Enter your keyword

Kenapa Kahwin?



So. 

Faham tak apa yang iday nak sampaikan?

Bila fikir-fikir balik, kenapa iday kahwin dengan Islam? 


Biasa orang akan cakap sebab cinta, takdenya akan jawab sebab nafsu. Tapi macam abang iday, dia kahwin sebab nak elak maksiat. Bagus. Hehehe tu apa yang dia cerita la. Tapi iday taw dia sayang kakak ipar, and taknak hilang dia. tu cop awal2. Hehehe

Bila iday baca apa yang Hanis Zalikha post tu, iday baru faham kenapa iday selalu merungut kalau Islam masuk bilik time iday tengah tv dekat ruang tamu. Iday tak suka Islam takde dekat Iday time tu. Iday tak suka Islam tak teman tengok tv. Sebenarnya Iday nak dia ada depan mata. Presence, You want to be around, because you love that person that much. 

Macam semalam, iday mop lantai rumah. Sebab dugaan bela kucing ni, lantai akan berbintik2, sebab diorang ni jalan merata, dari stor sampai ke dapur sampai ke ruang tamu. Kena rajin mop lantai. Before mop, iday kurung dulu Ali, Maya and Hiro dalam bilik, so that diorang tak kacau masa tengok mop. 

Then, Islam lepas tengok tv, terus masuk bilik dan tutup pintu. Sedih taw. Then iday buka pintu and cakap,

"Kenapa tutup pintu, diorang(Ali,Hiro & Maya) bukan masuk pon" - Nada sedih ni. Hehehe

Then Islam reply, 

"Aah la. hehehe Rindu er, buka pintu" - Dia senyum

Then iday sambung mop lantai. Then iday faham, yang sebenarnya iday cuma nak rasa keberadaan Islam dekat situ. Walaupon kitorang tak sembang, iday tahu dia ada kat situ. 

Macam Hanis cakap , cinta adalah keinginan keberadaan. 

Dan bagi iday, bila kau kahwin, kau takkan pandang indahnya bulan, cantiknya bintang sebab orang yang kau sayang dah ada disamping kau. Fokus kau hanya pada dia. Faham? Hehehe




p/s: Minggu ni minggu busy, tak sempat update blog, buka facebook pon kejap2. Hahaha. Banyak pending draft ni. Huhuhu





3 comments:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List