Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Hadiah dari Islam : G-shock, Pandora atau......


Tiap kali pergi shopping mall dengan Islam, tempat wajib kena singgah adalah kedai jam. Sebab dia suka tengok dan survey G-shock. So, bila aku tanya dia nak beli tak. Dia cakap nak beli. Tapi faham-faham je la, G-shock yang original tu mahal, kalau nak murah beli kat petaling street. Hehehe

Tapi kalau benda kau nak pakai lama, better beli yang berkualiti, kan? Hehehe

So, hari tu sampai la barang yang diidam-idamkan Islam. Dia beli online tapi dengan penjual yang dipercayai. Memang original dengan harga yang memang harga jam tu. RM3++ . Tercekik jugak la aku time tahu harga, tapi nak buat macam mana dia suka. Hehe

Hari yang dia ambil jam tu, lepas waktu kerja. So, aku cakap la kat Islam yang aku tunggu dia kat KLCC, lepak dengan kawan ofis. Bila dia dah sampai, siap pakai lagi jam G-shock baru tu. Muka berseri-seri dapat G-shock, macam seri masa sah kahwin dengan aku hari tu. Hahahaha


Kitorang balik la, Islam parking motor kat bawah KLCC tu. Masa jalan-jalan tu sembang la dengan dia pasal G-shock tu. 

Iday : Seronok dapat G-shock?

Islam : Seronok laaaaaaaaa. Cantik tuuuu. *senyum-senyum main jam dia

Iday : Untungla jam mahal. Hahaha

Islam : Eh, saya ada belikan awak something. Mesti awak suka. Awak boleh pakaiiiii. Saya beli khas untuk awak.  Balik nanti saya tunjuk. 

Okay, time ni aku punya excited rasa macam nak lompat-lompat. Macam aku fikir. Islam beli G-shock ke? Islam beli Pandora ke? Dia beli apa ni? Hahahaah

Iday : Alaaaaa, bagitau sekarang la. sekarang la. Nak tengok, tak sabar ni!!

Islam : Okay2, dekat motor japg.

Aku memang tak sabar, sebenarnya bukan aku suka pon kalau dia beli G-shock & Pandora sebab aku tak minat. Tapi kalau orang nak bagi hadiah, sape tak seronok kan?? Hahaha

Sampai dekat motor, dia ambil barang tu dalam bag and keluarkan barang.

Islam : Tadaaaaaa! mesti awak sukaa kann??

Memang jauh bebenor dari sangkaan aku, memang bukan G-shock or Pandora. Barang tu dalam plastik and warna kuning. Masa Islam tunjuk, dia memang seronok sangat. Dia macam seronok bagi something yang berguna untuk aku. Serba salah pulak sebab tak excited dapat barang tu. Memang hambar respon aku. 




Hahahaha, jauh sangat dari andaian aku, Pandora & G-shock. Tapi bila fikir-fikir balik, aku ni bukan jenis suka pakai gelang or bracelet. Satu-satunya gelang yang aku pakai, gelang emas time kahwin hari tu. Jam tangan? Lagi la, rasa macam rimas terlekat kat tangan. Hahaha 

So, aku rasa hadiah Islam tu bagus untuk aku. Aku boleh guna masa nak buat buang najis Ali, Hiro  & Maya. Terjamin sikit kesihatan aku. Bagus pula Islam ni ye. Hehehe

Thanks sayang. walaupon hambar respon masa mula-mula tahu. sekarang seronok bila dapat hadiah. Tak sabar nak cerita kat anak cucu. Hehehe :p


11 comments:

  1. okay jugak tu, hadiah paling cool

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, ada jugak kegunaan dia. Bukan selalu dapat hadiah macam ni. Hahaha

      Delete
  2. hahah.. romantik sgt..
    kemain pk pandora, g-shock..
    sekali dpt sarung tgn kuning..
    ihiks..

    comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah. kan, bukan main pikir benda yang mahal gile, hahaha.

      Takpe, asal dapat hadiah. Hahaha :p

      Delete
  3. terbahak bahak dah ni.sweet betei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, iday masa mula-mula dapat tu, haru jugak. almost nangis. hahaha

      Delete
  4. Hahahahahaa ! Out of the box sangat hadiah Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. tak expect langsung pon hadiah ni. hahahah

      Delete
  5. kiuttttttttt sangaaaaatttttttt ! Hikkkkkkkssssss ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha. hadiah yang tak disangka-sangka.

      Delete
  6. Kena belajar dari islam ni hahahaha. Jimat nanti

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List