Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Blogger Bijak Wang bersama Dr. Niki Shuhada Shukor

Pernah ada perasaan ingin hidup senang? Tanpa fikir bebanan hutang? Kenapa duit makan gaji yang sedia ada tidak mencukupi? Mungkin sebab cara pengurusan wang tu tidak betul.

Kenal Dr. Niki Shuhada Shukor? Beliau adalah seorang pakar motivasi kewangan dan mentor perundingan kewangan terkenal di Malaysia. Terima kasih Halim Blogger kerana jemputan ke kediaman Dr. Niki Shuhada Shukor untuk program Blogger Bijak Wang. Bukan senang nak dapat peluang macam ni, lagi-lagi dari seorang yang sangat terkenal tetapi humble. 


Masa mula-mula iday jumpa Dr. Niki, dia memang tak lokek dengan senyuman. Dia buat kita selesa dengan dia. Mula-mula segan juga, lagi-lagi bila Dr Niki datang duduk sebelah. Peramah sangat taw. Hehehe :)



Pelbagai tips dan rahsia kejayaan dikongsikan oleh Dr Niki dan para perunding kewangan yang lain. Seronok mendengar kejayaan diorang, siap ada yang start dari susah dengan hutang keliling pinggang, kini dah pakai 3 kereta. 


Biodata Dr Niki Shuhada Syukor


Dr Hjh Niki Shuhada Shukor, PhD adalah pakar motivasi kewangan dan mentor perunding kewangan yang telah memenangi lebih dari 112 anugerah kecemerlangan. Beliau telah melatih lebih dari 5000 usahawan kewangan sama ada secara persendirian, berkumpulan hinggalah untuk sektor korporat. Beliau juga merupakan mentor yang diiktiraf melalui pengiktirafan Independent Licenced Life Success Consultant (Bob Proctor, USA) dan kini menerajui 5 buah syarikat yang merupakan agensi nombor satu syarikat unit amanah terkemuka di Malaysia.



Dr Niki Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Mummy Niki telah berkecimpung dalam industri kewangan selama lebih 18 tahun sewaktu artikel ini ditulis. Merupakan ibu kepada 2 cahaya mata dan isteri yang penyayang. Dr Niki telah mendirikan rumahtangga bersama Tuan Haji Amirul Shukri Kadri selama 23 tahun. Mereka suami isteri adalah perancang utama untuk kejayaan yang dikecapi. Kini impian mereka bukan sahaja untuk keluarga tetapi juga kepada masyarakat yang ingin maju mengubah nasib kehidupan. Beliau menerbitkan buku berjudul ‘Ambition, Aspiration & Achievement’ yang mampu memberi inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya. Selain itu, turut berkongsi ilmu di corong radio menerusi program Bijak Wang di Radio 93.9FM.




Konsep program kali ni lebih kepada santai, supaya para blogger lebih selesa untuk mendekati Dr Niki. Sesi pertama adalah sesi suai kenal dan sesi bicara bersama Dr Niki, rupanya Dr Niki mula menjadi perancang kewangan selama 18 tahun. Dr Niki juga ceritakan detik permulaan macam mana beliau mula menjadi perancang kewangan. 





Sesi Soal Jawab bersama Dr. Niki Shuhada Shukor


Sebelum sesi soal jawab bermula, kami ada mendengar tentang program yang bakal dilancarkan oleh Dr Niki iaitu Program Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada. Program ini bertujuan untuk mencari bakat kepimpinan yang ada pada perunding kewangan bukan sahaja yang ingin berjaya di dunia tetapi juga di akhirat. Perunding kewangan yang dicari mestilah bukan niat untuk memajukan diri tetapi orang di sekeliling. 



Selepas itu, Dr Niki juga ada kongsikan tips bagaimana memupuk sikap menyimpan wang,dan berkongsi tentang tips menguruskan wang dengan bijak. 


Apa yang iday faham dari program ini apabila Dr Niki membincangkan tentang pelaburan Unit Trust Cimb yang beliau kerja sekarang, yang pertama kita boleh invest dengan memotong debit RM200 setiap bulan. Duit yang kita simpan dan labur itu akan kita gunakan waktu persaraan kita nanti boleh mencecah ratusan ribu, kalau kita topup, contohnya lebih dari RM200, tak mustahil boleh capai jutaan ringgit. Perunding kewangan yang handle kita nanti akan jaga wang kita supaya kita tidak mengeluarkan duit pelaburan dengan sewenang-wenangnya. Dah macam PA kan? Hehe

Kedua, kita juga boleh belajar untuk menjadi perunding kewangan. Kalau berminat boleh contact Dr Niki, bayar yuran ahli kemudian ambil exam. Dr Niki serta perunding kewangan lain akan bantu kita. Yang penting, niat kita untuk berjaya tu ada. Iday kagum dengan kejayaan perunding kewangan bawah didikan Dr Niki yang mampu mendapat pendapatan capai 5 angka sebulan serta berjaya melunaskan hutang yang sedia ada. 

Ingat taw, setiap rezeki yang kita dapat sama ada gaji atau hasil jualan perniagaan, kalau kita gagal dalan pengurusan wang, hasil yang dapat pon tak mencukupi . Hasil tak cukup duit je. Macam mana?






"Belajar tarik duit didalam dompet setiap hari dan simpan didalam laci. Walaupun cuma seringgit sehari. Bagus untuk berlatih menyimpan wang sebagai permulaan" - Dr Niki Shuhada Syukor

Selesai sahaja sesi soal jawab, Dr Niki ada menyediakan door gift untuk kami. Gigih taw Dr Niki pilih dan setiap satu barang ada simbolik bersesuaian dengan apa yang Dr Niki sentiasa pegang dalam diri dia iaitu Wealth, Health, Happinnes and Success.







Terima Kasih Dr Niki :) . Oh lepas tu haruslah ada sesi bergambar dengan Dr Niki dan para perunding kewangan bersama blogger. 



















Sebenarnya, macam-macam ilmu yang iday dapat sepanjang program ni. Bukan senang kita nak join event macam ni secara percuma. Siap dihidangkan dengan makan tengahari yang sedap. Terima kasih Hai Blogger dan Dr Niki dengan jemputan program yang sangat bermanfaat especially kepada blogger. Hehehe

Kalau korang nak taw lebih detail tentang Program Pemimpin Abadi , tips menguruskan wang, berminat untuk melabur atau ingin menjadi pengurus kewangan boleh check maklumat di bawah ni :


Office Address : Wangsa Maju : 32-3, 4th Floor, Jalan Wangsa Delima 6, Kuala Lumpur Satelite Centre (KLSC) 53300, Kuala Lumpur.



 Office Number : +(6) 03 41422911
Website : www.drniki.com
Instagram: @Drnikishuhada
Facebook : https://www.facebook.com/dr.niki.shuhada.shukor






2 comments:

  1. Bijak Wang, Bijak Sana, Bijak Sini

    ReplyDelete
  2. Rasa mau lak jumpa Dr Niki cam ni. Doc datang ler ke KK buat promosi.. adehh

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List