Food Review : Tanah Aina Cafe Shah Alam & Blogger Gathering 2015

16

Korang pernah pergi Tanah Aina Resort?

Rugi kalau ada yang belum pergi, termasuklah iday. Islam dah pernah pergi untuk satu media event sebelum ni. Balik dari event tu, tak putus-putus dia cerita pasal Tanah Aina Resort. Sebenarnya Tanah Aina Resort ni bukan satu je kat Malaysia. Ni list Tanah Aina Resort yang ada di Malaysia :
  • Tanah Aina Farrah Soraya in Bentong, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Farhana in Desaru, Johor, Malaysia
  • Tanah Aina Fareena in Lentang, Karak, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Farouq in Raub, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Fahad in Ulu Dong, Raub, Pahang, Malaysia
dan 1 restaurant di Bentong, Pahang iaitu Tanah Aina Azareena Seafood Steamboat Restaurant. 

Iday tertarik dengan visi/misi yang disampaikan oleh Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina iaitu menjaga hutan kita. Resort-resort yang dibina ini bertujuan untuk tunjuk pada pengunjung serta rakyat Malaysia tentang cantiknya hutan  dan kepentingan menjada hutan kita. Tambahan pula, Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina adalah President untuk Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA).

Terbaru, Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina telah membuka 1 cafe bertempat di Shah Alam Batu 3 iaitu Tanah Aina Cafe. Kali pertama iday jejak kaki ke Tanah Aina Cafe' adalah ketika Blogger Gathering 2015 anjuran Halim Brother dan Tanah Aina Cafe sendiri. 






Seronok dapat jumpa semua kawan-kawan blogger yang dah lama tak jumpa and kawan-kawan blogger yang baru kenal. Salam kenal dari iday :)

Sampai-sampai, dapat layanan mesra oleh Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina, cantik dan asyik beri senyuman. Masuk dalam cafe terus teruja sebab dekorasi dalam Tanah Aina Cafe cantik dengan bertemakan alam sekitar ,natural gituuu. Ni kalau kaki instagram sure suka lepak sini. Hehehehe





Cantik kan?? :)

Tanah Aina Cafe's sebenarnya idea Puan Sri bersama anak beliau iaitu Farhana. Tanah Aina Cafe dijangka bukan sahaja menjadi tumpuan food lover tapi juga mereka yang sukakan restoran/cafe dengan dekorasi simple dan cantik. Yang paling best, makanan yang dijual/disediakan di  sini tidak menggunakan sebarang MSG atau bahan perasa. Totally natural! 

Tengoklah kami yang datang pon excited dengan Tanah Aina Cafe' ni.






Sebelum makan, kena la melawat sekitar Wisma Tanah Aina tu. Kami naik ke tingkat 1 iaitu dewan makan/mesyuarat dan tingkat ke-2 untuk melihat sendiri Ladies Fitness Centre. Rupanya puan sri suka buat exercise dan kerana minat beliau tersebut, dia buat pusat fitness. Siap bagi jadual kelas untuk sesiapa yang berminat. Nanti iday story dekat next entry. Hehehe

Sebelum sesi makan dimulakan, harus lah ada sesi  kenal bersama Puan Sri. Puan Sri berkongsi pandangan dan ceritakan macam mana tercetusnya idea dia buat Tanah Aina Resort dan Tanah Aina Cafe. 






Selain mempunyai semangat tinggi dalam menjaga alam dan khazanah hutan malaysia, puan sri juga minat memasak. Oleh itu, tercetuslah idea untuk membuat Tanah Aina Cafe. Kalau korang bertuah bila datang ke Tanah Aina Cafe, dapat rasa sendiri masakan dari Puan Sri. Makanan yang disediakan pada hari blogger gathering dan food review juga dimasak sendiri oleh Puan Sri. 

Okay jom, kita tengok gambar makanan pulak :)


Killer dishes di Tanah Aina Resort ada disediakan di Tanah Aina Resort iaitu Pengat Durian! Menurut kata Puan Sri lagi, Durian yang digunakan adalah dari kebun di Tanah Aina Resort sendiri. Wahhhh, fresh dari kebun gituuuu. Boleh dapatkan pengat durian di Tanah Aina Cafe dengan harga RM12. Portion besar dan boleh makan 2 orang. Semasa blogger gathering hari tu, ramai yang menambah pengat durian ini. 



Semua dessert ni disendiakan sendiri oleh Puan Sri. Sedap! Pandai Puan Sri masak :)




Iday suka pizza ni, lagi-lagi Islam yang kaki pizza tu. Hidangan Pizza ini boleh didapati dengan harga RM20. Iday ingat dulu pernah makan dekat hotel, almost RM50 untuk 1 hidangan macam ni. 







Tanah Aina Cafe tidak fokus pada jenis hidangan tertentu malah pelbagai jenis hidangan ada dijual disini. Dari western food, italian food hinggalah nasi beriani. Harga untuk setiap hidangan western food dari RM18 - RM35 dengan portion besar dan sedap!






Iday kan baru berjinak-jinak belajar makan kambing. Bila iday nampak hidangan Nasi Beriyani dengan Kari Kambing, terus iday ambil dan rasa. Daging kambing sangat lembut. Bestnyaaaaa! Siap tambah-tambah lagi. Selain dari Nasi Beriyani Lamb terdapat pelbagai hidangan nasi lagi iaitu Nasi Goreng, Nasi Lemak Rendang, Nasi Beriyani Ayam dan Nasi Putih Rendang Acheh. Semua hidangan ni dijual dari harga RM13-Rm23.








Hidangan Nasi Lemak yang kreatif, iaitu dibalut dengan daun pisang. Hehehe Nasi Lemak ni disediakan bersama rendang,telur,ikan bilis, timun dan ikan masin!Ikan masin, sedapnya!Jarang taw, kalau makan kat kedai-kedai lain, dihidangkan dengan ikan masin. Heheh



Terdapat 1 menu yang menarik bagi Iday iaitu Special Tea Set untuk 2 orang kerana disediakan bersama congkak dengan pelbagai jenis dessert. Kalau ikut lubang congkak tu, ada 14 dessert disediakan bersama tea atau coffee. Bila korang dah habis makan, boleh la main congkak dengan guli yang disediakan. Jangan makan guli tu sudah. Hehehe






Oh, hidangan Nasi Goreng Tanah Aina Cafe didalam lesung batu ini juga menjadi tumpuan kami. Sangat kreatif. Kalau sebelum ni, kita banyak tengok gambar orang share Ais Krim Pasu. Lepas ni Nasi Goreng Lesung Batu pulak. Hehehe


Food Blogger popular, Hazman Fadzil pon tak lepaskan peluang bergambar dengan hidangan unik ni. Hehehehe :)




















Gigih dengar penerangan dari Kak Leny Herlina , iaitu wakil dari pihah Tanah Aina Cafe ni.







Dah makan, dah sedap dan kenyang mestilah start sesi group photo. Hehehe. Semua blogger gembira sebab makanan disediakan sedap dan berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak Tanah Aina Cafe.



Alahai, seronoknya dapat lepak makan sama-sama dengan diorang ni. Terima kasih kepada Hai Blogger penganjur bersama dan pihak penaja makanan iaitu Tanah Aina Cafe. 

Tak lupa kepada semua blogger yang memeriahkan Blogger Gathering Hai Blogger yang pertama kali. Blogger - blogger yang terlibat adalah +Mohd Fakhrul Islam+Ayue Idris+Amir nawawi+Halim Brothers+Fadzi Razak+Maha Mahu+Rafzan Tomomi, Mek Onie+Shafiqah Hashim+Firdaus Feeq+Maria Hasun+Hanny Abdullah+Mohd Rasul Abu Hanipah+Fatin Bella+Ishak Ismail+Hannah Sytieh+hazman fadzil, Jiun Wai dan +Jamar Bahar . Hehehe, kalau ada yang tertinggal, boleh komen ye. :)

Terima kasih juga kepada Islam, atas gambar-gambar yang cantik ni. Credit gambar untuk Blog Mohd Fakhrul Islam. Pakcik yang busy dan jarang update blog. Hahaha

Last but not least,

Mana boleh kalau tak bergambar dengan Puan Sri kan. Alahai, comel sangat Puan Sri ni. Siap ada cucu lagi tau. Kalau nak taw, chalet Tanah Aina yang baru iaitu Tanah Aina Fahad adalah diambil dari cucu pertama Puan Sri. Hehehe



Bagi iday, tempat ni sesuai untuk korang spend masa together dengan orang tersayang, boleh feeling-feeling macam berada di Tanah Aina Resort. Seriously dekorasi cantik dan simple. 


Maklumat tentang Tanah Aina Cafe



Tanah Aina Cafe 
Wisma Tanah Aina 
No: 1, Jalan Mesra 1, Taman Mesra Batu 3 
Shah Alam, Selangor
 +603 5524 3258





Tags

Post a Comment

16Comments
  1. Hye iday. Nice to meet u also even mcm rasa pernah jmp sblm nie kan. Hahaha pape pun nice entry dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Tu laaaa, duk pikir2 lagi. Takut jumpa kat event ke kan. Hehehehe :)

      Thanks, next time boleh join event sesame lagi. Hehehe

      Delete
  2. yeayy muka kita ada dekat sini. Salam kenal juga dari saya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course la ada, hehehe Dapat jugak jumpa Rafzan. Heheheh Salam kenal! :)

      Delete
  3. Wahhh ! Best gila. Simple yet nice. Nak pergilah. Haritu tak dapat nak join korang. Sedih. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaaaaa, kenapa Nad tak ikut. Kalau dah boleh jumpa lepakkkkk. takpe next time hope boleh jumpa Nad lagi.

      Delete
  4. Sedih tak dapat nak join. Masa nak pergi kereta buat hal. Huaaaaaaa. Kalau tak boleh makan sesedap kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainaa, iday pon dengar dari diorang pasal kereta tu. Sedih tak dapat jumpa, kalau tak boleh kenal2. Takpe, nanti datang untuk second batch ye. hehehe

      Delete
  5. Sedih tak dapat nak join. Masa nak pergi kereta buat hal. Huaaaaaaa. Kalau tak boleh makan sesedap kat sini

    ReplyDelete
  6. cantiknyer.. juadah pon semua nampak yummy~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, tula, cafe dia simple tapi cantik. Hehe Banyak makanan yang sedap , kalau bertuah dapat rasa masakan Puan Sri. Hehehe

      Delete
  7. Waaa bestnya! Ok sentap tak dijemput! Harhar!

    ReplyDelete
  8. Ala Farah, hehehe. Jom kita tanya Halim. Hehehe. Akan ada second batch, kena follow up Halim Brother, mana taw ada event lagi. Hehe

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Dekat dengan rumah ayu kan, boleh datang sini lepak or dating dengan Qisti. Hehehe :)

      Delete
  10. whoaa.... banyak jugak gambar saya dalam post entry nie... hahahaha....tengs yea.... tapi setuju dengan awak yang tempat nie memang best untuk enjoy makan sambil mood santai kan....

    ReplyDelete
Post a Comment