dia macam try & error punya product. Maksudnya kau snap gambar, kalau gambar tu buruk , so dah bazir 1 paper. Hahaha

So, iday suka LG Pocket Photo Printer sebab korang boleh edit and print instant photo bila-bila masa korang nak. Then just amik gambar melalui phone and install app LG Pocket Photo then print. Simple as that. 

Contohnya masa pergi Melaka hari tu, iday tanya islam :

Iday : B, nak bawa tak LG Pocket Photo Printer ni?

Islam : Buat apa, balik Melaka nanti la print. 

Iday : Aah kan, heheheheeh

So, tak perlu nak beratkan bag, bawa gadget tu, tinggal je dekat rumah, then balik dari tempat bercuti baru gigih print. Hehehehe Tapi sebenarnya, LG Pocket Photo ni bukan berat dan besar, kecil dan ringan je. Macam besar power bank. 

Okay, meh nak explain sikit tentang produk ni. 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Reben pon ada lagi, actually ni hantaran kahwin iday hari tu. Memang saja buat hantaran kahwin sebab nak pakai. Hehehe


Nampak tak simbol NFC? Maknanya, LG Pocket Photo Printer ni ada connection NFC dan Bluetooth. Kalau NFC, korang on je NFC dalam phone, then letak atas printer ni then print. Kalau taknak pakai NFC, pakai Bluetooth pon boleh. 

Perasan tak corak pada LG Pocket Photo Printer ni? ❤ hehehe


Ada 1 button on/off kat tepi , just tekan and hold 4 second, nanti lampu putih akan menyala. 


Nanti korang akan masukkan zink paper tu kat sini. Jangan risau, ada buku instruction macam mana nak masukkan zink paper ni. Hehehe


Nanti, gambar yang siap print tu akan keluar dekat sini. abaikan kucing yang melilau and sibuk nak interframe dalam gambar ni. Hahaha


Paling penting! Kena install app LG Photo Pocket ni. Dari App tu la korang akan print gambar, siap boleh filter, tambah text, tambah icon semua. Hehehe Bila dah touch up semua, baru lah boleh print. 



Masa print tu la excited sebab nampak gambar tu keluar macam mana, hahaha. Kagum kejap. 



Tadaaaaa, dah siap pon, seronok bila print-print macam ni sebab boleh pegang, boleh buat kenangan, boleh bagi kawan-kawan. Kalau setakat simpan dalam phone je tak best. hehehe


Iday pon dah print banyak & dah tampal banyak dekat dinding kat rumah iday. Start dari before kahwin sampai la gambar sepanjang tempoh kahwin ni. Boleh la tengok muka dari muda jadi nampak tu. Kenangan yang boleh tunjuk dekta anak cucu. gituuuuu. Hahaha



Kat mana nak beli?

Actually kat kedai camera ada jual, masa beli hari tu harga almost RM400. tapi kat Lazada Malaysia pon ada, korang boleh check link bawah ni :


Selalunya iday beli zink paper tu dekat Lazada Malaysia sebab malas nak pergi kedai. hahaha. Biasanya beli banyak, so dapat diskaun. 

Kalau nak buat hiasan wedding pon boleh, macam iday buat masa wedding hari tu, hias tempat guest book. hehehe


p/s : jom join blogger contest. Hadiah sehingga RM1350. Boleh klik link ni : Jom Aktifkan Mykad




7 comments:

  1. Replies
    1. Halim, ink dia dah ada dekat paper. nama dia zink paper. sama konsep macam instant camera tu, ink dekat paper. hehehe

      Delete
  2. Macam best je ni..buat hadiah kat orang pun ok

    ReplyDelete
  3. Sis, nk tye slalu zink paper tu hrge brpe 1 kotak? Ade brpe keping?

    ReplyDelete
  4. Sis, nk tye slalu zink paper tu hrge brpe 1 kotak? Ade brpe keping?

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List