Pengalaman Mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati

Thursday, February 26, 2015
Bila iday daki Bukit Tabur ni? Hahahaha Actually ni masa tahun 2013, masa kerja dengan Virtual Malaysia. Dulu masa kerja Virtual Malaysia ni memang kerja berjalan je. Rindu pulak. Tapi memang best la, keluar semua peluh. Thanks to Kak Ida sebab ajak , Islam pon ikut time ni. 


Sebenarnya, trail dekat bukit tabur ni bukan senang taw, macam kau takleh nak gelak2 sangat or main-main sangat sebab banyak kes jatuh dekat Bukit Tabur ni. Masa ida pergi ni, Alhamdulillah takde pape jadi cuma semput sebab nak panjat batu-batu ni boleh tahan penat jugak. Siap nak kena lompat semua. Huishhh, mencabar betul.


Cara Mudah Periksa Kedudukan Artikel Dalam Carian Google (FATRANK)

Tuesday, February 24, 2015
Hi Korang!



Korang pernah guna FATRANK? 

Sebenarnya FatRank ni adalah Chrome Extension yang digunakan untuk ketahui kedudukan artikel dalam carian google untuk satu-satu keyword.

Cara ini lagi mudah berbanding ketahui melalui "private browsing" iaitu Incognito Window. 



Iday ada tunjukkan cara bagaimana korang nak menggunakan FATRANK di bawah. Iday akan guna keyword "Resepi Kari Ikan" . Keyword ini antara usaha Iday untuk menaikkan trafik ke artikel di blog Iday : Resepi Kari Ikan 


Langkah 1 : Korang kena install FATRANK Chrome Extension terlebih dahulu. 



Langkah 2 : Buka blog/website yang korang nak periksa kedudukan artikel dalam carian Google. Contoh gambar di bawah, Iday buka blog Iday. Tak kisah samada di halaman utama atau halaman artikel. 

Korang akan nampak icon FATRANK di toolbars.


Langkah 3 : Klik icon FATRANK dan akan keluar kotak FATRANK. Isikan keyword yang dikehendaki, contohnya Iday taip "Resepi Kari Ikan"

Nota : Kalau korang nak check ranking terperinci mengikut negara dan guna link "google.com.my", korang boleh pilih "Malaysia (MY)". 



Kalau korang nak check secara menyeluruh dan guna link "google.com", korang boleh pilih "United States (COM).



Langkah 3 : Klik "CHECK". Nanti akan tersenarai 2 maklumat iaitu posisi dalam enjin carian Google dan URL yang tersenarai di posisi tersebut. 




Untuk keyword "Resepi Kari Ikan", artikel Iday berada di kedudukan no 1 dalam enjin carian Google. 

Kegunaan FATRANK lagi mudah berbanding Incignito jika korang dalam proses menaikkan rangking. Contohnya, Iday baru sahaja menulis entry tentang "Resepi Nasi Ayam".

FATRANK menunjukkan artikel iday berada di kedudukan yang ke- 25. Jika periksa melalui Incognito, Iday terpaksa cari dan periksa satu-satu kedudukan sehingga ke page-3. 


So, lagi senang kalau guna FATRANK berbanding Incognito. Betul tak?

Kalau korang nak cuba tool ini, korang boleh google "Fatrank Chrome Extension" atau check link di bawah :



Selain dari tool ni, ada tool lain yang korang sedang guna? Korang boleh share di ruangan komen di bawah ye.



Korang boleh check Tips lain di link ini : Tips Blog Sayaiday

Kalau suka artikel ni,boleh share ye!

Jangan lupa like Facebook Page dan follow Instagram Iday 



Terima Kasih!








Khidmat Spa Harga Berpatutan tapi Berbaloi di Ampang - Jentayu Spa & Salon Secret

Saturday, February 21, 2015
Bila dah terlalu asyik dengan kerja, badan pon terabai. Mula la sakit-sakit belakang, muka pon nampak lesu. Apa kata kalau, cari masa untuk manjakan diri di spa. Urutan di seluruh badan serta penjagaan dari hujung rambut ke kaki pasti memberikan satu kelegaan yang puas untuk mereka yang sentiasa busy dengan kerja.



Pemilihan spa pon penting, mestilah nak harga yang berbaloi dengan perkhidmatan yang akan kita dapat kan. Kalau nak cari kelainan, boleh cuba rawatan spa di Jentayu Spa & Salon Secret yang terletak di Ampang. Apa yang lain? Jentayu Spa & Salon Secret menjanjikan rawatan spa dengan harga pakej berpatutan dengan pelbagai jenis perkhidmatan. Antaranya :



11 Kepercayaan dan Pantang larang ketika Chinese New Year

Wednesday, February 18, 2015
1 Week before, my boss suruh la buat research dan content berkaitan dengan Chinese New Year. So, start la episode aku baca banyak benda tentang CNY ni and found out many interesting fact. Cuma 1 aku nak pesan, sesiapa yang baca ni especially muslim, aku buat entry ni bukan sebab aku turut percaya, tapi aku kongsi. So jangan buat andaian & hormat religion lain jugak okay. :)



  1. Jangan main benda tajam masa hari CNY - especially guting,pisau sebab dikatakan boleh cut a good fortune.




Boat Noodle @ Publika : Harga Dan Menu

Sunday, February 15, 2015

Boat Noodle ni pernah jadi trend dulu, trend sebelum aiskrim pasu dan pisang cheese. Masa tu memang ramai yang datang & ramai blogger share tempat ni. Iday pula memang tertarik nak pergi, lagi-lagi ramai yang cakap sedap and harga murah. 

Semalam plan nak makan tempat lain, last-last sampai kat Publika. Then cakap kat Islam,

Iday : Jom makan boat noodle! 

Islam : Sedap ke? Mahal ke? Okay ke? Apa review?



Hahahahaha, sebenarnya islam bab2 nak try kedai makan baru ni memang dia sangat pentingkan review orang. which is dia taknak duit dia melayang macam tu kalau makanan tak sedap and tak berbaloi dengan harga, mesti boleh buat dia menyesal 7 hari 7 malam. Hahaha



So, apa yang kitorang makan? Setelah baca segala review blog pasal tempat ni. 

Iday and Islam order semua empat-empat main dishes tu iaitu :

- Pathumthani Beef Thai Rice Noodle
- Ayutthaya Beef Thai Rice Noodle
- Pathumthani Chicken Thai Rice Noodle
- Ayutthaya Chicken Thai Rice Noodle

Then ordey Ka Num Tuay sebab ramai review sedap. Padahal Ka Num Tuay ni lebih kurang macam kuih talam (or nama kuih apa ntah, lupa).






Untuk air, iday order Cha Yen (Thai Iced Tea) and Islam Green Tea Blend (lupa nama, haha). Tapi serius, iced tea dia memang sedap. Pekat, xmanis sangat tapi sedap. Kawwwwww! Hehehehe


Agak-agak korang, berapa mangkuk kitorang makan? Iday dapat tahu rekod paling banyak untuk sorang makan adalah 52 mangkuk. Gila banyak. Iday and Islam tak makan banyak pon, 19 mangkuk. Islam makan 5 and the rest is mine. Hahahahahaha 


Hahahaha, beria sangat nampak aku makan tu. 


Harga satu mangkuk adalah RM1.90, tetapi untuk kitorang yang jenis berkira every sen ni, RM2.00 1 mangkuk. Memang murah kalau korang makan like 2-3 mangkuk. Kalau jenis macam aku ni? Hahahah So, bagi aku tak murah dan tak mahal. Hehehe



So, next time nak datang lagi tak?

Kalau untuk dinner, lepak dengan Islam, maybe tak. sebab ramai sangat. Full house kot. Bila nak makan, macam nak cepat sebab kesian dengan orang yang tunggu kat luar. Hahaha Then, islam tak suka sangat kot, sebab tu dia makan 5 je. Hehehe

Kalau lepak dengan kawan, for sure datang lagi. Boleh lawan sape makan paling banyak mangkuk. Hehehehe

Yang mana belum try, boleh try okay :)

Publika Block C5, Level G3 Lot 30a


Korang juga boleh baca lagi artikel Boat Noodle lain di blog Iday di link bawah :


Terima Kasih!


Jonker Street - Melaka

Saturday, February 14, 2015
Okay cerita Melaka belum habis lagi. Hahaha

Ni entry penuh gambar je, gambar kitorang masa jalan-jalan dekat Jonker Street. Thanks to Islam yang gigih ambil gambar kitorang. Hehehe. Bestnya melaka, cam nak repeat lagi! 

Oh! Kalau nak pergi Melaka, boleh tengok banyak lagi tarikan Melaka di JomJalan[KLIK] . Iday pon check website ni la sebelum datang Melaka. JomJalan banyak share tempat-tempat best dekat Melaka :)





Bila Islam belajar slang Terengganu. Rosak!

Friday, February 13, 2015

5 bulan. Hehe 5 bulan dah kahwin rupanya. So, stop asking about any babies er. Belum rezeki kita. Tersentap nokkk. Hehehehe

Okay, semalam kan baru teringat satu story. story masa mula-mula lepas kahwin dengan Islam. Before kahwin tu, iday plan dengan Islam lepas je majlis, balik KL. So, islam sempat la stay 2 hari dekat Terengganu lepas kahwin tu. Bila saudara-mara datang melawat and sembang, dia memang buat-buat faham. Kesian dia. 

1 hari tu, iday duduk la sembang-sembang dengan abah. Islam pon join sekali. Abah ada la tanya islam something, then islam jawab. Lepas tu kitorang sembang and gelak-gelak. Ada 1 part tu tetiba islam cakap macam ni dekat abah.

Islam : Hahahaha. Lebong mu ni abah. Lebong lalu. Lebong sokmo.



Caption Instagram pon nak tiru?

Friday, February 13, 2015
Dunia blog ni ada je yang jenis suka copy paste entry, copy kemudian edit, copy dan langsung tak credit dekat tuan post. Macam-macam ragam ada. Kadang-kadang iday tak faham, kenape nak copy? Kenapa tak tulis ikut rasa hati, tak perlu nak cuba jadi macam orang lain dan just be yourself. 

Eh, dah kenapa tiba-tiba jadi pakar motivasi nasihat kat orang? Hahaha

Sebenarnya, ada ingat macam entry blog je orang tiru. Caption kat Instagram pon ada orang tiru. Hahahaha


credit gambar : Instgram Jofliam

Kenal husband Cik Epal? Jo yang sekarang aktif dengan forex, siap buat kelas untuk sesiapa yang berminat. Guna hashtag #forezmudahbyjo

Nak dijadikan, for those yang aktif dekat twitter mesti perasan ada anak-anak muda remaja sekarang suka screenshot and upload gambar Cik Epal dan suami dari akaun Instagram suami Cik Epal iaitu Jo. Sebab Jo punya caption dekat Instagram tu sweet. So, jadi lah #relationshipgoals para anak remaja ni. Hehehe

Ayat caption jenis sampai tadi very romantik. Contohnya macam ni:


Mr.Dakgalbi, Makanan Korea Sedap Dan Berbaloi

Thursday, February 12, 2015
Siapa sini suka tengok cerita korea??

Hehe, iday pon suka tengok cerita korea, kalau zaman belajar dulu, kaki gigih minta kawan bagi external hardisk sebab nak copy cerita korea. So, kadang-kadang dalam cerita tu ada tunjuk diorang tengah makan kan, macam terliur pulak nak makan. Hahaha

Nak jejak Korea, kena mengumpul duit travel dulu. So why not kita try makan korea yang sedia dijual dekat Malaysia ni. Hehehe

Pernah dengar Mr. Dakgalbi? Konsep kedai ni serve Korean Grilled Chicken & Teppan Fried Rice. My favourite Ramen. Dakgalbi sendiri adalah nama dishes yang popular dekat Korea tu. Dakgalbi ni ada ayam yang di marinated, kobis,kentang, chilli pepper & rice cake.


Masa mula-mula duduk, diorang hidang la kimchi, jeruk lobak putih, sup & mayo salad. Sedap Kimchi dia, licin habis kitorang makan. Hahaha



Islam punya favourite, Seewed Snack. Suka betul dia. Hehehehe



Then aku buat kelakar, pergi google la, macam mana nak masak Dakgalbi ni sebab ingat macam style steambot grill and kena masak sendiri. Hahahaha


Padahal staff kedai tu datang & tolong masakkan untuk kita, live masak depan mata. hehehe Jangan risau takkan terpercik sebab dia pakai penghadang. Hehehehe.






Masa ni aku kacau la staff tu, tanya macam-macam. Hahaha. tapi terer la diorang ni. Laju je diorang masak. Hehehe



Gaya macam orang nak belajar masak. Hehehe. 





Iday masa tu sebab baru first time makan, so order 1 set la which is Ramen Dakgalbi + Cheese Fried Rice. Padahal makan 1 hidangan tu pon dah kenyang kot. Next time nak makan 1 je, kalau tak bazir je tak habis. Sedap kot. 



















Yeayyy! dah boleh makan. Best ke?

Best okay! Lepas tu first time try Rice Cake, macam makan laksam punya mee tu. Hehehe




Sedapnya, makan pulak balut ramen and ayam tu dengan daun salad kat tepi tu. 1 kuali ni sebenarnya banyak. Makan dengan Islam pon tak habis. Padahal ni baru ramen, belum lagi Cheese Fried Rice tu. Hahaha


Time ni, balance ramen tadi diorang campur dengan Nasi and cheese. Sedap jugak! Tapi iday paling suka ramen :)






Pakcik yang amik gambar ni pon dah kenyang sangat. Hehehe. Asyik dia ambil gambar kita, meh tunjuk gambar dia pulak. Hehehe




Kenyang cik abang kita. Serius best makan kat sini. Lepas ni kalau nak makan makanan korea takyah susah-susah nak pergi jauh . Hehehehe

Yang penting halal sebab sijil halal terpampam dekat pintu kedai . Iday ada buat research pasal status halal kedai ni sebelum makan kat sini. :)

Check detail kat bawah ni. Hehehe

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mr.Dakgalbi

Outlet :



p/s : Food review ni bukan berbayar. Iday memang pergi untuk try sendiri makanan ni :)

Follow My Instagram

Blog Archive