Enter your keyword

#balikkampungganu : Kali Pertama Islam Makan Sarang Burung Walit/Walet



Korang pernah rasa, makan or minum sarang burung walit/walet? Sebenarnya family iday dah start business sarang burung walit/walet ni dah lama, tapi tak pernah sekali iday rasa or makan sarang burung ni. Lagi-lagi bila tahu, burung buat sarang ni pakai air liur dia. Hehehehe

Yang pernah makan, semua family iday especially adik iday sebab untuk ubat muka dia. Abah pon ada rebus dan minum air rebusan sarang burung. Semua orang tahu khasiat sarang burung walit/walet. Salah satunya punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus. Hehehe



So, bila balik kampung hari tu pada hujung bulan 2, iday ambil peluang untuk bagi Islam rasa sendiri. Sendiri taknak rasa then suruh orang. Nasib baik Islam berani nak try. 


Abah cakap, bukan semua orang boleh ambil masuk ambil sarang tu. Risau takut burung keluar then tak balik dah. Kiranya, diorang ni dah biasa dengan bau abah. Hehehe Masa nak ambil ni pon, abah kena check, kalau sarang yang ada telur memang tak boleh amik lagi. 

Rezeki islam nak merasa, ada sarang burung yang abah boleh ambil. Hehehehe Tengok la bulu still melekat lagi. hehe


Abah yang rebus sarang burung ni, iday tak sure pulak dia ada letak pape tak, tapi nanti dah rebus, dia akan tapis untuk dapatkan air. 


Sarang yang ditapis tu boleh di makan. Islam la yang nak makan sangat. Before tu kitorang asing2kan bulu dia. 



Lepas asing, terus Islam makan. Sebenarnya iday tak suka sebab geli. Hahaha Masa ambil gambar ni pon macam-macam loya2 dah. Hahahaha Boleh pulak si Islam ni makan camtu. Ewwwwww



Hahahahaha. sungguh-sungguh pakcik ni hirup, tanya dia, sedap ke. Dia cakap sedap. Yelah banyak tu dia sorang boleh habis. Yang air tapisan tadi isi dalam botol. Sibuk nak bawak pergi KL. Hahaha




Iday tak taw bila nak cuba, tapi setakat ni memang takde keinginan langsung. Hahahaha Korang pernah makan ke? Pil-pil tak kira ye. Hehehehe

Tadi ada baca lagi khasiat sarang burung. Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

Yeay, nanti dah ada rezeki anak, nak makan ni. Biar la rasa pelik sekalipon. Hehehe :)




5 comments:

  1. takpernah. sama la geli. hahaha. air rebusan dia pun takpernah minum walaupun pakcik sendiri yg bela burung2 tu. hahaha. :D

    ReplyDelete
  2. Selalu makan yang dalam botol...tinggal makan je.. tapi memang best makan sarang burung ni, sejuk je..sedap!. hehe.. Awak kena cuba lah keenakkannya..hehe

    ReplyDelete
  3. YaAllah bestnya family ada business ni. Kita nak rasa tapi tak tahu celah mana nak jumpa. Mahal oi. T_T

    ReplyDelete
  4. wahhh... memang lain dari yg lain business family awak.. saya pon tak pernah mkn

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List