Enter your keyword

Pengalaman Suami Kahwin Lagi Satu




Serius, aku tak sangka sebenarnya aku boleh kena macam ni. Sakit hati tu macam real & buat aku kagum pada mereka yang berkongsi kasih sayang sang suami. Kental betul hati diorang, sedangkan aku mimpi pon dah meraung-raung menangis. 

Iday : B, sampai hati awak. HUHUHUHU


Islam : Mimpi je la baby, janganla amik serius. dah2 nangis. 


Hahahaha, drama pagi-pagi. 


Mimpi tu memang macam real, dari mula Islam cakap nak kahwin lagi satu, then aku izinkan. Aku pon tak taw kenapa tetiba dalam mimpi tu jadi baik macam tu. Lepas tu aku tengok diorang akad nikah, malam pertama diorang aku nangis-nangis dekat rumah. 

and yes, madu aku tu gedik. 

tapi Islam tetap sayang aku lebih, gituuuu mimpi dia. 

dalam mimpi aku tu, siap ada part aku menangis sorang-sorang dalam bilik. Meraung atas sejadah. Aku nangis and macam tertanya-tanya kenapa Islam sampai hati duakan aku camtu. Teruk aku nangis dalam mimpi tu. Perit tu memang macam real sangat. 

Sakit hati bila kau nampak kemesraan kau punya husband dengan perempuan lain. Serius mimpi macam real. 

Depan Islam, aku buat-buat happy, aku buat-buat kuat, aku buat-buat aku terima apa yang Islam buat kat aku. 

Aku pon lupa time bila aku sedar dari mimpi tu, tapi aku tengok sebelah. Islam tengah main COC. Masa tu aku rasa lega sangat, sebab aku sedar tu mimpi. 

Lepas tu nangis-nangis, penat Islam nak pujuk. padahal mimpi je. 


tapi sebenarnya aku rasa mimpi ni bagus sebab buat aku sedar & usaha untuk jaga rumah tangga kitorang ni. siapa tak sayang suami cik kak oi. 

Aku pon ada mention dalam artikel sebelum ni, tanggapan salah suami/isteri lepas kahwin. Hidup kau akan berubah selepas kahwin, apa yang kau buat sepanjang hari-hari sebagai suami/isteri ni bagi kesan pada perkahwinan korang. 

Aku ada baca 1 tips dari Datuk Siti Nur Bahyah,

Kunci kebahagian rumah tangga yang sebenar adalah dekatkan diri dengan Allah. Sentiasa doa dekat Dia supaya rumah tangga kita terjaga. Ada satu potongan ayat tu boleh kita amalkan dalam doa/solat iaitu surah al-imran ayat 31. 

p/s : sekali lagu aku kagum pada mereka yang hidup bermadu, tapi takpe banyak ganjaran besar yang Allah janjikan untuk mereka. 




5 comments:

  1. Wanita-wanita tabah je sanggup bermadu ni kan. . Takut plak nk kawin pas baca ni.hehe

    ReplyDelete
  2. huh...nasib baik mimpi...adoi la...serammmmmm

    ReplyDelete
  3. Samalah macm nad..mimpi suami kawin lain..T-T

    ReplyDelete
  4. TT____TT yg kak ida gi mimpi tu nape hhehehee dah dah tu mimpi je qila doakan ull be happily forver after with ur beloved ones hehe

    ReplyDelete
  5. ramai yg tidak sanggup tapi terpaksa....

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List