Enter your keyword

Baju Melayu Hipster?

Di social media, semua orang dah kecoh pasal baju melayu moden rekaan Zery Zamry yang diberi nama "Baju Melayu Hipster". Walaupon dikecam pelbagai pihak, Zery Zamry mengeluarkan kenyataan berikut : 

"Baju kurung pun baju tradisonal tetapi adanya baju kurung moden. Kenapa nak kecohkan baju Melayu yang sememangnya menutup aurat?" - Zery Zamry


Nak tengok macam mana hipsternya baju melayu tu?




Yana samsudin pon ada share gambar ni dekat Facebook Page dia, siap ada yang tak puas hati komen kemudian dibalas oleh Yana Samsudin. 






Iday sebenarnya berkenan dengan samping dia. Cantik kosong macam tu. Then pemilihan warna berbaju berbeza dengan samping. Cuma tak berkenan sebab nampak ketat. Tapi macam Yana Samsudin cakap, boleh ikut size chart, beli yang besar sikit.


Sebab design baju and samping tu dah cantik. cuma ketat. 


Iday rasa kalau diorang photoshoot, gambar baju besar sikit and tak ketat. Sure takkan jadi isu. Apa-apa pon, kita tengok la macam mana esok dekat Zalora. Kalau cantik dan ada size yang okay (tak ketat melekat) untuk Islam, memang nak grab satu. Hahahahahaha


Iday rasa baju paling hipster, baju kotak-kotak putih abang iday. 10 tahun dia pakai buat raya dulu sebab malas beli baju raya baru. Sekarang baju tu dah takde, sebab dah lusuh sangat. Hahahaha


apa komen korang pasal Baju Melayu Hipster ni? Sebenarnya ada lagi 7 jenis baju melayu yang mungkin keterlaluan jika dipakai pada hari raya. Yang jenis untuk abang-abang sado pon ada. Hehehehe Kalau nak tengok full list, baca ni : 7 jenis Baju Melayu Keterlaluan 


Ini kalau pakai nak pikat bakal bapa mertua, memang fail. Hehe

update : Baru check harga kat Zalora, RM489 . Emmmmm Islam, kita pergi Jakel je la er. hehehe



No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List