EnerZ Indoor Extreme Park USJ | Asia's First Indoor Extreme Park | GST Challenge

0


Korang pernah dengar EnerZ Extreme Park tak? Yang betul2 bersebelahan dengan Honda Service USJ, sebelah menyebelah dengan Kilang Mamee dekat subang tu. Tiba-tiba mengimbau kenangan masa pergi trip Mamee dulu, dari situ tunggu ramai-ramai then pergi Melaka. EH nak cerita pasal EnerZ la. Hahaha


Okay, sambung.


Kalau korang nak tahu, EnerZ Extreme Park ni adalah first indoor extreme park and sport arena. Gila besar taw tempat dia. 80 000 square feet okay! siap ada macam-macam jenis trampolines, sky ropes and gut builder. 





Siap ada specific place untuk kanak-kanak. Kalau datang bawa anak-anak, budak-budak sure diorang seronok. Bagus bawa tempat macam ni dari biar anak main ipad and tablet tu. Biar peluh sikit. Hehehe








Selain tu diorang juga ada team untuk bantu mereka yang berminat untuk plan parties, corporate events, product launches dan team building events.


Sebenarnya, Itulah tujuan EnerZ Extreme Park, untuk galakan rakyat Malaysia dalam semua peringkat umur supaya aktif dalam fitness dan encourage diorang untuk hidup dengan cara lebih sihat. Sambil kau buat fitness sambil berseronok bersama keluarga.





GST Challenge


So, pada April 18 hari tu, EnerZ Extreme Park memperkenalkan First Ever G.S.T Challenge.


Apa tu GST Challenge?


G (Gut Builder) + S (Sky Ropes) + T (Trampolines) Challenge.


Macam mana nak join GST Challenge?


  1. Join mana-mana aktiviti dalam EnerZ Extreme Park sama ada Gut Builder ke, Sky Ropes ke, Trampolines ke.
  2. Jangan lupa snap gambar or video semasa korang buat aktiviti tu.
  3. Then upload ke Facebook or Instagram dengan guna hashtag #EnerzHereICome #EnerzGSTChallenge #EnerzWhoDaresMe
  4. Nominate/Tag or cabar kawan or family korang untuk buat aktiviti yang sama. Ada berani?? Hahaha

Kalau nak tahu, setiap penyertaan GST Challenge ni, EnerZ Extreme Park akan sponsor seorang orphanage untuk diorang punya EnerZ Edutainment Programme.


EnerZ Edutainment Programme ni khas untuk kanak-kanak . Adapted dari Australian Edutainment Programme , programme ni basically untuk kanak-kanak belajar sambil explore aktivit physical di samping membentuk kualiti dan nilai-nilai murni serta leadership dan team building skills.



Jadi, jom join GST Challenge ni. Sambil-sambil korang buat aktiviti sihat, korang juga boleh bantu mereka yang tidak berkemampuan.





Manager Director EnerZ Extreme Park, Mr. Alvin Tey harap dengan adanya GST Challenge ni dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk cuba cara hidup lebih sihat dan bertenaga.


Kata Alvin “We offer an outlet for children, youth and adults to exhaust their energy in a healthy and fun manner, and make use of their time productively.“


Malaysia model and pelakon, Amber Chia turut serta menyokong campaign tersebut.


Hyperactive jugak Amber Chia, tak nampak penat pon wey. Dia dah try Sky Ropes, trampolines, dodge ball and siap nominate beberapa kawan beliau untuk join GST Challenge ni.





Iday, Ayu and Naomie juga dah try. Hahahaha Sampai berpeluh-peluh kitorang kat Enerz tu sebab lompat-lompat dekat Trampolines. Try yang Sky Ropes, memang mencabar tetapi best. 






Sebelum mulakan Sky Ropes tu, dia akan bagi training and rule keselamatan dulu. Yela, kena la jaga keselamatan bila kat atas tu. Tinggi okay. Haha





And yes, we having so much fun dekat sini. Korang pon kena try sendiri. Best okay. Jangan lupa join GST Challenge tu. Ada Berani?! Hehehehe

Jom tengok video stunt Trampolines dari coach-coach dekat Enerz Extreme Park Subang. Nak cuba buat macam diorang tapi tak jadi. Hahahaha






For more information on EnerZ Extreme Park, detail tentang facilities,activities or services korang boleh visit diorang punya website and facebook link dekat bawah :



Address : Lot 791 Persiaran Subang Indah, Subang Jaya, Selangor, Subang Jaya
(Sebelah Honda Service Center USJ and Kilang Mamee)



Best ke? Kalau best share! Hahahahah :)

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)